seismik

800 Pekerja Asing Mogok Sehingga Terbalikkan Dan Bakar Kereta Pengurus

Akibat sering ditindas dan dipukul majikan, pekerja asing mogok sehingga membakar kereta pengurus kilang.

Cover image via suara.tv

Kira-Kira 800 Pekerja Asing Kilang Membuat Komponen Cakera Keras Di Kulaijaya Mengamuk Sehingga Menterbalik Dan Membakar Kereta Pengurus Kilang Tersebut Pada Pagi 26 Ogos 2014

Image via imgur.com

Sebuah kereta pengurus kilang diterbalik dan dibakar dalam satu kejadian mogok oleh kira-kira 800 pekerja asing kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit pada 26 Ogos 2014.

bharian.com.my

Kejadian mulai jam 9 pagi itu turut menyebabkan bahagian depan pejabat pengurusan kilang itu rosak akibat dibaling dengan objek keras.

bernama.com

Menurut Seorang Pekerja Warga Nepal, Mogok Itu Dilancarkan Kerana Para Pekerja Asing Di Kilang Itu Menerima Layanan Buruk Di Mana Mereka Ditindas Dan Sering Dipukul Oleh Majikan Tanpa Budi Bicara

Mogok itu didakwa dilancarkan berikutan rasa tidak puas hati pekerja terhadap majikan yang didakwa mengabaikan kebajikan mereka.

sinarharian.com.my
Image via imgur.com

Seorang pekerja warga Nepal, Kishor Rai, 23, yang sudah bekerja selama lima tahun berkata, mogok berkenaan berlaku kerana pekerja warga asing itu sudah tidak dapat bertahan dengan penindasan terhadap mereka.

bharian.com.my
Image via imgur.com

"Mereka (pihak pengurusan) sering memukul kami walaupun hanya melakukan kesalahan kecil tanpa memberi teguran atau berbincang terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

bernama.com

Selain Kebajikan Diabai, Gaji Bulanan Pekerja Asing Juga Kerap Dipotong Untuk Kemudahan Hostel Yang Dijanjikan Secara Percuma Sebelum Ini Dan Elaun Kerja Lebih Masa Tidak Dibayar Dengan Setimpal

Selain itu, katanya, gaji bulanan mereka sering dipotong dan elaun kerja lebih masa tidak dibayar mengikut jumlah sepatutnya.

sinarharian.com.my
Image via imgur.com

"Gaji turut dipotong untuk kemudahan hostel pekerja sedangkan sebelum ini ia dijanjikan secara percuma untuk pekerja," katanya.

bharian.com.my
Image via imgur.com

Kishor berkata, pelbagai aduan telah dikemukakan namun penindasan masih berterusan dan mereka berharap majikan bersikap lebih prihatin terhadap mereka selepas kejadian itu.

bernama.com

Semasa Rusuhan Berlaku, Seramai 75 Anggota FRU Dan 50 Anggota Polis Dikerah Ke Lokasi Kejadian Bagi Mengawal Keadaan. Menurut Laporan, Tiada Sebarang Kecederaan Berlaku Sepanjang Rusuhan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supt Mohd Idris Samsuri, mengesahkan kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

sinarharian.com.my
Image via imgur.com

"Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya sambil menambah pihak pengurusan kilang akan mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja dan kedutaan dari negara Nepal.

bharian.com.my

Beliau berkata, seramai 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

bernama.com

Pada Keesokan Harinya, 27 Ogos 2014, Pihak Polis Berjaya Menahan 42 Pekerja Warga Nepal Yang Dipercayai Terlibat Dalam Rusuhan Tersebut Bagi Membantu Siasatan Lanjut

Polis menahan 42 pekerja rakyat Nepal yang dipercayai merusuh dan membakar sebahagian bangunan kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit di Kulaijaya pada 26 Ogos 2014.

mstar.com.my
Image via imgur.com

Mohd Idris Samsuri berkata, kesemua pekerja itu ditahan antara pukul 8.30 malam Selasa hingga pukul 8 pagi keesokan harinya di sekitar kawasan kilang tersebut.

therakyatpost.com

"Mereka akan membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. Kilang itu dilapor memberhentikan operasi sementara pada Rabu, 27 Ogos 2014 bagi membolehkan siasatan dijalankan.

sinarharian.com.my

You may be interested in: