seismik
8 Mesej Penting Tentang Hala Tuju Negara Di Mata Marina Mahathir
Mei Mei Chu dan Judith Yeoh dari SAYS berpeluang menemuramah Datin Paduka Marina Mahathir bagi membincangkan isu ekstremisme, kebangkitan rakyat dan hala tuju negara di masa hadapan.
Cover image via
SAYS.com
Pada 18 Disember 2014, Satu Kumpulan Rakyat Malaysia Menulis Surat Terbuka Dengan Judul #KamiJuga25 Bagi Memperjuangkan Perpaduan Kaum Serta Menjaga Kepentingan Dan Kehormatan Bersama
Image via change.org
Berckap Kepada SAYS, Datin Paduka Marina Mahathir Memberi Pendapatnya Tentang Isu Kebangkitan Rakyat Di Negara. Berikut Adalah Lapan Perkara Penting Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu:
Image via SAYS.com
1. "Ada kalanya kita memang memerlukan seseorang untuk mengetuai sesuatu gerakan. Ia benar-benar memberi inspirasi dan harapan kepada ramai orang."
Image via freemalaysiatoday.com
2. "Zaman sekarang, rakyat tidak lagi takut untuk menyuarakan pendapat. Jadi, ruang untuk bersuara perlu sentiasa dikembangkan, bukan dihadkan. Kita tidak boleh lagi berada di takuk lama."
Image via says.com
3. "Pemimpin seharusnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah. Apa yang rakyat lakukan setiap hari ialah berjuang. Tetapi apa gunanya berjuang sekiranya tiada jalan penyelesaian?"
Image via publicbroadcasting.net
4. "Sebelum ini, kita pernah menjadi normal dan sederhana. Saya rasa apa yang kita mahukan sekarang ialah untuk kembali ke keadaan normal dan berkelakuan seperti manusia biasa di mana kita melayani satu sama lain dengan penuh rasa hormat."
Image via Facebook Fadiah Nadwa Fikri
5. "Ketua Polis Negara berkata jika anda menghina polis, mereka akan mendakwa anda di bawah Akta Hasutan, tetapi perkara-perkara sebegitu sebenarnya tidak termaktub pun dalam Akta Hasutan."
Image via therakyatpost.com
6. "Kita masih mempunyai peluang untuk menyuarakan sesuatu, kita bernasib baik kita berada pada tahap ini. Kita juga masih mempunyai masa dan peluang untuk berfikir dengan jelas tentang strategi supaya kita tidak menjadi seperti Mesir dan Tunisia."
Image via twimg.com
7. "Negara Arab mungkin mempunyai banyak wang dan hasil minyak yang besar. Tetapi saya tak faham kenapa kita perlu memandang tinggi kepada mereka. Lihat sahaja pada kadar celik huruf di kebanyakan negara Arab. Mereka adalah lebih teruk daripada Malaysia."
Image via www.tmglobalist.org
8. "Sekurang-kurangnya sekarang, rakyat sudah bangun dari tidur. Apa yang mereka lakukan adalah meletakkan batu bata. Ia seperti banjir, anda meletakkan batu bata untuk memperlahankannya. Dan itulah yang kita perlu lakukan. Teruskan meletak batu bata seperti itu."
Image via themalaysianinsider.com