Kronologi Penuh: Cerita Disebalik 8 Pelajar Maut Sekaligus Ditelan Arus
Hasrat 8 pelajar untuk bermandi-manda di sungai bertukar tragedi apabila kesemua mereka maut disedut pasir jerlus pada pagi Jumaat, 21 Februari 2014.
Pada Mulanya, 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap Keluar Joging Berhampiran Sungai Muar, Segamat Sekitar Jam 6 Pagi
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lapan remaja berkenaan dikatakan berjoging di kawasan berhampiran bersama empat lagi rakan mereka.
mynewshub.mySaksi kejadian yang juga rakan kepada kesemua mangsa, Mohamad Shahrul Abdul Halim, 14, berkata, beberapa rakannya kemudiannya mengajak mereka semua mandi di sungai berkenaan.
mynewshub.my“Bagaimanapun, kami berempat menolak kerana tidak tahu berenang. Lapan rakan yang lain kemudiannya pergi ke tebing sungai," jelas Shahrul.
mynewshub.myKemudian, Pada Jam Kira-Kira 9 Pagi, 8 Daripada 12 Pelajar Tersebut Dilaporkan Lemas. Seorang Tergelincir Manakala 7 Lagi Maut Dalam Usaha Menyelamat
Menurut Mohamad Shahrul, Mohd Hafizuddin yang berada di tebing sungai tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai berkenaan.
mynewshub.myKatanya, Mohd Izuan Hakimi dan Mohd Noreen kemudiannya terjun untuk membantu namun mereka juga terkapai-kapai.
mynewshub.my“Mohd Zikri dan Nazrol Aminuddin kemudiannya terjun untuk menyelamatkan mereka bertiga namun turut terkapai-kapai. Mohd Shafiq dan Mohd Hafzul Daniel kemudiannya menghulurkan kayu kepada mereka namun kedua-duanya turut terjatuh,” katanya.
mynewshub.myMenurut Mohamad Shahrul, Mohd Zaki yang pandai berenang kemudiannya terjun untuk membantu namun akhirnya turut tenggelam.
mynewshub.my3 Mayat Telah Berjaya Ditemui Pada Petang Hari Kejadian
Tiga mayat remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Sungai Muar berdekatan bandar Buloh Kasap berjaya ditemui.
astroawani.comPenolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Johor, Rizal Buang mengesahkan setakat jam tujuh, tiga mangsa berjaya ditemui iaitu Mohd Hafizudin Kamal, 16, dijumpai sekitar jam 3.30 petang sementara Mohd Zakri Zaidi, 14, dijumpai 11 minit kemudian dan mangsa ketiga, Mohd Nazrul Zainal dijumpai kira-kira jam 4.24 petang.
astroawani.comUsaha mencari lima remaja lelaki yang masih hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Muar berhampiran Pekan Buloh Kasap diteruskan.
rakyatnews.myKeesokan Harinya, Kesemua 8 Mayat Berjaya Ditemui Oleh Pasukan Penyelamat
Kesemua mangsa tragedi lapan remaja yang lemas di Sungai Muar berhampiran Buluh Kasap, Segamat berjaya ditemui.
astroawani.comKetua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14; ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16; ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang.
sinarharian.com.my"Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16; dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16; yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16; ditemui pada pukul 2.46 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
sinarharian.com.myAnggota Keluarga Mangsa Dilihat Tidak Dapat Menahan Sebak Atas Pemergian Mengejut Anak Mereka
Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir.
ceritasemasa.comKeluarga mangsa mati lemas tidak dapat menahan sebak apabila mayat dapat dijumpai selepas membuat pengecaman di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat.
malaysianreview.comSuasana Sedih Dan Pilu Juga Tidak Dapat Dibendung Ketika Majlis Tahlil Diadakan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap
Suasana sepi dan hiba menyelubungi majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap yang lemas di Sungai Muar berhampiran pekan Buloh Kasap.
utusan.com.myDalam majlis yang diadakan di kawasan perhimpunan sekolah itu, pelajar serta guru yang masih terkejut dengan tragedi berkenaan tidak dapat menahan kesedihan dan ada yang menangis teresak-esak kerana amat merasai pemergian lapan mangsa yang maut sekali gus.
utusan.com.myPastinya Sukar Untuk Menerima Hakikat Kehilangan Orang Yang Tersayang. Apa Pun, Kami Di SAYS Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga Mangsa. Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat-Nya