seismik

24 Jam Siang Di Bulatan Artik, Umat Islam Keliru Bagaimana Ingin Berpuasa

Umat Islam di Bulatan Artik mengalami kekeliruan tentang kaedah berpuasa kerana matahari tidak terbenam.

Cover image via breitbart.com

Ramadan pada tahun ini mungkin berbeza sekali bagi umat Islam di Bulatan Artik. Ini disebabkan matahari tidak akan terbenam dalam masa 24 jam.

Image via kinja-img.com

Ramadan telahpun bermula pada 18 Jun 2015. Tiga hari selepas itu, Bulatan Artik akan menyaksikan hari yang paling panjang apabila matahari tidak akan terbenam bagi sebahagian besar rantau ini dan hanya terbenam untuk beberapa jam sahaja di bahagian selatan.

Satu soalan yang mungkin ramai tertanya-tanya ialah, "Bagaimana umat Islam di sana menjalankan ibadah puasa jika tiada waktu malam?"

Idris Abdulwhab menunjukkan masa - 5 minit sebelum tengah malam - tetapi matahari masih lagi terpacak.

Image via www.aljazeera.com

Umat Islam di sana ternyata keliru tentang berapa lama masa mereka perlukan untuk berpuasa. Adakah 24 jam? Atau kurang daripada itu?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, apa kata kita ambil tahu dahulu apakah itu Bulatan Artik

Penjelasan ringkas: Bulatan Artik adalah garis lintang paling selatan di bahagian Hemisfera Utara di mana matahari boleh kekal berterusan di atas atau di bawah ufuk selama 24 jam. Ini bermakna, Bulatan Artik boleh mengalami 24 jam siang dan 24 jam malam pada satu-satu masa.

Garisan Artik pada peta dunia.

Image via wikimedia.org

Bulatan Artik dari sudut pandang atas bumi.

Image via sofrep.com

Berbalik semula kepada soalan tadi, apakah jalan penyelesaiannya? Penganut agama Islam di sana terpaksa mencari satu set kaedah baru bagi membolehkan mereka menjalankan ibadah puasa di rantau itu.

Penduduk Islam di situ mungkin terpaksa berbuka puasa pada waktu petang.

Image via www.aljazeera.com

Ada dua soalan sukar yang perlu dijawab iaitu bukan sahaja berkenaan waktu berbuka puasa tetapi juga berkenaan bila mereka boleh mula berpuasa

Bandar Stockholm di Sweden juga mempunyai masa malam yang sangat singkat.

Image via www.dailymail.co.uk

Persatuan Islam Sweden, sementara itu, sedang berusaha untuk merangka garis panduan baru bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai tempoh puasa kaum muslimin di zon Artik.

Imam di rantau itu juga cuba untuk mencadangkan satu pendekatan baru kepada garis panduan yang telah ditubuhkan yang membolehkan umat Islam di sebahagian bandar seperti Kiruna untuk berbuka puasa pada masa yang sama seperti orang Islam di selatan Sweden.

"Anda sepatutnya mula berpuasa sebelum matahari terbit iaitu pada waktu subuh. Tetapi tidak ada subuh yang sebenar ketika musim panas di Stockholm, Sweden." kata Mohammed Kharraki, jurucakap Persatuan Islam Sweden.

Garis panduan terperinci masih dalam perangkaan. Mungkin mereka boleh berbuka puasa pada lewat petang supaya lebih selaras dengan negara lain di dunia.

Matahari di tengah malam berlarutan sehingga separuh Ramadan.

Image via www.aljazeera.com

Peraturan baru yang disediakan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah dijangka akan digunakan di seluruh benua dan akan termasuk nasihat mengenai keadaan di mana umat Islam boleh berbuka puasa untuk mengelakkan daripada pengsan dari kekurangan makanan dan air.

"Orang ramai boleh mencuba untuk berpuasa selama 19 jam tetapi jika anda tidak lagi mempunyai kudrat untuk melakukan kerja atau berdiri, maka ia adalah masa untuk berbuka puasa," kata Kharraki lagi.

Sekarang kita lihat pula pada foto-foto Ramadan di negara luar yang sangat menyentuh hati:

Setiap hari berbuka puasa dengan kurma tapi tahukah anda khasiat sebenarnya?

You may be interested in: