seismik

Adakah Gaji Di Malaysia Benar-Benar Sedikit Berbanding Negara Luar?

Jom kita siasat betul atau tidak.

Cover image via SAYS

"Betul ke gaji di Malaysia ni terlalu rendah?"

Satu persoalan yang mungkin ramai tertanya-tanya.

Image via youtube.com

Sedangkan kita hidup serba cukup, ada pihak yang menganggap pendapatan di negara kita sebenarnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara maju lain.

Seorang netizen, Rysherz Rayn atau Lydia melalui FB berkongsi tentang pengalamannya bekerja di UK di mana beliau dibayar sehingga 5 Pound (RM27) untuk satu jam

Gambar yang dimuat naik oleh Rysherz Rayn.

Image via Facebook Rysherz Rayn

Ia tidak terhenti di situ. Lydia berkongsi lagi makanan apa yang dapat dibeli dengan hanya bekerja selama sejam di UK.

Menurutnya, kerja selama sejam di Malaysia belum tentu mampu untuk beli barang makanan yang sama.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Lydia.

Masing-masing yang bekerja di Malaysia mengakui gaji satu jam tidak mampu menampung kos makan tengahari.

Persoalan yang bermain di fikiran kami adalah sejauh mana kebenaran dakwaan Lydia itu?

Kami ingin gali lagi dengan lebih mendalam. Jadi, kami temuramah 4 penulis kami yang mempunyai pengalaman bekerja separuh masa sebelum ini.

Baca di bawah:

Farouq Johari mempunyai pengalaman bekerja separuh masa sebagai seorang waiter di sebuah restoran di Wangsa Maju.

Bayaran yang diterima waktu itu ialah RM4.50 sejam.

Farouq (atas kanan) pernah bekerja sebagai pelayan restoran.

Image via Farouq Johari

Farouq Johari: "Sebagai seorang yang masih belajar, saya rasa nilai RM4.50 sejam itu cukup setimpal. Sebab saya fikir, ada restoran lain yang hanya membayar pekerjanya RM4 atau RM3.50 untuk tempoh bekerja yang sama.

"Sebulan saya bekerja, saya berjaya mengumpul sebanyak RM750. Waktu tu saya rasa kaya sangat! Maklumlah student. Lagi pun, saya tak pernah bekerja sebelum ni jadi saya sangat menghargai nilai pendapatan tersebut.

"Tapi bila fikir balik, saya banyak menghabiskan duit untuk makan. Walaupun bekerja di restoran, tempat itu tidak menyediakan makanan percuma untuk pekerja. Jadi nak tak nak kena juga bayar. Kos makan tengahari selalunya dalam RM6 dan kadang-kadang boleh mencecah sampai RM10.

"Jadi, pendapatan sejam saya memang tak mampu nak beli makan tengahari."

Samantha Khor pernah bekerja di pelbagai jenis kedai di mana bayarannya semua berbeza sekali.

Dari RM3.50 sejam di restoran makanan segera, hingga RM9 sejam bekerja di kedai elektronik.

Samantha Khor tekun melayan kerenah pelanggan di kedai elektronik.

Image via Samantha Khor

Samantha Khor: "Saya hanya dibayar RM3.50 sejam untuk 2 pekerjaan pertama - satu di restoran makanan segera dan satu lagi di record store. Saya tak kekal lama di restoran itu tetapi saya bekerja selama 3 tahun di record store kerana waktu pekerjaan yang fleksibel.

"Saya bernasib baik kerana saya tak perlu membayar sewa rumah sebab saya masih tinggal dengan ibu bapa saya. Namun begitu, saya tidak mendapat apa-apa elaun daripada mereka selepas saya habis SPM. Sebab itu saya terpaksa bekerja sambilan. Saya dapat dalam RM600 hingga RM700 sebulan. Untuk makan tengahari, kos yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 2 jam bekerja. Paling murah pun mungkin RM4 atau RM5.

"Selepas itu, saya bekerja pula di sebuah kedai elektronik syarikat ternama dunia. Kali ini bayarannya agak lumayan iaitu sekitar RM5 hingga RM10 sejam bergantung pada jualan. Saya rasa yang paling tinggi saya pernah dapat ialah RM9.

"Kemudian di KL (saya tinggal di Pulau Pinang), saya bekerja selama 3 bulan di sebuah gedung pakaian. Bayarannya adalah RM7 sejam. Nilai itu boleh dianggap cukup tinggi bagi kerja sambilan di Malaysia."

Dua bekas penulis SAYS, Hew Lee Yee dan Darian Goh mempunyai pengalaman bekerja di UK dan USA.

Bayaran yang diterima mereka sememangnya jauh lebih tinggi.

Lee Yee mampu menjelajah ke beberapa negara di Eropah dengan hanya bekerja separuh masa di kantin.

Image via Hew Lee Yee

Hew Lee Yee: "Masa saya di UK dulu, saya berkesempatan bekerja sambilan semasa cuti semester untuk beberapa bulan sebelum visa pelajar saya tamat.

"Saya seorang pembantu di sebuah kantin di Ocado. Ia sama seperti Tesco tetapi khas untuk membeli barangan runcit dalam talian, di mana pelanggan buat online order dan barangan runcit mereka dihantar terus ke rumah mereka.

"Pekerjaan saya bukanlah sesuatu yang glamour. Saya hanya membantu di dapur, kadang-kadang memasak, jadi juruwang, jaga stok peti sejuk, mop lantai, jadi waitress, cuci pinggan, dan melakukan apa sahaja yang mereka perlu saya lakukan di dapur.

"Walaupun hanya bekerja di kantin, saya menerima bayaran sebanyak 6.40 Pound sejam. Itu bersamaan RM36 di Malaysia. Berbeza pula jika bekerja syif malam. Saya akan dibayar dalam 8 pound (RM45) sejam.

"Jujurnya, dengan jumlah ini, saya mampu membiayai kos kehidupan seharian saya dan kos sewa rumah, malah saya juga boleh simpan duit yang banyak untuk melancong. Situasi di sana memang berbeza dengan Malaysia."

Darian bersama rakan sekerjanya. Beliau juga mampu mengembara ke merata-rata tempat di sekitar Amerika Syarikat menggunakan duit gaji kerja sambilan.

Image via Darian Goh

Darian Goh: "Secara purata, saya dibayar sebanyak USD7.25 sejam semasa bekerja sebagai lifeguard di New Jersey. Jumlah ini merupakan gaji minimum untuk pekerja sambilan seperti saya. Jika ditukarkan kepada Ringgit, pendapatan saya untuk satu jam adalah lebih kurang RM31. Banyak kan?

"Duit saya banyak dihabiskan pada makanan (pasta, ayam, susu, bijirin, roti, mentega kacang, dan lain-lain) tetapi makanan di sana tidaklah terlalu mahal. Senang cakap, gaji sejam itu memang mampu untuk mengenyangkan perut saya. Tak ada masalah.

"Walaupun kadar sewa pada waktu itu agak mahal iaitu USD100 seminggu, saya masih mampu untuk simpan sebanyak USD100 (RM423) setiap minggu. Dan percaya atau tidak, wang itu saya boleh gunakan untuk membeli tiket kapal terbang, hotel, dan pergi melancong di merata-rata tempat. Kalau di Malaysia, mungkin agak sukar untuk lakukan sedemikian."

Apa yang boleh kami simpulkan di sini ialah, mungkin betul juga apa yang Lydia cuba sampaikan kepada orang ramai

Rakyat Malaysia dibayar murah tetapi kos sara hidup agak tinggi jika dibandingkan dengan negara luar (bukan semua). Jadi, gaji yang dibayar tidak setimpal dengan kenaikan kos.

Satu realiti yang agak pahit untuk ditelan. Diharap perkara sebegini dapat membuka mata ramai pihak mengenai beban yang ditanggung oleh rakyat setelah sekian lama. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk negara ini. #KamiSayangMalaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dalam pada itu...

You may be interested in: