seismik

300 Krew Kabin MAS Letak Jawatan

Malang sekali lagi menimpa Malaysia Airlines (MAS) apabila kakitangannya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Cover image via mstar.com.my

[TERKINI] Pengurusan MAS Rangka Semula Pelan Perniagaan Jangka Panjang Syarikat

MAS sedia berkhidmat dengan lebih efisyen pada masa akan datang.

Image via fuh.my

Pengurusan Malaysia Airlines (MAS) berkata kajian menyeluruh berhubung pelan perniagaan syarikat penerbangan itu sedang dijalankan dengan meneroka segala jalan yang ada untuk memastikan kelestarian jangka panjang syarikat.

bernama.com

"Seperti lazimnya, pelan itu akan dikongsi dengan para pemegang kepentingan yang berkaitan pada masa yang sesuai apabila memperoleh kelulusan dan persetujuan yang perlu," kata MAS dalam sebuah kenyataan.

sinarharian.com.my

MAS Yakin Akan Bangkit Semula Selepas Menghadapi Situasi Yang Sangat Sukar Ekoran Misteri Kehilangan Pesawat MH370

Tragedi kehilangan pesawat MH370 ternyata menjadi antara saat paling sukar dalam sejarah penerbangan MAS.

Image via ibtimes.com

Menurut sumber itu, lebih dua bulan selepas insiden kehilangan pesawat MH370, syarikat penerbangan itu terus berusaha keras untuk kembali pulih dan melalui masa depan yang mapan walaupun di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

informasi.my

"Mendapatkan kembali pelanggan dan tumpuan kepada perbelanjaan akan menjadi sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat penerbangan dan kedua-dua usaha ini penting untuk merancakkan pemulihan," kata MAS.

bernama.com

Keselamatan Pesawat Serta Penumpang Adalah Aspek Paling Utama Yang Akan Ditekankan MAS Pada Masa Akan Datang

Keselamatan terus menjadi aspek penting dalam penyampaian perkhidmatan Malaysia Airlines

Image via jobstreet.com.my

Kenyataan itu menyebut keselamatan terus menjadi aspek penting dalam penyampaian perkhidmatan Malaysia Airlines.

sinarharian.com.my

“Dan syarikat penerbangan itu memastikan bahawa penyelenggaraan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya tanggungjawab dan keperluan kawal selia,” menurut kenyataan.

informasi.my

12 Mei: Selepas Tragedi MH370, MAS Diuji Sekali Lagi Dengan Isu Perletakan Jawatan Hampir 300 Kru Kabin

Image via venusbuzz.com

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

mstar.com.my

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

mstar.com.my

Difahamkan, MAS Tidak Memberi Bonus Untuk Beberapa Tahun Serta Turut Mengerah Kakitangannya Untuk Bekerja Lebih Masa

Sumber memberitahu sudah beberapa tahun syarikat gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

mstar.com.my

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," kata sumber itu.

mstar.com.my

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

mstar.com.my

Antara Pendorong Lain Dalam Perletakan Jawatan Ialah Bayaran Yang Lebih Tinggi Ditawarkan Daripada Syarikat Penerbangan Terkemuka Lain

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS."

mstar.com.my

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya.

mstar.com.my

Isu Ini Dikatakan Telah Berlarutan Selama Beberapa Tahun Dan Tidak Ada Kaitan Langsung Dengan Tragedi Kehilangan MH370

Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

mstar.com.my

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

mstar.com.my

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Telah Mendapat Perhatian Sejak Akhir-Akhir Ini. BACA SINI:

You may be interested in: