seismik

2 Wanita Ini Nekad Kerja Dalam 'Bidang Lelaki' Dan Tepis Segala Stereotaip. Inspirasi!

Memang power. #WaniTough

Cover image via OHBULAN!

Setakat ini, jarang kita dengar wanita memonopoli tugas lelaki, kan? Kalau ada pun seorang dua. Itu pun tugas mereka tak terlalu terdedah kepada umum.

Tapi, baru-baru ni kami ada jumpa dua orang superwomen yang sudah berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli lelaki selama bertahun-tahun.

Tugas mencabar yang digalas itu membuktikan bahawa wanita bukanlah lemah, namun mampu bersaing dengan ketangkasan lelaki. Jom kita baca kisah mereka di bawah:

1. Sazaimah Sai'on, 44 - Pengurus Besar, G-Car Manufacturer Sdn Bhd (G-Car)

Image via ohbulan.com

Setiap pagi, Sazaimah akan menghantar anak ke sekolah. Kemudian, breakfast sekejap untuk enjoy me time sebelum masuk kerja.

Ditanya kenapa memilih untuk masuk ke bidang ini, Sazaimah berkata dia mahu keluar dari kebiasaan. Walaupun agak kekok mengendalikan mekanik lelaki, namun dia anggap ini semua sebagai satu cabaran.

Image via ohbulan.com

"Sebelum mengambil keputusan ini, saya tanya mak saya dia ada kawan mekanik wanita ke? Sebab, dia sudah ada kawan doktor wanita dan cikgu wanita. Jawabnya, tiada. Jadi, saya sahut cabaran tu supaya satu hari nanti bila kereta mak saya rosak, dia tak perlu ke bengkel lain. Silap-silap kena tipu dan dipaksa tukar macam-macam oleh mekanik kat sana," kata Sazaimah.

Atas dasar minat terhadap kereta lumba Formula (F1), beliau dia mengambil kursus automotif di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia pada 1995. selepas tamat SPM.

Image via ohbulan.com

Ibu kepada dua orang anak ini berkongsi, hampir kesemua pelanggannya adalah lelaki dan ramai juga antara mereka yang memandang rendah kebolehan dan kepakarannya. Disebabkan keangkuhan pelanggan juga, beliau pernah dilemparkan kata-kata kurang enak dan sebagainya ketika menjalankan tugas.

“Saya selalu pesan dengan staff saya. Kereta memang selalu banyak masalah, manusia pun ada masalah. Jadi, mana nak selesaikan dulu, kereta punya masalah atau manusia? Kereta tak boleh cakap, manusia boleh cakap. Jadi, selesaikan masalah manusia dulu,” katanya lagi.

Image via ohbulan.com

Menggalas tugas lelaki sebagai mekanik dan pengurus workshop ini secara tak langsung menjadikan Sazaimah seorang #WaniTough. Ditanya apa definisi #WaniTough buat dirinya, beliau berkata sebenarnya semangat itu ada dalam jiwa setiap wanita.

“Jangan takut nak mencuba. Mencuba itu tak salah. Dari situ kita dapat tahu dan ukur kekuatan sebenar kita.

"Nak toreh getah pun kena tough, bangun pagi, siapkan sarapan, keluar rumah awal dan sebagainya. Nak melahirkan anak pun kena tough, kalau tak kuat semangat, tak boleh jugak. Setiap kerja ada cabarannya. Kalau you dapat harungi setiap cabaran, you are already tough,“ katanya lagi.

2. Rokiah Salim, 53 - pemandu treler

Image via ohbulan.com

Biasanya kita lihat treler panjang bertayar 20 dipandu lelaki, kan? Namun, lain pula untuk Rokiah Salim apabila memilih menjadi pemandu treler sejak 2014. 

Bangga dengan pekerjaan sekarang ini, Rokiah, 53, atau lebih dikenali sebagai ‘Akak Lori’ mengakui tidak sukar memandu treler panjang. Sebaliknya, lebih kurang sama seperti memandu kereta, namun memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi.

Image via ohbulan.com

“Setiap hari akak akan ambil kontena kosong yang turun dari kapal untuk hantar ke depoh. Kat situ, pihak depoh akan buat survey, repair dan gredkan kontena. Biasanya akak akan ambil job dari depoh ke depoh, depoh ke port dan port ke depoh,” katanya.

Rokiah berkongsi, pendapatan keluarga ketika itu tidak mencukupi. Lantas, beliau berazam mahu membantu bagi mencari pendapatan lebih buat keluarga dan mengambil keputusan untuk memandu treler selepas disarankan rakan-rakan terdekat.

Image via ohbulan.com

“Sebab nak tolong keluarga, jadi akak kena fikir kerja apa yang boleh bagi akak gaji lebih tinggi. Kawan-kawan bikers akak bagi cadangan ada satu kerja ni susah tapi lumayan iaitu pemandu treler. Diorang semua bagi galakan dan sokongan, kecuali adik-beradik akak.

“Masa tu, abang ipar tentang. Dia kata nanti family susah hati bab keselamatan dan semua tu. Tapi akak fikir nak sara hidup keluarga masa tu, anak pulak dua-dua kat universiti. Kena usaha jugaklah.

“Kerja ni siapa-siapa pun boleh buat, bukan hak lelaki. Dulu yelah orang kata kerja ni susah, berat. Bila akak cuba buat, tak susah pun. Kerja ni senang je. Rebut peluang sementara masih ada, dik. Fight untuk life dalam keadaan ekonomi sekarang ni,” katanya lagi.

Image via ohbulan.com

Bila dah berada dalam bidang ni, tak sahlah kalau tak ada cabaran yang boleh membuatkan beliau tertekan. Rokiah berkata, biasanya dia kena buli dengan beratus pemandu lelaki lain, itu perkara biasa. Tapi, dia banyakkan bersabar dan fokus dengan tujuan hidup.

“Kalau jadi macam ni, akak akan spend time dengan family dan kawan-kawan. Akak akan atur jadual 1-15 haribulan pulun trip, 7-8 trip sehari. Lepas tu cuti seminggu untuk spend time dengan anak dan kawan-kawan. Masa tu banyaklah kawan-kawan ajak shopping, makan, daki gunung dan sebagainya," kata Rokiah.

Image via ohbulan.com

Ditanya apa definisi #WaniTough yang bermaksud wanita cekal, tabah dan mampu membuktikan keupayaan dengan menggalas tanggungjawab yang berat bagi dirinya, Rokiah berkata dulu ramai orang cakap wanita lemah, tapi kini segalanya telah berubah.

“Orang kata dulu perempuan ni buat kerja ringan-ringan je. Sekarang zaman dah lain dan makin adil. Sebagai wanita, kita kena berlumba untuk dapatkan sesuatu. Asalkan kita sentiasa mencuba dan bersungguh-sungguh. Tanamkan semangat dan disiplin dalam diri,” kata Rokiah lagi.

Kami salute wanita-wanita yang berani keluar daripada zon selesa dan yang mampu mengubah persepsi orang ramai seperti dua wanita ini

Image via tumblr.com

Wanita zaman kini semakin lama semakin hebat dan berani. Tidak sesuai lagi untuk kita gelar golongan ini sebagai 'kaum yang lemah' berbanding kaum Adam.

Wanita sememangnya hebat! Lihat saja pada ibu-ibu anda sendiri yang selama ini telah berpenat lelah membesarkan dan mendidik kita semua sedari kecil sehingga besar. Jadi, hargailah kaum Hawa kerana mereka berhak mendapat layanan sama rata dari masyarakat.

Ayuh sama-sama kita buang stereotaip 'wanita lemah' yang sekian lama membenak di dalam kotak fikiran kita

Image via giphy.com

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hebat-hebat belaka!

You may be interested in: