5 Benda Wajib Bawa Kalau Masuk Hutan – “Lebih Penting Dari Powerbank”
Sekarang banyak kes orang hilang, boleh ambil langkah berjaga-jaga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi ramai orang, antara barang wajib dibawa ketika melakukan aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki atau mandi sungai ialah telefon bimbit dan powerbank

Namun menurut satu perkongsian seorang warganet di Threads, terdapat lima barang yang sebenarnya jauh lebih penting untuk dibawa ketika memasuki kawasan hutan atau sungai.
Menerusi perkongsian yang dikatakan sebagai pesanan daripada seorang malim tua, setiap satu daripada barang tersebut boleh menjadi penyelamat ketika berdepan situasi kecemasan.
1. Wisel

Gambar sekadar hiasan.
Image via @outdoorpromy (Instagram)Ramai mungkin memandang remeh fungsi wisel, namun alat kecil ini boleh menjadi penyelamat nyawa.
Menurut perkongsian tersebut, bunyi wisel sebanyak tiga kali berturut-turut merupakan isyarat kecemasan atau S.O.S yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Malah bunyinya boleh didengari dari jarak yang jauh berbanding menjerit yang boleh menyebabkan suara hilang selepas beberapa minit.
2. Lampu suluh dan bateri tambahan

Gambar sekadar hiasan.
Image via FacebookKeadaan menjadi lebih berbahaya apabila seseorang tersesat menjelang waktu senja atau malam.
Kawasan yang gelap dan berkabus boleh menyebabkan individu terus berpusing di lokasi yang sama tanpa disedari.
Sebab itu lampu suluh bersama bateri tambahan dianggap antara kelengkapan paling penting ketika berada di dalam hutan.
3. Parang lipat atau pisau pelbagai fungsi

Gambar sekadar hiasan.
Image via Megah SportPeralatan ini bukan bertujuan untuk mempertahankan diri daripada haiwan liar semata-mata.
Sebaliknya ia boleh digunakan untuk memotong dahan, menyediakan kayu untuk unggun api, membelah buluh bagi mendapatkan air atau pelbagai kegunaan lain ketika kecemasan.
4. Raincoat berwarna oren

Gambar sekadar hiasan.
Image via GearJunkieRamai tidak sedar bahawa kesejukan melampau akibat hujan boleh menyebabkan hipotermia, satu keadaan yang berisiko mengancam nyawa.
Selain melindungi tubuh daripada hujan, warna oren yang terang juga memudahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kedudukan seseorang.
5. Tali paracord

Gambar sekadar hiasan.
Image via FacebookTali paracord sering dianggap sebagai peralatan serbaguna kerana boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Antaranya termasuk membuat ampaian, mengikat flysheet, membantu membina tempat perlindungan sementara dan digunakan sebagai sokongan kecemasan sekiranya berlaku kecederaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via