8 Kenyataan Mengejutkan Dari Tengku Adnan Tentang Isu Gelandangan
Mungkin apa yang dicadangkan Tengku Adnan tempoh hari tidak 100% salah. Namun, kenyataan-kenyataan yang keluar daripada mulutnya sendiri tidak menyenangkan ramai pihak.
2. "Siapa yang bagi duit kepada peminta sedekah ni pun akan ditangkap dan kita akan saman dia lah. Dia banyak duit kan?"
Sesiapa yang didapati menghulurkan sumbangan kepada peminta sedekah di tepi jalan bakal dikenakan hukuman saman.
Image via inilah.com3. "NGO-NGO ni nak bagi makan kepada mereka, jangan bagi makan dekat dalam bandar. 2 kilometre radius, they cannot give."
Jika ingin memberi makan kepada warga gelandangan, ia tidak boleh dilakukan dalam kawasan bandar.
Image via imgur.com4. "The problem is when we have shelter homes, they become so complacent. They also don't care, they don't want to be there all the time."
Ramai gelandangan yang dikatakan lari daripada rumah perlindungan dan lebih suka tinggal di tepi jalan.
Image via wanista.com5. "You do not know what are the problems we are facing. You only know how to write and sometimes you write and turn the mind of the people until it goes against the government."
Sebahagian warga gelandangan yang ditangkap oleh pihak berkuasa sebelum ini.
Image via utusan.com.my6. "Actually we got a good government but you want to destroy this country. What can I do?"
Pihak berkuasa menjalankan kegiatan membanteras warga gelandangan di ibu kota.
Image via utusan.com.my7. "If I don't do harsh, If I don't do these sort of things, the society won't be disciplined."
Masyarakat dikatakan perlu didisiplinkan melalui hukuman serta penguatkuasaan denda ke atas mereka.
Image via kosmo.com.my8. "The problems with us now Malaysians, we don't care. Our caring feelings have gone. We just want to whack people."
Seorang gelandangan diberikan khidmat potong rambut secara percuma di tepi jalan.
Image via themalaysianinsider.comKenyataan-kenyataan Tengku Adnan itu dianggap sebagai terlalu sensitif serta menimbulkan kemarahan ramai pihak. Nurul Izzah, dalam satu temubual menggesa agar cadangan berkenaan ditarik balik.
Nurul Izzah Anwar menyelar kenyataan yang dikeluarkan Tengku Adnan tempoh hari.
Image via kualalumpurpost.net“Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa suatu undang-undang akan dilaksanakan bagi mengekang budaya meminta sedekah adalah suatu tindakan drastik wajar dikecam kerana isu gelandangan serta peminta sedekah ini berkait rapat dengan isu kemiskinan tegar; yang buat masa ini usaha kerajaan dalam menyelesaikannya amat mengecewakan."
“Dalam kelima-lima dasar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dasar Wanita Negara 2009, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Sosial Negara , Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara), tiada satu pun dasar yang diperuntukkan khas untuk masalah orang tidak berumah/gelandangan," kata Nurul Izzah.
Beliau juga mencadangkan agar Tengku Adnan hadir bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen jika tidak mampu untuk hidup seperti gelandangan
"Jika Tengku Adnan tidak mampu untuk cuba hidup seperti orang gelandangan sebanyak tiga hari dalam usaha untuk memahami akan kesusahan golongan terpinggir itu, sekurang-kurangnya hadirlah sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen sebelum memberi kata putus."

"Saya menjemput menteri untuk bersama dengan salah sebuah NGO Soup Kitchen yang akan beroperasi malam esok," tegasnya.

Kenyataan Tengku Adnan turut mendapat reaksi daripada netizen di laman sosial yang tidak kurang hebatnya dalam mengutarakan hujah serta memberi cadangan atau idea yang bernas
Poster "Dear Tengku Adnan, Feeding People Is Not A Crime" kini didapati tersebar di sekitar ibu kota.
Image via fbcdn.netIndividu ini mencadangkan agar Tengku Adnan berjalan-jalan di sekitar kawasan 'hotspot' di Kuala Lumpur bersama orang ramai bagi melihat sendiri pelbagai ragam yang dipamerkan oleh gelandangan
Dia turut menyifatkan gelandangan di tepi jalan bukan orang jahat yang ingin merompak tetapi mereka adalah orang yang tidak bernasib baik. Mereka hanya mahukan sedikit wang untuk hidup, bukan untuk bermewah-mewahan.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan dianggap salah dan tidak wajar. Sepatutnya pelan-pelan bagi menyelamatkan warga gelandangan ini juga harus diketengahkan, bukan sekadar hukuman.
"Baik. Saya mempunyai satu cadangan. Saya cadangkan setiap masjid di semua negeri membina sebuah asrama khas bagi warga gelandangan, bukan hanya diselia untuk tidur tetapi bagi menjaga kelengkapan seharian."
Menurut beliau, dengan pembukaan asrama ini, lebih mudah NGO atau badan-badan lain melakukan kebajikan kerana ia lebih sistematik serta memudahkan mereka mendekatkan diri dengan warga gelandangan