seismik

18 Lebuh Raya Tawar Diskaun Tol Sehingga 37.5% Sempena Aidilfitri

Menjelang Aidilfitri, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan diskaun bayaran tol sehingga 37.5 peratus.

Cover image via arenakereta.com

Sebanyak 23 Syarikat Konsesi Lebuh Raya Bersetuju Memberi Diskaun Tol Antara Lima Hingga 37.5 Peratus Yang Akan Berkuatkuasa Dari 27 Hingga 30 Julai 2014

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata diskaun kepada kenderaan Kelas Satu membabitkan 18 lebuh raya itu adalah sebagai menghargai pengguna lebuh raya berkenaan.

bernama.com

PLUS Akan Memberi Diskaun Sebanyak 30 Peratus Pada 23, 24, 30 Dan 31 Julai Pada Lima Lebuh Raya Yang Dikendalikan Mereka

Image via panoramio.com

"Projek Lebuhraya Usahasama Berhad yang mengendalikan lima lebuh raya pula akan menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 23, 24, 30 dan 31 Julai ini."

kosmo.com.my

“Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) serta Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),” katanya.

hmetro.com.my

Selain Itu, Semua Kerja Pembinaan Di Jalan Raya Dan Lebuh Raya Akan Dihentikan Dalam Masa 14 Hari Malah Kenderaan Berat Turut Dilarang Menggunakan Lebuh Raya Untuk Tempoh 4 Hari

Image via tempo.co

Dalam pada itu, Fadillah berkata, semua kerja pembinaan di jalan dan lebuh raya perlu dihentikan, kecuali kerja-kerja kritikal untuk tempoh 14 hari iaitu bermula semalam sehingga 4 Ogos depan bagi mengurangkan kesesakan sempena musim perayaan ini.

utusan.com.my

"Pada masa yang sama, pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama empat hari iaitu 26 dan 27 Julai serta 2 dan 3 Ogos kerana dijangka berlaku peningkatan trafik," tambahnya lagi.

utusan.com.my

Lihat Carta Di Bawah Ini Bagi Memudahkan Perjalanan Balik Kampung Anda:

Image via imgur.com

Berhati-Hati Di Jalan Raya. Ingatlah Orang Yang Tersayang. Semoga Syawal Kali Ini Memberi Seribu Makna Buat Anda Dan Keluarga.

Harga Barangan Keperluan Juga Turut Dipantau Kerajaan Manakala Harga Tambang Bas Turut Tidak Naik Menjelang Aidilfitri

You may be interested in: