80,000 Gadis Kahwin Di Bawah Usia 19 Tahun. Apa Implikasinya?
Semakin hari semakin ramai yang membuat keputusan untuk bernikah awal. Adakah ini sesuatu yang membimbangkan?
[TERKINI] "Islam Tidak Menetapkan Had Umur Dalam Perkahwinan," Kata Imam Muda Asyraf
Tahap kematangan perlu menjadi kayu ukur bagi golongan remaja yang ingin mendirikan rumah tangga di usia muda.
Menurut Imam Muda Asyraf, daripada sudut psikologi, mereka yang berkahwin pada usia muda kebiasaannya berdepan masalah kematangan dan juga tanggungjawab.
“Perkahwinan dalam Islam tidak menetapkan had umur, namun dari segi psikologinya, ada yang mengatakan golongan muda ini akan berhadapan permasalahan kematangan dan juga tanggungjawab. Dua aspek ini, sudah tentu berbeza dengan orang dewasa yang sudah melalui kehidupan lebih lama daripada mereka,” kata Asyraf.
Beliau Menjelaskan, Hukum Perkahwinan Dalam Islam Ada Lima. Jatuhnya Satu-Satu Hukum Adalah Berdasarkan Situasi Perkahwinan Itu Sendiri Dan Orang Yang Bakal Berkahwin.
“Dari segi halal, memang sudah halal. Cumanya dalam perkahwinan ini ada lima hukum, iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram. Sekiranya perkahwinan itu akan mendatangkan kebaikan, khususnya selepas mereka dinikahkan, maka hukumnya adalah harus."
“Tetapi, sekiranya lelaki itu berniat menganiaya wanita yang dinikahinya, maka jatuh hukum haram,” tegasnya.
17 Disember: Gadis 15 Tahun Nikah Dengan Kekasih Berusia 21 Tahun
Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu (14 Disember 2014).
mstar.com.myPerkahwinan Nurulain Dan Zulhemi, Mendapat Restu Daripada Kedua-Dua Keluarga. Kisah Cinta Mereka Juga Bukan Satu Rahsia Sejak Mula Berkenalan.
Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.
"Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.
Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
"Hanya selepas itu barulah kami akan menimang cahaya mata. Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya lagi.
Baru-Baru Ini Juga, Pelajar Tingkatan Lima, Amiera NurEzati, 17, Mengambil Keputusan Untuk Mengahwini Teman Lelakinya, Muhd Muaz Yang Berusia Dua Tahun Lebih Muda Pada 30 November 2014
Difahamkan, Pasangan Ini Disatukan Atas Restu Dan Persetujuan Pihak Keluarga Masing-Masing
Susulan Daripada Itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Meluahkan Kebimbangan Terhadap Statistik Terlalu Ramai Rakyat Malaysia Berkahwin Awal Yang Mampu Menjejaskan Keupayaan Golongan Muda Negara
Terlalu ramai rakyat Malaysia berkahwin pada usia muda memberikan risiko kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka, kata seorang wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penyelaras Residen PBB di Malaysia, Michelle Gyles-McDonnough berkata perkahwinan awal menjejaskan keupayaan anak muda untuk kekal belajar, melanjutkan pelajaran lebih tinggi dan bersedia menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang produktif dalam negara berpendapatan tinggi.
"Perkahwinan awal menyebabkan hak asas untuk anak muda tidak dipenuhi termasuk potensi dan pilihan lebih baik untuk belia Malaysia," katanya.
Sumber Berkata Pada Masa Ini Terdapat 1.8 Bilion Orang Muda Berumur Antara 10 Hingga 24 Tahun Di Dunia, Jumlah Paling Ramai Yang Pernah Wujud Pada Satu Masa. Namun Begitu, PBB Tetap Tidak Menggalakkan Perkahwinan Pada Usia Muda.
"Sebelum ini, dunia tidak pernah melihat begitu ramai orang muda yang wujud pada satu masa. Inilah generasi yang lebih berhubung, lebih baik pelajarannya dan lebih sihat berbanding sebarang generasi sebelum ini dan jika bersatu akan mempunyai potensi kuasa transformasi yang besar,” kata Gyles-McDonnough.
Bagaimanapun, katanya, beliau memberi amaran perkahwinan awal di kalangan orang muda adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi populasi negara.
Cabaran lain ialah hamil pada usia remaja, generasi muda tiada pekerjaan dan masalah sosial yang berbangkit ekoran kekurangan maklumat dan didikan tentang hubungan seksual dan kesihatan kekeluargaan.
Menurut Statistik, Banci Penduduk 2010 Menunjukkan 1.4% Atau 80,000 Wanita Berkahwin Pada Umur Antara 15 Hingga 19 Manakala Bilangan Yang Sama Orang Muda Yang Sudah Berkahwin Adalah 70,000
Selain itu, Laporan Kemajuan negara UNGASS 2010 menunjukkan pada 2009, 477 kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 menjalankan ujian saringan HIV pra-perkahwinan di pusat ujian. Ini termasuk dua kanak-kanak perempuan di bawah umur 10.
"Jika kita mempunyai anak seawal usia 10 mendaftar untuk kaunseling pra-perkahwinan, maka anda mempunyai masalah di sini," katanya.
Pada 2013, lebih 170,000 kanak-kanak perempuan di bawah umur 19 diisytiharkan hamil di klinik ibu dan kanak-kanak Kementerian Kesihatan di seluruh negara.
Sementara Itu, Walaupun Kadar Celik Huruf Negara Tinggi, 44,000 Kanak-Kanak Yang Sepatutnya Terus Bersekolah Dilapor Tidak Pergi Ke Sekolah Pada Tahun 2009
"Ia mempunyai implikasi negatif tertentu pada masa depan mereka, mewujudkan suasana di mana kos untuk membetulkannya lebih tinggi daripada jika diselesaikan sebelum ia wujud."
"Kita perlu mewujudkan peluang untuk anak muda menjadi pemimpin, inovator, ejen perubahan dan usahawan masa depan."
"Laporan Populasi Dunia ini menekankan pelaburan untuk anak muda, terutamanya wanita muda dan gadis remaja mempunyai potensi untuk pembangunan dan kemajuan manusia yang lebih hebat," tegas Michelle.
Selain PBB, Aktivitis Di Malaysia Turut Mengutarakan Keresahan Ekoran Peningkatan Bilangan Perkahwinan Kanak-Kanak Dan Menggesa Kerajaan Untuk Menyekatnya
Kanak-kanak perempuan Islam di bawah umur 16 perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum berkahwin tetapi aktivis bimbang persetujuan mudah diberikan.
themalaysianinsider.comJika Diikutkan, Fenomena Kahwin Muda Ini Bukanlah Sesuatu Yang Baru Di Malaysia. Sebelum Ini Juga, Perkahwinan Syafiq Dan Yana Pada Tahun 2012 Mendapat Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai.
Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan di YouTube mengundang kontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat di negara ini.
sinarharian.com.myMenurut bapa kepada pengantin lelaki, berkahwin di usia muda adalah tradisi dalam keluarga mereka. Jadi memang tidak jadi masalah apabila si bapa sendiri sudah merestui perkahwinan mereka berdua ini.
ohbulan.comSelain Syafiq Dan Yana, Pasangan Fahmi Dan Fazira Turut Bernikah Awal. Pada Saat Mereka Disatukan Sebagai Suami Isteri, Fazira Baru Sahaja Berusia 12 Tahun Manakala Fahmi 20 Tahun.
Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008..
melvister.comPerkahwinan Mereka Bagaimanapun Tidak Bertahan Lama Apabila Fazira Diceraikan Dengan Talak Tiga Pada 11 November 2013, Enam Hari Sebelum Menyambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Mereka