2 Kanak-Kanak Disangka Hilang Semasa Keluar Beli Pau, Rupanya 9 Jam Tersangkut Dalam Lif
Allahuakbar, nasib baik dua-dua selamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Cheras ditemukan dalam keadaan lemah awal pagi tadi
Menurut laporan Harian Metro, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 11 dan 10 tahun dilihat tertidur selepas terperangkap lebih kurang sembilan jam dalam lif yang sedang diselenggara pada 12.45 tengah malam.
Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, mangsa ingin keluar membeli pau di kedai yang selalu dikunjunginya
Ibu kepada salah seorang mangsa berkata, Faiq Adiwira, 11 yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan lemah selepas terperangkap sejak 2.15 petang semalam sebelum ditemukan pada 1 pagi tadi.
Menurutnya, Faiq keluar dari rumah untuk membeli pau di kedai berdekatan sebelum terperangkap dalam lif berkenaan.
"Pau itu memang makanan favourite dia sampaikan penjual itu pun sudah kenal wajah dia sebab selalu beli.
"Ketika kejadian dia turun dari rumah kami di tingkat sembilan sebelum terperangkap di tingkat empat bersama seorang kawannya, pau pun tak sempat beli," katanya.
Kanak-kanak itu cuba meminta tolong melalui butang interkom tetapi tiada respon dan mereka hanya mampu menangis sehingga tertidur beberapa kali
Pada awalnya, mereka tidak menyangka dua kanak-kanak itu terperangkap di dalam lif berkenaan dan ingat mereka hanya pergi bermain.
"Biasanya dia pergi bermain dengan kawan-kawan dan saya dah tetapkan untuk dia mesti berada di rumah sebelum jam 7 petang.
"Jadi saya tidak sangka mereka terperangkap kerana ingatkan dia pergi bermain selepas membeli pau di bawah blok kami," katanya lagi.
Difahamkan, sepanjang 12 tahun mereka menetap di pangsapuri itu sudah beberapa kali kejadian sama berlaku namun kepada orang dewasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!