5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Mengaut Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun
Baru-baru ini, Harian Metro edisi Ahad telah mengeluarkan senarai lima orang selebriti wanita Malaysia yang berjaya mengaut pendapatan lebih RM1 juta setahun. Siapakah lima selebriti wanita yang dimaksudkan?
Harian Metro Telah Mengeluarkan Senarai 5 Selebriti Wanita Yang Mengaut Pendapatan Lebih RM1 Juta Setahun
Yang menariknya mereka semua masih muda dan jauh perjalanan karier mereka dalam dunia hiburan.
rotikaya.comJika mereka kekalkan momentum & semangat yang ada dan tidak terbawa dek arus dunia hiburan yang bukan bukan, masa hadapan kelima lima selebriti ini sangat cerah.
rotikaya.com1. Yuna Memegang Tempat Pertama Dengan Pendapatannya Mencecah RM5 Juta Setahun
Yuna Zarai merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik.
wikipedia.orgKerjaya muzik Yuna sudah menjangkau ke pasaran lebih luas di seluruh dunia dengan adanya sokongan pengedar Universal Music Group di sebalik kontraknya dengan Verve Music.
blogspot.comSumber Pendapatan Yuna Diperolehi Dari Kontrak Album, Duta Produk, Royalti Dan Butik IAMJETFUEL
Iamjetfuelshop merupakan satu butik urban vintage terkenal yang dimiliki oleh Yuna.
ohbulan.comMula-mula secara online, kini penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau Yuna mula mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai, IAMJETFUELshop di SS15, Subang Jaya.
mstar.com.myKadar harga boleh dikatakan antara RM15 hingga RM100. Antara barangan yang dijual di situ adalah baju, jaket, seluar, beg tangan dan aksesori jenama Vintage, kasut serta alat permainan.
mstar.com.myRezeki Yuna nampaknya semakin semakin murah. Selain menjadi duta Libresse, kini Yuna dilantik sebagai duta Canon.
beautifulnara.comKehadiran Yuna sangat membanggakan kerana dia mencerminkan nilai jenama Canon yang merangkumi inovasi, kreativiti, kualiti dan komitmen.
kosmo.com.myPerniagaan kamera dijangka berkembang 43 peratus tahun ini, manakala bahagian percetakan meningkat 20 peratus dengan kehadiran Yuna dalam kempen promosi.
kosmo.com.myNamun begitu, USD 40,000 tersebut yang bersamaan dengan RM120,000 menurut Yuna bukanlah hak milik mutlak dia seorang, sebaliknya sebahagian dari jumlah tersebut diserahkan kepada label musik beliau.
yastro.netNampaknya ramai lagi produser Hollywood mula membuka mata dan pintu buat Yuna menyanyikan runut bunyi filem-filem terbitan mereka.
infolaju.comTurut dikira ialah royalti lagu ciptaannya dan juga pulangan lumayan melebihi RM1 juta konsert orkestra Yuna di Istana Budaya.
beautifulnara.comKata Yuna, dia begitu teruja diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya dan dia menganggap peluang tersebut sebagai mimpi jadi kenyataan.
gua.com.my2. Shila Amzah Memegang Tempat Ke-2 Dengan Pendapatannya Mencecah RM2.5 Juta Setahun
Shila Amzah ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengangkat namanya sebagai naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million.
wikipedia.orgShila Amzah juga menjadi Juara di Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, China yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu.
wikipedia.orgShila Memperolehi Kontrak Album Di Shanghai Dan Duta Produk, Sekaligus Menyumbang Kepada Pendapatannya
Shila dikatakan memperolehi kontrak selama 6 tahunnya bersama Shanghai Media Group. Malah Shila Amzah juga akan menetap di Shanghai selama 6 bulan bersama ibunya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Mandarin selain daripada merakamkan album Mandarin dan membuat persembahan untuk khalayak China.
beautifulnara.comShila Amzah juga telah dilantik secara rasminya sebagai duta terbaru bagi produk Safi Balqis selama 3 tahun. Selain itu Shila juga adalah duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia
budiey.comBeliau juga bakal membuat persembahan bersama artis SMG di Lincoln Center, New York. Apa yang membanggakan, Shila merupakan artis Malaysia pertama yang berpeluang menyanyi di atas pentas berprestij itu.
mynewshub.my3. Soo Wincci Diletakkan Di Tempat Ke-4 Dengan Mengaut Sebanyak RM1.5 Juta Setahun
Soo Wincci merupakan seorang personaliti TV dan bekas ratu cantik Malaysia. Beliau mewakili Malaysia di Miss World 2008.
wikipedia.orgSoo Wincci Memperolehi Pendapatannya Dari Duta Produk, Dan Persembahan Luar Dan Dalam Negara
Soo Wincci terpilih sebagai duta kasut keluarga jenama XES sempena ulang tahun ke-10.
yahoo.comPernah dilantik sebagai duta Samsung LED, Soo Wincci juga merupakan duta produk Avon.
beautifulnara.com4. Neelofa Di Tempat Ke-4 Dengan Pendapatannya Bernilai RM1 Juta Setahun
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Beliau juga merupakan juara Dewi Remaja 2010
wikipedia.orgAntara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.
wikipedia.orgProduk Kecantikan Sendiri Merupakan Salah Satu Penyumbangan Kepada Pendapatan Jutaan Ringgit Neelofa
Selepas menceburi perniagaan kasut, kini pelakon "Azura" muncul dengan produk kesihatan pertamanya, BellaVita.
tupai.com.myMemandangkan latar belakang keluarganya dari bidang bisnes, dia tidak menunggu masa lama apabila mengusahakan perniagaan menjual kasut jenamanya, Neelofa Heels.
hmetro.com.mySelain itu, Neelofa juga merupakan duta buat produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan banyak lagi.
beautifulnara.com5. Di Tempat Ke-5, Najwa Latif Dikatakan Memperolehi Pendapatan Sebanyak RM1 Juta Setahun
Najwa Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu dari Malaysia.
wikipedia.orgBeliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube.
wikipedia.orgRoyalti Muat Turun Nada Dering Dikatakan Menyumbang Kepada Pendapatannya
uniCLIQ melantik Najwa Latif sebagai DUTA rasmi E- Pembelajaran.
blogspot.comPerlantikannya baru-baru ini sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah menjadikan artis remaja sensasi YouTube Najwa Latif berasa teruja dan berbangga kerana beliau dapat terus mengasah bakat seninya sambil menumpukan perhatian dalam pelajaran.
budiey.comNajwa Latif memperolehi pendapatan menerusi royalti muat turun nada dering, persembahan dalam dan luar negara serta duta produk.
blogspot.comTetapi, Najwa Latif Tolak Laporan Mengenai Pendapatannya Yang Mencecah RM1 Juta Setahun
Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
mstar.com.my"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepada mStar Online.
mstar.com.my"Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya," jelasnya.
mstar.com.my