seismik

13 Cedera Dalam Dua Letupan Berasingan Di Hatyai

Bandar Hatyai pernah digegarkan dengan serangan bom pada tahun 2012 mengorbankan 14 orang dan lebih 300 yang lain cedera.

Cover image via blogspot.com

Hatyai Digegarkan Dengan Dua Buah Letupan Yang Mengakibatkan 13 Orang Cedera Pada 6 Mei 2014

Image via blogspot.com

Hat Yai, bandar di selatan Thailand yang popular dengan pelancong termasuk dari Malaysia, digegarkan oleh dua letupan bom hari ini mengakibatkan 13 orang cedera dan beberapa kenderaan musnah.

bernama.com

Ketua Polis Wilayah Songkla, Mej Jen Akapop Prasitwattanachai, berkata hanya dua letupan berlaku dan bukan empat seperti dilaporkan lebih awal.

sinarharian.com.my

Bom Pertama Yang Merupakan Bom Digital Buatan Sendiri Diletupkan Pada Jam 1.30 Tengah Hari Di Hadapan Kedai 7 Eleven

Image via blogspot.com

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.

mstar.com.my

Ia merupakan bom buatan sendiri dipasang pada motosikal dan diletupkan dengan mengguna jam digital, kata beliau.

bernama.com

Selang 25 Minit Kemudian, Bom Kedua Pula Meletup Di Balai Polis Daerah Hatyai, Tidak Jauh Dari Lokasi Bom Pertama

Bom kedua seberat 50 kilogram dipasang dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta di sebelah Balai Polis Daerah Hatyai.

sinarharian.com.my
Image via blogspot.com

Ia diletupkan pada 1.55 petang menyebabkan lebih sepuluh buah kereta milik pegawai polis dan kereta tahanan polis terbakar.

bernama.com
Image via blogspot.com

Kebanyakan cermin bilik flat kediaman polis empat tingkat yang terletak bersebelahan musnah akibat kekuatan letupan itu.

sinarharian.com.my
Image via blogspot.com

Letupan pertama dan kedua berlaku selang 25 minit, dan kesemua mangsa dikenal pasti berusia antara 19 dan 53 tahun. Mereka dihantar ke Hospital Hatyai untuk rawatan.

utusan.com.my

Selain Dua Bom Yang Meletup, Terdapat Sebutir Lagi Bom Telah Ditemui Di Prince Of Songkhla University Tetapi Berjaya Dimatikan Tidak Lama Selepas Itu

Prince of Songkla University.

Image via fce.co.th

Bom juga ditemui diletakkan di pintu masuk Prince of Songkhla University tetapi berjaya dimatikan oleh pihak berkuasa.

utusan.com.my

Rakyat Malaysia Yang Berada Di Hatyai Bagaimanapun Terselamat Daripada Dua Nahas Letupan Tersebut

Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla yang dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau mengalami kecederaan dalam insiden letupan bom di Hatyai setakat ini.

mstar.com.my

Dalang Disebalik Pengeboman Ini Masih Tidak Diketahui Pihak Polis

Image via blogspot.com

Pihak polis belum mengenalpasti kumpulan yang mendalangi serangan itu.

bernama.com

Antara Cerita Yang Berkaitan Di SAYS:

You may be interested in: