seismik

26% Pekerja Malaysia Mengaku Pura-Pura Ambil MC Kerana Malas Bekerja

Dalam tempoh enam bulan, 26 peratus pekerja Malaysia didapati tidak bersikap jujur dengan majikan.

Cover image via premiumexcel.com

Satu Kajian Oleh JobStreet.com Mendapati Seramai 26% Pekerja Di Malaysia Berpura-Pura Mengambil Cuti Sakit Semata-Mata Untuk Mengelak Daripada Datang Bekerja

Satu kajian oleh JobStreet.com mendapati tiga sebab yang diberikan pekerja untuk mengemukakan sijil cuti sakit ialah tiada keinginan untuk bekerja, kepenatan dan berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.

themalaysianinsider.com

Tiga sebab yang diberikan pekerja untuk mengemukakan sijil cuti sakit ialah tiada keinginan untuk bekerja, kepenatan dan berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.

Image via wagenugraha.wordpress.com

JobStreet.com dalam satu kenyataan pada Rabu, 20 Ogos 2014 berkata alasan berkenaan menunjukkan pekerja tidak mempunyai motivasi di tempat kerja dan tidak jujur, hanya untuk mengelak daripada datang bekerja.

informasi.my

"Dua puluh enam peratus daripada pekerja dalam kajian mengaku mereka berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit dalam enam bulan lepas. Ada yang telah mengemukakan lima sijil sakit dalam enam bulan lepas," kata kenyataan itu.

bernama.com

Menerusi Kajian Tersebut, Satu Daripada Empat Responden Berkata Mereka Sanggup Membeli Sijil Sakit Palsu Dan Bersedia Untuk Membayar Sehingga RM25 Bagi Satu Sijil

Pekerja sanggup membayar RM25 bagi mendapatkan satu sijil sakit palsu.

Image via wordpress.com

Kenyataan itu berkata sejumlah 1,058 majikan dan 749 pekerja daripada pelbagai industri di Malaysia terlibat dalam kajian JobStreet.com, dalam Jun tahun 2014.

sinarharian.com.my

Seorang daripada empat responden dalam kajian itu berkata mereka akan membeli sijil sakit palsu, jika diberi peluang. "Tambahan pula mereka (pekerja) menunjukkan mereka bersedia untuk membayar sehingga RM25 untuk satu sijil cuti sakit palsu," katanya.

themalaysianinsider.com

Sementara Itu, Bagi Pihak Majikan Pula, Lebih 57% Majikan Mendakwa Mempunyai Pekerja Yang Mereka Rasakan Berpura-Pura Sakit Kerana Tidak Mahu Bekerja

Kenyataan itu berkata lebih daripada 57 peratus majikan dalam kajian di Malaysia itu mendakwa mempunyai pekerja yang mereka rasakan berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit.

informasi.my

Sebahagian Langkah Yang Diambil Untuk Membanteras Masalah Ini Adalah Dengan Menggunakan Surat Amaran, Amaran Lisan, Penilaian Prestasi Buruk Dan Semakan Dengan Klinik Perubatan

Apabila majikan ditanya tindakan yang diambil jika pekerja mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu, majikan berkata mereka menggunakan surat amaran, amaran lisan dan penilaian prestasi buruk sebagai sebahagian tindakan diambil untuk mengekang masalah ini dalam syarikat mereka.

bernama.com

"Semakan dengan klinik perubatan untuk memastikan pekerja benar-benar sakit juga salah satu kaedah biasa digunakan jabatan sumber manusia untuk mengesahkan ketulenan sijil cuti sakit itu," kata kenyataan itu.

sinarharian.com.my

Pada Minggu Lalu, Pihak Polis Telah Berjaya Melumpuhkan Satu Sindiket Menjual Sijil Sakit Palsu Dalam Serbuan Di Shah Alam

Minggu lepas, media melaporkan polis telah melumpuhkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit palsu dengan penangkapan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Shah Alam.

themalaysianinsider.com

JUGA DI SAYS: Pakar Bedah Malaysia Ketuai Pasukan Australia Dalam Pembedahan Buang Ketumbuhan

You may be interested in: