seismik

[GAMBAR] Bas Ekspres Terbakar Hangus Kerana Kelalaian Seorang Penumpang

Seramai 36 penumpang, pemandu dan konduktor sebuah bas ekspres mengalami detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Beluran, Sabah.

Cover image via blogspot.com

Nyawa 36 Penumpang Dan 2 Konduktor Hampir Diragut Akibat Kelalaian Seorang Penumpang Yang Merokok Di Dalam Bas

Gara-gara seorang lelaki dipercayai merokok di dalam tandas, seramai 36 penumpang, pemandu dan konduktor sebuah bas ekspres terpaksa mengalami detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar.

utusan.com.my

Kejadian tersebut berlaku di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid, Beluran, Sabah.

utusan.com.my

Kejadian Melibatkan Bas Ekspres Milik Syarikat Tung Ma Dalam Perjalanan Dari Kota Kinabalu Ke Sandakan

Image via blogspot.com

Peta Beluran di Sabah dimana kebakaran bas ini berlaku.

Image via imgur.com

Kejadian melibatkan bas ekspres milik Syarikat Tung Ma berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

utusan.com.my

Semua yang terlibat sempat keluar apabila kenderaan berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Telupid.

hmetro.com.my

Kebakaran Disedari Salah Seorang Penumpang Yang Terlihat Kepulan Asap Di Bahagian Belakang Kenderaan

Image via blogspot.com

"Panik dengan kejadian itu, penumpang terbabit menjerit memaklumkan perkara tersebut lalu pemandunya memberhentikan bas berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

utusan.com.my

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan V. Shivananthan berkata, kebakaran disedari salah seorang penumpang yang terlihat kepulan asap di bahagian belakang kenderaan terbabit ketika melalui kawasan berbukit.

utusan.com.my

Kejadian Itu Menyebabkan Berlaku Kesesakan Lalu Lintas Sepanjang Satu Kilometer

Image via blogspot.com

Menurut Shivananthan, kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer dan secara kebetulan pihaknya yang menjalankan Op Selamat berdekatan lokasi kejadian segera membantu menyelamatkan penumpang.

utusan.com.my

Bas tersebut musnah terbakar sebelum pihak bomba tiba untuk memadam kebakaran. Namun, kesemua 30 penumpang dan dua pemandu bas tersebut sempat menyelamatkan diri.

utusan.com.my

Kini, Lelaki Yang Menyebabkan Bas Terbakar Ditahan Polis

Seorang penumpang sebuah bas ekspres ditahan bagi membantu siasatan kejadian bas tersebut terbakar di Km 78, Jalan Beluran-Telupid.

bharian.com.my

Penumpang itu yang berusia 42 tahun dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut selepas dia merokok di dalam tandas bas.

bharian.com.my

Awal Tahun Ini, Kompleks Terkenal Di Rantau Panjang Juga Mengalami Kebakaran Yang Menyebabkan 60 Unit Kedai Hangus

You may be interested in: