seismik

Adakah "Like" Satu Jenayah? Salahkah Rakyat Malaysia Untuk Suka Pada Israel?

Pihak manakah yang lebih kebudak-budakan dan tidak matang? Pihak berkuasa, cikgu atau pelajar?

Cover image via avocats-mathias.com

Pada 12 Ogos 2014, Negara Digemparkan Dengan Berita Beberapa Pelajar Dan Guru-guru Di Pulau Pinang Mengancam Untuk Memboikot Pelajar Yang Menekan Butang "Like" Pada Laman Facebook "I Love Israel"

Pelajar Tingkatan Lima Terbabit Kini Sedang Disiasat Pihak Polis Di Bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan

Perbuatan itu tidak akan disedari jika gurunya tidak berkongsi posting pelajar Tingkatan Lima itu dan mengkritiknya. Ia mengundang lebih banyak kritik dan ugutan daripada pengguna Facebook lain.

informasi.my

Jadilah ia kes polis sekarang, dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengatakan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

yahoo.com

Kes Ini Bagaimanapun Menimbulkan Tanda Tanya. Persoalan Utama Sekarang Ini Ialah Sejak Bila Satu "Like" Di Laman Sosial Menjadi Perkara Jenayah?

Sejak bila satu "Like" di laman sosial menjadi perkara jenayah?

Image via www.cnn.com

Terdapat seruan memboikot pelajar itu dan seorang pengguna Facebook menulis komen yang pelajar itu harus dibakar.

informasi.my

Apa jenayahnya? Sejak bila satu “Like” di laman sosial Facebook menjadi perkara jenayah atau drama di sekolah? Kenapa seorang pelajar 17 tahun dianiaya kerana apa yang dilakukannya di Facebook?

yahoo.com

Sebuah Artikel Yang Diterbitkan Oleh Portal The Malaysian Insider Mempersoalkan Tindakan Segelintir Pihak Yang Mahu Memboikot Dan Membakar Pelajar Terbabit Sehingga Dia Kini Hidup Dalam Serba Ketakutan

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Image via themalaymailonline.com

“Dia sekarang hidup dalam ketakutan hanya kerana suka laman itu. Dia menutup akaun Facebooknya dan membuat laporan polis semalam (13 Ogos 2014)."

themalaysianinsider.com

“Pelajar itu dan gurunya memberi kenyataan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan,” kata Datuk Abdul Rahim, menambah guru dan pelajar lain di sekolah mereka juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.

themalaysianinsider.com

Artikel Tersebut Juga Menyoal, "Adakah Semua Rakyat Malaysia Mesti Membenci Israel Dan Kalau Tidak, Mereka Akan Dicaci Dan Disiasat Polis?"

Adakah polis tiada kerja lain, sehingga terpaksa menyiasat apa yang pelajar sekolah lakukan di laman jaringan sosial?

themalaysianinsider.com

Adakah membenci Israel satu perkara wajib bagi rakyat Malaysia?

Image via blogspot.com

Kenapa seorang pelajar sekolah disiasat polis kerana isu ini? Tidakkah dia dibenarkan mempunyai pemikiran sendiri atas perkara tersebut? Adakah di negara ini kebencian itu ditetapkan tanpa sebarang penjelasan?

themalaysianinsider.com

Apa jadi dengan usaha menggalakkan perdebatan atau memberi penjelasan yang lembut kepada pelajar tentang Israel menindas rakyat Palestin? Apa jadi dengan guru hanya melihat kepada kegiatan pelajar di kelas dan bukan di luar?

yahoo.com

Pendapat Mengatakan Tindakan Pelajar Tingkatan Lima Terbabit Tidak Patut Dikategorikan Di Bawah Akta Hasutan Kerana Tidak Ada Salah Pun Baginya Untuk "Like" Laman Israel Berkenaan

Bukan satu tindakan berunsur hasutan atau satu jenayah kerana menyukai satu negara di Facebook.

Image via cronicadelquindio.com

Adakah dia layak terima layanan sedemikian? Adakah pelajar Tingkatan Lima itu perlu melalui siasatan polis di bawah Akta Hasutan kerana menyukai Israel? Apa jenayahnya?

themalaysianinsider.com

Apa jadi dengan akal fikiran yang waras, satu “Like” di Facebook bukan kes polis atau tragedi negara atau sekelumit isu pun dalam kehidupan sebenar?

themalaysianinsider.com

Sistem Pendidikan Negara Yang Lemah Turut Dipertikai. Murid-Murid Hanya Diajar Untuk Mengikut Telunjuk Guru Serta Orang Sekeliling Dan Tidak Dibenarkan Mempunyai Pandangan Berbeza Daripada Orang Lain.

Sistem pendidikan negara dikatakan hanya mengajar pelajar untuk mengikut telunjuk guru serta orang sekeliling.

Image via blogspot.com

Terdapat banyak laporan negatif tentang sistem pendidikan di negara kita, tetapi guru di Pulau Pinang ini mencipta kejahilan maksimum kerana memperbesarkan isu serang pelajar menyukai Israel di Facebook.

themalaysianinsider.com

Mungkin jenayahnya ialah pada kegagalannya berfikir seperti biri-biri, seperti mana pelajar Malaysia lain setelah bertahun belajar secara menghafal dan hanya mendengar penerangan guru tentang beberapa perkara. Tetapi, orang beginilah yang dimahukan syarikat – mereka yang boleh berfikir, bukan hanya mengikut.

themalaysianinsider.com

Menurut Artikel Tersebut, Sikap Masyarakat Masa Kini Yang Mudah Membenci, Jahil, Dan Tidak Mampu Berfikir Menjadikan Negara Malaysia Bertambah Buruk. Sebelum Ini Juga, Kiki Turut Menjadi Mangsa Kebencian Orang Ramai.

Kebencian melulu ini membuatkan negara kita bertambah buruk. Dan ini bukanlah kes pertama yang menerima akibat daripada kejahilan dan kebencian. Pemandu wanita bernama Kiki dibuli teruk di alam siber selepas kejadian di Kuantan pada bulan puasa.

yahoo.com

Apa yang guru itu lakukan menunjukkan betapa kebencian melulu memburukkan Malaysia. Kita dipaksa membenci manusia dan negara. Kita tidak berupaya berfikir sendiri atau mempengaruhi orang lain yang tidak mampu berfikir, tanpa menggunakan proses undang-undang.

themalaysianinsider.com

Tiada undang-undang terhadap perkara itu di Malaysia. Bukan satu tindakan berunsur hasutan atau satu jenayah kerana menyukai satu negara di Facebook. Dalam Akta Komunikasi dan Multimedia juga perkara ini tidak wujud.

yahoo.com

Rakyat Malaysia Juga Disifatkan Sebagai Tidak Bertolak Ansur Dan Seperti Biri-Biri Yang Hanya Perlu Mengikut Arahan. Bagi Sesiapa Yang Tidak Mengikut Suara Majoriti, Mereka Selalunya Akan Dilayan Dengan Buruk.

Kita menjadi masyarakat yang tidak bertolak ansur di mana mereka yang tidak mengikut suara majoriti akan dilayan dengan buruk atau disiasat polis.

themalaysianinsider.com

Di Malaysia, sesiapa yang tidak mengikut suara majoriti akan dilayan dengan buruk atau disiasat polis.

Image via cdn.ar.com

Kita membuatkan diri wujud hanya kerana ada akaun media sosial, bukan kerana orangnya yang membuatkan media sosial itu wujud. Dan sekarang ada guru yang mengintip pelajar melalui akaun Facebook mereka.

yahoo.com

Bagus. Guru sekarang adalah pengasuh kanak-kanak, bukan pendidik. Dan pelajar kita mesti jadi seperti biri-biri, bukan rakyat Malaysia yang boleh berfikir sendiri tentang kehidupan dan faham yang satu "Like" di Facebook bukan penyebab disiasat polis.

themalaysianinsider.com

Anda Setuju Dengan Pendapat-Pendapat Di Atas?

Negara Malaysia Memang Cukup Popular Dengan Usaha Memboikot Produk Yang Dikatakan Menyokong Zionis Israel. Namun, Duta Palestin Menganggap Tindakan Itu Tidak Betul.

Ekoran Usaha Memboikot Produk Zionis Israel Yang Semakin Rancak, Rakyat Kini Mengalih Perhatian Mereka Kepada Produk Tempatan

You may be interested in: