Adakah Rakyat Malaysia Keterlaluan Dalam Usaha Memboikot?
Memboikot sesuatu produk itu adalah hak pengguna. Namun, masih ada batasannya.
Pada Petang 5 Ogos 2014, Orang Ramai Berkumpul Di Luar Premis McD Cawangan Dungun, Terengganu Untuk Menunjukkan Protes Dan Boikot Mereka Terhadap Produk Rejim Zionis Israel
Semalam (5 Ogos) di Terengganu, dilaporkan sekumpulan orang ramai telah datang membuat bantahan di hadapan restoran McDonald Dungun.
wanista.comMenurut Laporan, Ada Individu Yang Bertindak Keterlaluan Dengan Mengganggu Pelanggan Yang Sedang Makan, Membaling Objek Keras Serta Menggoncang Pintu Premis Berkenaan
Sebelum Ini, Ada Juga Laporan Mengenai Tindakan Seorang Pemuda Membawa Makanan Yang Dibeli Di Luar Dengan Sengaja Dan Dimakannya Di Dalam Salah Sebuah Premis McDonald's
Selain Itu, Sepasang Pengantin Di Melaka Baru-Baru Ini Memilih Untuk Mengabadikan Kenangan Majlis Perkahwinan Mereka Dengan Memijak Dan Membakar Bendera Israel
Berita 'Kurang Enak' Berhubung Usaha Mengecam Rejim Zionis Kini Banyak Menghiasi Laman Media Sosial. Persoalannya, Adakah Tindakan-Tindakan Ini Wajar Dilakukan?
Pertubuhan Aqsa Syarif Yang Bertanggungjawab Dalam Memberi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin Meluahkan Kekesalan Mereka Terhadap Rusuhan Di Premis McD Dungun Tersebut
Pertubuhan Aqsa Syarif, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka dan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin melalui akaun Facebook mereka telah menyatakan kekesalan terhadap tindakan tersebut.
wanista.comKetua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Ahmad Fazrin Yahaya Menyifatkan Tindakan-Tindakan Sebegini Sebagai Bertentangan Dengan Ajaran Islam Dan Tidak Wajar Untuk Dilakukan
Walaupun apa sekalipun tuduhan terhadap McDonald yang didakwa membantu rejim Israel, perkara itu hanya peringkat tuduhan, dan tidak sepatutnya orang ramai memberikan reaksi keterlaluan terhadap dakwaan tersebut.
agendadaily.com"Perbuatan itu semua bertentangan dengan ajaran Islam. Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW juga berlaku urusan muamalat antara Nabi dan golongan Yahudi meskipun baginda mengetahui niat golongan itu mahu membunuh baginda."
sinarharian.com.my"Sebagai umat Islam, kita tidak diajar menzalimi orang atau membalas kezaliman dengan kezaliman. Kekerasan hanya dibenarkan dalam peperangan," jelas Ahmad Fazrin.
utusan.com.myMenurut Beliau, Usaha Memboikot Haruslah Dilaksanakan Secara Berilmu Dan Berhemah, Bukannya Mengikut Emosi Atau Sentimen Yang Akhirnya Menjurus Kepada Perbuatan Yang Melanggar Syariat Islam
"Kalau nak boikot jangan sampai melampau. Kononnya nak tunjukkan kita Islam tapi sebenarnya perlakuan zalim itu tidak jauh berbeza dengan Zionis yang sedang membunuh anak-anak Palestin. Walaupun perbuatan kita tidaklah sampai ke tahap itu," tegas beliau.
bernama.comKatanya sehingga kini masih belum ada ketetapan bahawa tindakan memboikot produk yang menyumbang kepada Zionis itu sebagai sesuatu yang wajib dilaksanakan.
sinarharian.com.myPendakwah Terkenal, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz Pula Berkata Usaha Boikot Boleh Dilakukan Bagi Memberi Pengajaran Tetapi Setiap Tindakan Haruslah Bersandarkan Adab Dan Budi Pekerti
"Buatlah ikut kemampuan. Tapi haruslah bersabar (dengan orang-orang yang tidak mengikut usaha boikot). Apa yang ada sekarang ini telah lama berakar umbi dalam masyarakat, dalam negara. Jadi mustahil untuk dibuang serta-merta."
bernama.com"Cara menegur dan mengajak mereka juga tidak boleh dengan berkeras. Hendak menegur kena ada adab dan caranya supaya boleh diterima. Tunjukkanlah kemesraan, barulah berkesan," katanya.
sinarharian.com.my