seismik

[TERKINI] 16 Kakitangan Sah Positif Covid-19, KKM Terus Kesan Kontak Rapat Kluster Sentosa

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Cover image via Google

Hari ini, 28 Julai 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan kes pengesanan aktif dan kontak rapat Covid-19 yang melibatkan kluster Sentosa di Kuching, Sarawak

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dayak Daily

Menurut laporan, usaha ini adalah bagi mengelakkan peningkatan kes virus berkenaan di negeri itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat 18 Julai hingga semalam, KKM mengesan 680 individu yang merupakan kontak dalam kluster berkenaan dan daripada jumlah itu 21 kes positif, 587 kes negatif manakala 72 masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan.

Image via New Straits Times

“Daripada 21 kes (positif) itu, 16 kes merupakan dalam kalangan anggota KKM, dua anggota perkhidmatan sokongan daripada syarikat yang mengurus kemudahan di hospital itu, satu pesakit dan dua lagi kontak rapat atau ahli keluarga kepada kes positif,” katanya.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) tentang pelan KKM dalam menangani isu peningkatan kes Covid-19 di Kuching terutama dalam kluster Sentosa melibatkan kakitangan hospital kerajaan dan barisan hadapan

Image via Berita Harian

Selain itu, Chong juga ingin tahu apakah langkah tambahan diambil KKM untuk melindungi dan menjaga kebajikan setiap pekerja kesihatan, pesakit dan orang awam di persekitaran hospital itu dan apakah langkah tambahan untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Kuching serta membantu semua peniaga yang terjejas akibat pandemik itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: