Adakah 'Orang Ketiga' Punca Dazrin Dan Amyra Batalkan Perkahwinan?
Tiada ribut, tiada petir, tapi tiba-tiba Dazrin dan Amyra batalkan perkahwinan.
Industri Hiburan Tanahair Dikejutkan Dengan Berita Pembatalan Perkahwinan Pasangan Selebriti, Dazrin Dan Amyra Yang Sepatutnya Berkahwin Pada 8 Ogos 2014
Perkahwinan pasangan ini sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2014 namun apa yang telah dirancang selama ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.
rotikaya.comUntuk Makluman, Dazrin Dan Amyra Telahpun Melangsungkan Pertunangan Mereka Pada 25 Ogos 2013
Perkara Ini Disahkan Oleh Ibu Amyra Sendiri, Norzaridah Ahmad Namun Punca Pembatalan Majlis Tersebut Tidak Didedahkan
"Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama."
ohbulan.com"Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami," jelas Norzaridah Ahmad.
ohbulan.comAmyra Turut Memilih Untuk Mengunci Mulut Mengenai Isu Itu. Dia Bagaimanapun Memohon Maaf Kepada Semua Pihak Kerana Terpaksa Membatalkan Majlis Perkahwinan.
“Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu."
hmetro.com.my“Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi,” kata Amyra.
hmetro.com.myDalam Mencari-Cari Apakah Punca Sebenar Dazrin Dan Amyra Membatalkan Perkahwinan Mereka, Nama Seorang Pelakon Cantik, Ramona Zamzam Tiba-Tiba Muncul
Rentetan isu pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini, nama pelakon Ramona Zamzam tidak semena-mena turut terpalit dalam kemelut yang berlaku.
gua.com.myKenapa Ramona Dikaitkan? Dia Dituduh Menjadi Punca Pasangan Tersebut Membatalkan Perkahwinan Mereka Gara-Gara Kontroversi Sekeping Gambar Yang Dimuat Naik Olehnya Bersama Dazrin Di Laman Instagram
Ramona Terkejut Dengan Apa Yang Telah Berlaku Terhadap Dazrin Dan Amyra. Namun Begitu, Dia Sudah Menjangkakan Akan Menjadi Mangsa Tohmahan Dan Dituduh Sebagai 'Orang Ketiga'.
"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia."
mstar.com.myJelas Ramona, Gambar Tersebut Bukanlah Aksi Yang Keterlaluan Dan Diambil Di Lokasi Penggambaran Telefilem Bingkai Kaca Lakonan Mereka. Tambahan Pula, Mereka Berdua Sudah Lama Kenal.
“Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih. Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan."
rotikaya.com"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga sekarang," katanya.
mstar.com.mySehingga Kini, Amyra Tidak Pula Menghubungi Ramona Dan Bertanyakan Mengenai Perkara Itu
“Amyra pun tidak pernah datang bertemu saya dan bercakap mengenai kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini dan saya juga tidak pernah tahu atau mengambil tahu tentang hubungan dia dan Dazrin,” ujar Ramona lagi.
murai.com.myDazrin Memberitahu Pembatalan Majlis Tersebut Bukanlah Bermaksud Hubungannya Dengan Amyra Sudah Berakhir. Dia Juga Mengaku Masih Sayangkan Amyra.
"Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu."
myartis.com"Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.
myartis.com