seismik

Adakah Salah Jika Logo Halal Diletakkan Pada Label Botol Air Bersama Tuhan Hindu?

Adakah perbuatan itu boleh dianggap serius serta menyentuh sensitiviti keagamaan?

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Botol Air Mineral Dengan Gambar Tuhan Hindu Ditarik Balik

Air mineral Cactus dengan gambar Tuhan Hindu ditarik balik.

Image via SAYS.com

Syarikat pengeluar air mineral, Spritzer Berhad bertindak pantas menarik balik semua minuman keluarannya yang dicetak logo halal bersama-sama gambar sebuah patung dewa Hindu di Batu Caves daripada pasaran berkuatkuasa serta-merta.

therakyatpost.com

Tindakan segera itu diambil ekoran pendedahan yang dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bahawa produk syarikat itu menimbulkan keraguan serta ketidakselesaan di kalangan masyarakat Islam.

therakyatpost.com

Pengurus Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin Berkata Semua Wakil Jualan Syarikatnya Telah Diarah Menarik Balik Produk Tersebut Dari Rak-Rak Jualan Di Setiap Premis Seluruh Negara

PPIM membuat laporan tentang penggunaan gambar Tuhan Hindu bersama logo Halal pada balutan plastik botol air mineral Cactus.

Image via therakyatpost.com

Selain menarik balik produk minuman berkenaan dari pasaran, Spritzer juga akan menghentikan proses mencetak label terbabit, serta memastikan produk yang sedia untuk dipasarkan tidak dikeluarkan dari gudang simpanannya.

informasi.my

“Syarikat kami bukan tidak sensitif terhadap isu berkaitan agama tetapi tidak menyangka tempat tumpuan pelancongan akan dikaitkan dengan isu keagamaan. Kami juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” jelas Winnie Chin.

informasi.my

Chin Turut Menjelaskan Bahawa Gambar Dewa Hindu Itu Digunakan Kerana Spritzer Menjalin Kerjasama Dengan Lembaga Pelancongan Malaysia Untuk Mempromosikan Kawasan-kawasan Tarikan Pelancongan Tempatan

Gambar-gambar lain yang digunakan syarikat Spritzer sempena mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Image via SAYS.com

“Kami memohon permit daripada Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan mendapat kebenaran daripada mereka untuk mencetak imej tempat-tempat tumpuan pelancong pada botol minuman kami termasuklah (gambar) Persiaran Gurney di Pulau Pinang, Dataran Helang di Pulau Langkawi, Zoo Taiping, Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya lagi.

therakyatpost.com

Sebelum Ini, Pernahkah Anda Minum Air Mineral Jenama Cactus Seperti Dalam Gambar Di Bawah? Mesti Pernah Kan?

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Pengeluar Air Mineral Cactus Telah Menukar Balutan Pada Botol Air Tersebut Dengan Gambar Dewa Murugan Di Batu Caves Dan Turut Disertakan Dengan Logo Halal JAKIM

Terdapat gambar Dewa Murugan beserta dengan logo Halal pada balutan plastik air mineral Cactus.

Image via SAYS.com

Perkara Ini Menarik Perhatian NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Pihak PPIM Menganggap Penggunaan Logo Halal Beserta Gambar Berhala Masyarakat Hindu Itu Tidak Boleh Diterima.

Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan penggunaan logo ‘Halal’ yang terdapat pada botol air mineral yang turut menggunakan gambar berhala masyarakat India beragama Hindu dalam kempen ‘Visit Malaysia 2014′.

therakyatpost.com

Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan (tengah) dalam satu sidang media pada 4 November 2014.

Image via therakyatpost.com

Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan berkata keadaan ini meragukan pengguna Islam dan hal ini merupakan suatu yang serius.

kualalumpurpost.net

“Hal ini ada kena mengena dengan akidah umat Islam dan kami meminta supaya pasar raya yang menjual produk ini menggantungkan penjualannya secara serta merta,” kata Nadzim.

informasi.my

Menurut PPIM, Penggunaan Gambar Berbentuk Keagamaan Adalah Dilarang. Mereka Juga Khuatir Gambar Dewa Hindu Ini Boleh Dijadikan Sebagai Bahan Pemujaan Melalui Air.

Gambar Dewa Murugan yang terdapat pada balutan air mineral Cactus.

Image via SAYS.com

Jelasnya, penggunaan logo berhala ini dikhuatiri adanya unsur-unsur pemujaan melalui air.

therakyatpost.com

“Kami pohon Jabatan Agama Islam (JAKIM) menyiasat secara serius dan ambil tindakan kerana ia melanggar Akta Perihal Dagangan yang melarang menggunakan logo-logo berbentuk keagamaan,” katanya.

kualalumpurpost.net

Tambahan Lagi, PPIM Berkata Penggunaan Logo Halal Bersama Gambar Dewa Murugan Itu Boleh Menimbulkan Kecelaruan Dalam Masyarakat Islam

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan bagaimana cop ‘Halal’ yang dikeluarkan oleh JAKIM turut berada pada pembalut plastik yang turut tertera logo berhala.

informasi.my

“Kalau mereka menjualnya tanpa menggunakan logo ‘Halal’, ia tidak memberi sebarang masalah tetapi apabila ia turut menggunakan logo ‘Halal’ sudah tentu boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam,” tambahnya lagi.

therakyatpost.com

Hasil Siasatan Mendapati Produk Cactus Itu Dikilangkan Oleh Chuan Sin Sdn. Bhd. Dan Diedarkan Oleh Pengedar Tunggal Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd Yang Turut Menjual Produk Air Mineral Spritzer

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata, produk yang tertera logo berhala itu dikilangkan oleh Chuan Sin Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh pengedar tunggal Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd yang turut menjual produk air mineral Spritzer.

kualalumpurpost.net

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied.

Image via ppim4u.blogspot

“Syarikat ini merupakan pembekal air utama kepada stesen minyak Petronas dan kedai-kedai makan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang kebanyakannya dihadiri pengguna Islam."

informasi.my

Botol air mineral Cactus (kiri) dan Spritzer.

Image via SAYS.com

“Sebagai sebuah syarikat pengeluar air mereka perlulah sensitif dengan hal ini dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” kata Sheikh Abdul Kareem.

therakyatpost.com

Hasil Tinjauan SAYS Pula Mendapati Botol Air Mineral Cactus Ini Sebenarnya Turut Mempamerkan Gambar-Gambar Lain Sekitar Malaysia Seperti Langkawi, KLCC, Pulau Pinang, Gua Di Perak Dan Lain-Lain

Gambar-gambar lain sekitar Malaysia yang turut dipaparkan pada botol air mineral Cactus.

Image via SAYS.com

Jika dilihatkan pada gambar-gambar yang tertera pada botol air mineral Cactus, jelas sekali semuanya bertujuan untuk mempromosikan negara Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Jadi, bukan gambar Batu Caves sahaja yang diletak. Ia pastinya tidak ada kena mengena langsung dengan sentimen keagamaan.

Jadi, Adakah Isu Ini Cukup Sensitif Sehingga Layak Untuk Dilaporkan Kepada Pihak Berkuasa? Apa Pendapat Anda?

JUGA DI SAYS: [VIRAL] Wanita Pakai Baju Tulisan Al-Quran. Apa Tindakan Yang Sewajarnya?

You may be interested in: