seismik

Tanya Orang Tepi Jalan Dan 7 Lagi Cara Kita Guna Untuk Cari Jalan Sebelum GPS Wujud

Mak aih leceh betul.

Cover image via SAYS

Zaman sekarang ni, nak pergi mana-mana dah tak ada masalah. Semuanya boleh diakses dengan wujudnya kemudahan GPS.

Image via fonpit.de

Google Maps, Waze, Apple Maps, HERE Maps, you name it. Aplikasi navigasi yang wujud pada masa kini dibina dengan satu misi sahaja iaitu memudahkan urusan kita untuk menuju ke sesuatu lokasi tanpa sesat, dan tanpa membuang masa dan tenaga.

Semuanya mudah sekarang. Sebelum mulakan perjalanan, buka aplikasi, search lokasi, pilih route yang diberi, dan selamat jalan.

Tapi kalau zaman dulu, macam mana kita cari jalan ya?

Image via gurl.com

Jalan pun kita tak tahu, trafik pun kita tak tahu sama ada jam atau tak, main redah je asalkan sampai ke destinasi yang dituju.

Sebelum kewujudan GPS, mungkin 8 cara inilah yang kita guna untuk cari jalan:

1. Sebelum keluar, kita akan study dulu setiap jalan dan setiap simpang yang akan kita masuk

Image via gifsec.com

Bentang peta, ambil satu kertas, lepas tu lukiskan satu per satu simpang kiri dan kanan, u-turn, roundabout, jalan lurus, traffic light, dan segala bagai yang ada sehingga sampai ke destinasi.

Lepas dah lukis, jangan lupa bawak masuk kereta sebelum mulakan perjalanan. Kalau kertas tu tertinggal, memang wajib patah balik pergi ambil kat rumah.

2. Bergantung 100 peratus pada sign board

Image via blogspot.com

Peta tak ada, sign board jelah yang boleh kita harapkan. Tapi jujurnya, agak leceh juga kalau bergantung 100% pada signboard. Maklumlah, bukan semua lokasi ada tercatat kat sign board tu.

Kalau setakat nak pergi Putrajaya tu senang lagi. Bila dah masuk Presint berapa, jalan mana, lorong apa, taman apa, rumah nombor berapa, nama bangunan apa, haaa kan dah susah tu. Memang sesat lah jawabnya.

3. Ikut landmarks sepanjang jalan

Image via mommyish.com

Apa yang kita ingat, rumah kawan kita tu kat sebelah stesen minyak Petronas Taman ABC. Maka jenuhlah kita cari Taman ABC. Tapi, selagi tak jumpa Petronas, selagi itulah kita tak puas hati, selagi itu jugaklah kita rasa tak confident yang kita berada di jalan yang betul.

Walaupun dah terang-terang kita memang ada kat Taman ABC. WAJIB CARI PETRONAS!

4. Bawa orang yang pernah pergi atau yang tahu jalan

Image via pinimg.com

"Kau tahu jalan kan? Jom ikut aku."

Dialog kat atas ni rasanya macam dah jarang-jarang digunakan oleh pemandu zaman sekarang, baik lelaki mahupun perempuan. Tapi kalau zaman dulu, yang tahu jalan terpaksalah jadi tourist guide atau berfungsi sebagai GPS bagi kawan sebelah yang nak bawa kereta tu.

Nak tak nak, kena ikut jugak. Yang penting, member belanja makan. Tu pun kalau kawan tu tak kedekut lah.

5. Tanya orang tepi jalan

Image via SAYS

Hihihi macam tak biasa. Kadang-kadang yang pakai GPS pun boleh sesat, dan akhirnya memilih cara ini untuk cari jalan. Berhenti je kat mana-mana, buka tingkap, dan tanya direction.

Kalau bernasib baik, dapatlah kita maklumat terperinci tentang macam mana nak tuju ke tempat yang kita nak pergi tu. Tapi, kalau orang yang kita tanya tu tak reti bagi direction, last last mesti kita akan sesat jugak.

Baik tak payah tanya. Haha.

6. Call kawan

Image via SAYS

Nak pergi rumah kawan tu tapi tak tahu macam mana nak tuju? Tak ada masalah, boleh call je terus untuk confirm-kan direction. Agak-agak kalau dah sesat tu, berhenti kejap kat tepi jalan to make a phone call. Jangan call masa tengah drive pulak ya, nanti kena saman.

Jenuh sikitlah si kawan tu nak explain. Sebab dia kena tahu kita ada kat mana, jalan apa, menghadap mana, kiri kanan ada apa, kat depan ada Petronas ke tak, dan macam-macam lagi. Lepas dah dapat semua details ni, barulah boleh tunjuk jalan.

7. Tunggu kat mana-mana, lepas tu biar kawan pergi ambil

Image via gifsec.com

Yang ini jenis pemalas dan tak suka bazir tenaga dan minyak petrol serta berpandangan jauh ke hadapan. Daripada sesat tak habis-habis, lebih baik call member dan suruh dia pick up kita kat sesuatu tempat yang dia familiar.

Paling senang, sama ada kat Petronas atau masjid, atau mana-mana landmark yang famous kat tempat tu. Contohnya kalau nak pergi Shah Alam, tunggu je kat Masjid Shah Alam tu.

8. When all else fails, always remember the 'trial and error' method

Image via giphy.com

Yang ni pulak, bila dah betul-betul tak ada choice atau bila dah tak ada cara lain langsung. Pakai peta dah, bawak kawan dah, tanya orang tepi jalan pun dah, tapi tetap tak sampai-sampai. Tak tahulah mana silapnya. Phone pulak mati tak boleh nak call. Senang cerita memang bad day lah masa tu.

Terpaksalah redah jalan dan cari sampai jumpa. Sesat pun sesatlah, yang penting usaha tu ada. Bermulalah satu pengembaraan di mana kita akan masuk setiap simpang, setiap lorong, setiap jalan, dan setiap taman yang ada tulis kat sign board. Pusing sana, pusing sini, u-turn sana, u-turn sini, masuk situ, masuk sini, tapi tiba-tiba jumpa jugak tempat yang nak dituju. Pernah berlaku tak? Hehe.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Siapa ada adik beradik sama nama angkat tangan!

You may be interested in: