seismik

9 Sambal Diiktiraf Sebagai Makanan Warisan Negara Di Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) 2024

Kesemua sambal itu telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara di Galeri Sambal Warisan, Warong Pak Aji.

Cover image via Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) buat kali ketiga yang berlangsung di Dataran Merdeka baru-baru ini menyaksikan sembilan jenis sambal diisytihar sebagai makanan warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN)

Acara tiga hari yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan berakhir semalam itu adalah bersempena Festival Permainan Malaysia 2024.

Sembilan sambal yang dipamerkan di Galeri Sambal Warisan (Warong Pak Aji) itu adalah Sambal Tumis, Sambal Gesek Ikan Bilis, Sambal Goreng, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis dan Sambal Tahun.

Pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry berkata, penganjuran kali ini merupakan kesinambungan kejayaan acara tahun lalu yang mana lebih 100 jenis sambal dan produk berasaskan sambal berjaya dipamerkan.

“Sebagai tarikan, TOSFE kali ini memberi ruang kepada pengunjung melawat Galeri Sambal, Warong Pak Aji yang menampilkan replika sambal yang diperbuat daripada silikon.

“Antara tarikan utama aktiviti adalah pertandingan teh tarik, nasi lemak terbaik, pertandingan makan sambal serta Inovasi Sambal,” katanya pada Majlis Pelancaran TOSFE 03 di Galeri Sambal Warisan, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris.

Ketengahkan Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai
sebagai pencalonan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia

“Kami mempamerkan ketiga-tiga makanan ini dalam satu sudut Sarapan Malaysia sebagai sokongan kepada usaha MOTAC mengangkat hidangan tradisional rakyat ini sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.

“Kejayaan penyenaraian Budaya Sarapan Malaysia ke peringkat UNESCO akan meningkatkan visibiliti dan mengetengahkan keunikan warisan tidak ketara Malaysia di peringkat dunia,” katanya.

Tambahnya lagi, acara tahun ini turut memberi peluang kepada golongan artis, orang kurang upaya (OKU) dan asnaf yang mempunyai produk sambal menyertai pameran secara percuma.

Peluang itu juga katanya digunakan untuk menyantuni golongan OKU dan asnaf melalui sumbangan barangan keperluan yang ditaja oleh Ajinomoto.

Azmi berharap, inisiatif Galeri Sambal itu tidak hanya terhenti di TOSFE malah dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: