seismik

14 Langkah Memperbaiki Diri Dalam Masa 14 Hari

Mengubah diri kepada sesuatu yang lebih baik bukan perkara yang begitu sukar sebenarnya. Amalkan 14 langkah ini untuk menjadikan hidup anda lebih berkualiti dalam masa yang singkat.

Cover image via reallifebh.com

1. Mula Baca buku. Buku yang dimaksudkan adalah tentang pembangunan diri dan motivasi, serta buku mengenai kemahiran baru. Kaut ilmu sebanyak mungkin. Jadilah kawan kepada buku.

Image via sabay.com

2. Tuliskan nota positif untuk diri anda. Salah satunya seperti “jangan mengaku kalah” atau "tiada apa yang mustahil". Jangan lupa untuk tampalkan pada dinding-dinding ataupun cermin. Pastikan matlamat itu tercapai.

Image via claimfame.com

3. Rancang aktiviti luar. Tak kira samada dengan rakan-rakan atau ahli keluarga, luangkan masa di luar dengan aktiviti-aktiviti yang jarang anda lakukan seperti ‘sky diving’ atau ‘bungee jumping’.

Image via tumblr.com

4. Tukar cara pemakaian. Ada pelbagai jenis fesyen yang anda boleh cuba. Mana tahu anda akan berasa lebih selesa dan yakin dengan cara pemakaian baru. Belum cuba belum tahu.

Image via tumblr.com

5. Keluar daripada zon selesa. Cabar diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru, yang anda rasa sangat mustahil untuk anda lakukan sebelum ini. Jangan takut!

Image via tumblr.com

6. Tingkatkan penampilan diri. Bukan sahaja dari segi pakaian, penjagaan rambut juga penting bagi menyerlahkan lagi personaliti anda, supaya anda berasa lebih yakin tanpa masalah keguguran rambut.

Image via DOVE Malaysia

7. Bangun awal pagi. Mulakan hari anda seawal jam 6 pagi. Percayalah, anda akan terkejut dengan betapa banyaknya masa yang sebenarnya anda ada dalam sehari. Jangan lupa juga untuk tidur lebih awal.

Image via ning.com

8. Hentikan tabiat buruk. Apa sahaja tabiat buruk yang ada pada anda, kuatkan semangat untuk berhenti. Pada masa yang sama, semaikan diri anda dengan sifat-sifat positif yang ingin anda kekalkan.

Image via mashable.com

9. Dekatkan diri dengan orang sekeliling. Luangkan masa dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang sudah lama tak bertemu untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan.

Image via minus.com

10. Jelajah dan teroka dunia. Banyak lagi perkara yang anda tidak ketahui tentang dunia yang luas ini. Kutip pengalaman berharga melalui lensa mata anda sendiri. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Image via whicdn.com

11. Mulakan hobi baru. Selain hobi kegemaran anda, pasti akan ada hobi atau bidang lain yang ingin anda ceburi bukan? Cari sesuatu yang sesuai untuk diri anda dan mulakan hari ini!

Image via tumblr.com

12. Amalkan pemakanan sihat. Makanan yang sihat boleh membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan serta lebih merangsang minda anda. Cubalah. Pasti anda rasa perbezaannya.

Image via tumblr.com

13. Lakukan senaman ringan. Senaman penting bagi menjadikan anda lebih bertenaga dan lebih sihat. Siapa kata senaman hanya boleh dilakukan di luar rumah? Sambil tengok tv pun boleh bersenam.

Image via tumblr.com

14. Kurangkan interaksi dengan 'gadjets'. Jangan hanya terlalu mengharapkan interaksi di dunia siber. Mula ambil berat tentang orang lain. Jumpa mereka 'face-to-face', dengar dan wujudkan perbualan.

Image via teen.com

You may be interested in: