13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

Ini bukan April Fools. Nama tempat dalam senarai ini benar-benar wujud di Malaysia. Memang pelik tapi benar.

1. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

sinarharian.com.my

Peneroka asal Kampung Bogel, Jusoh Mamat, 78, berkata, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Image via sinarharian.com.my

Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata dia tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

sinarharian.com.my

2. Batak Rabit, Perak

Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

wikipedia.org

Lokasi Batak Rabit di negeri Perak.

Image via www.weather-forecast.com

Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.

wikipedia.org

3. Kampung Dada Kering, Pahang

Lokasi Kampong Dada Kering di negeri Pahang.

Image via www.weather-forecast.com

Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

blogspot.com

Salah satu tapak lombong di Kampong Dada Kering.

Image via http://miraie89.blogspot.com/

Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.

blogspot.com

4. Desa Temu Jodoh, Johor

Desa Temu Jodoh. Chaah, Segamat. Johor.

Image via balqisnazid.blogspot.com

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

hmetro.com.my

Lokasi Desa Temu Jodoh di negeri Johor.

Image via www.weather-forecast.com

Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

blogspot.com

Antara papan tanda yang terdapat di Desa Temu Jodoh.

Image via www.nst.com.my

5. Kampung Imam Lapar, Terengganu

Papan tanda Kampung Imam Lapar.

Image via twitter.com

Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

bharian.com.my

Lokasi Kampung Imam Lapar di negeri Terengganu.

Image via www.weather-forecast.com

Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

bharian.com.my

6. Kampung Seronok, Pulau Pinang

Masjid Kampung Seronok, Pulau Pinang.

Image via penang-traveltips.com

Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.

blogspot.com

Lokasi Kampung Seronok di negeri Pulau Pinang.

Image via www.weather-forecast.com

D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

blogspot.com

7. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Papan tanda Kampung Baru Jumpa.

Image via my.mustaffa.org

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

newsabahtimes.com.my

Jalan Baru Jumpa di Kampung Baru Jumpa di Tenom, Sabah.

Image via my.mustaffa.org

8. Kampung Atas Tol, Terengganu

Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air.

blogspot.com

Papan tanda Kampung Atas Tol.

Image via blogspot.com

Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

blogspot.com

9. Mambang Di Awan, Perak

Papan tanda Selamat Datang ke Mambang Di Awan, Perak.

Image via www.nst.com.my

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

blogspot.com

Lokasi Mambang Di Awan di negeri Perak.

Image via www.weather-forecast.com

Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.

blogspot.com

Pekan Mambang Di Awan.

Image via www.travelific.my

10. Kota Sarang Semut, Kedah

Papan tanda Kota Sarang Semut di Kedah.

Image via kayuhsorangje.blogspot.com

Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.

wikipedia.org

Lokasi Kota Sarang Semut di negeri Kedah.

Image via www.weather-forecast.com

Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.

wikipedia.org

11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

Antara papan tanda yang terdapat di Kampung Penajis.

Image via www.tranungkite.net

Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.

blogspot.com

Lokasi Kampung Penajis di Negeri Sembilan.

Image via www.weather-forecast.com

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

blogspot.com

12. Batang Melaka, Melaka

Stesen keretapi lama di Batang Melaka.

Image via kenalimelaka.blogspot.com

Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan

wikipedia.org

Lokasi Batang Melaka di negeri Melaka.

Image via www.weather-forecast.com

Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

wikipedia.org

13. Jalan Microwave, Sabah

Image via blogspot.com

Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk menertawakan mereka: Jalan Microwave di KM177.

blogspot.com

Leave a comment