seismik

9 Ringkasan Penting Tentang Isu Pembelian Jet Kerajaan Bernilai RM465 Juta

Menurut sumber, kerajaan menghabiskan hampir RM500 juta untuk membeli jet peribadi yang baru.

Cover image via jetphotos.net

1. Setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli membongkarkan tentang pembelian jet peribadi baru yang dilakukan Putrajaya baru-baru ini

Setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli.

Image via malaysiakini.com

Ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barangan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membeli sebuah jet peribadi baru dengan sewenang-wenangnya, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu mendakwa, jet berkenaan adalah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.

"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

themalaysianinsider.com

2. "Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014."

Image via rafiziramli.com

"Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang."

"Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini," ujar Rafizi.

rafiziramli.com

3. Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan

Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

"Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato’ Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat," tegas Rafizi.

rafiziramli.com

4. Rafizi turut mendedahkan kos pembelian jet peribadi baru berkenaan sebanyak RM465,411,952.58 serta kos-kos lanjutan daripada pembelian itu

Image via rafiziramli.com

Butir-butir utama pembelian jet peribadi baru ACJ320 untuk kegunaan Perdana Menteri, keluarga dan Jemaah Menteri adalah seperti berikut:

1. Kerajaan Malaysia akan membayar pembelian ini dengan pembayaran deposit USD20 juta (telah dibayar) dan bakinya dibayar melalui ansuran bulanan selama 15 tahun.

2. Bayaran deposit USD20 juta yang telah dibayar adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran matawang yang ditetapkan semasa perjanjian iaitu USD1 bersamaan RM3.261.

3. Kerajaan Malaysia akan membayar ansuran sebanyak USD679,984 sebulan bersamaan RM2.217 juta sebulan selama 15 tahun untuk melangsaikan baki hutang.

4. Jumlah kos sewa beli keseluruhan untuk membeli jet peribadi baru ini adalah RM465,411,952.58 termasuk yuran perkhidmatan (“entry into services”).

5. Sebarang risiko kadar matawang yang menyusut ditanggung oleh Kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 15 tahun itu. Dalam keadaan nilai matawang Ringgit Malaysia turun seperti sekarang, Kerajaan Malaysia akan membayar lebih untuk menanggung kerugian akibat nilai matawang Ringgit Malaysia yang jatuh.

"Berdasarkan terma-terma ini, sudah tentu harga akhir yang akan ditanggung oleh rakyat adalah lebih tinggi daripada RM465,411,952.58. Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang bersetuju membelanjakan hampir 500 juta Ringgit Malaysia dana rakyat sedangkan masih ada mangsa banjir di Kelantan yang tinggal di dalam khemah," katanya.

rafiziramli.com

5. Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam berkata Jet 9H-AWK adalah milik kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam.

Image via themalaymailonline.com

Lokman Noor Adam berkata, jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan.

"Jet lama sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan negara. BBJ itu biasanya digunakan oleh Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan kenamaan lain yang layak. Najib hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu digunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara," katanya.

astroawani.com

6. "Takkan Rafizi sekarang hendak suruh Agong, Najib dan semua kenamaan negara bergerak naik tongkang pula?" jelas Lokman.

Image via thestar.com.my

"Semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia bergerak pun naik jet juga." katanya lagi.

Menurut Lokman, hanya dua daripada lima jet milik Kerajaan yang kini masih berfungsi dengan baik.

astroawani.com

7. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melalui Twitter menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi baru tersebut


8. Rafizi tidak puas hati dan berasa kesal kerana nama baik DYMM Yang DiPertuan Agong turut diheret dalam isu pembelian jet ini

Image via klxpress.com.my

"Jika benar jet peribadi baru ini diperlukan untuk kegunaan Yang DiPertuan Agong seperti yang didakwa Jabatan Perdana Menteri, saya mencabar Dato’ Seri Najib Tun Razak memperincikan setiap perjalanan jet-jet peribadi milik kerajaan dan siapakah yang menggunakan jet-jet peribadi ini termasuklah Boeing Business Jet (BBJ) dan Airbus Commercial Jetliner (ACJ319) yang sedia ada?"

"Berapa kali sebulan jet-jet ini digunakan hingga jumlah jet yang sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi?" soal Rafizi

rafiziramli.com

9. Sumber dari kerajaan mendakwa pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi

Perolehan pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat. Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

mykmu.net

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: