4 Lelaki Terjun Parit Besar Selamatkan Wanita Dalam Kereta Terbabas Dalam Air

Terima kasih semua yang bantu!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Empat individu bertindak pantas menyelamatkan seorang wanita yang hampir lemas selepas keretanya terjunam ke dalam parit besar di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, 8 April

Menerusi laporan Harian Metro, wanita itu yang merupakan seorang doktor, sedang dalam perjalanan di Jalan Lintas Kepayan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menuju ke Lido kira-kira jam 7 pagi.

Mangsa dilaporkan terlanggar bahagian belakang sebuah trak tunda, menyebabkan kehilangan kawalan sebelum terbabas dari jalan raya terjunam ke dalam sebuah parit besar di tepi jalan.

SAYS.com
Image via Juwan Riduan/Berita Harian

Pemandu trak tunda yang menyaksikan kejadian itu segera terjun ke dalam longkang untuk membantu

Tiga lelaki lain yang kebetulan lalu di situ dengan pantas turut serta dalam usaha menyelamat.

Mereka berjaya menarik keluar mangsa dari dalam kenderaan yang hampir ditenggelami air.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

SAYS.com
Image via Juwan Riduan/Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: