seismik

Aeril Zafrel Anggap Ada Anak Autisme Ladang Pahala - "Kita Tidak Berada Di Tempat Mereka"

Aeril Zafrel nasihat ibu bapa agar tidak malu jika mempunyai anak autisme.

Cover image via SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Saya bukanlah individu yang tepat untuk mengulas mengenai ibu bapa memiliki anak autisme" - Aeril Zafrel

"Apa yang saya boleh katakan sekiranya kita ditakdirnya dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita," katanya ketika ditemui SEISMIK.

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 35, berpendapat dia tidak boleh menyuruh ibu bapa yang memiliki anak autisme atau autism spectrum disorder (ASD) untuk terus bersabar.

"Untuk saya bercakap mengenai perkara ini (autisme), saya bukan individu yang tepat. Sebaiknya ahli keluarga yang terdekat yang layak untuk mengulas," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon dan usahawan terkenal itu menyeru kepada orang ramai yang memiliki anak istimewa untuk segera mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan jika mendapati terdapat perubahan ketara pada anak mereka.

Image via SAYS Seismik

"Ada ibu bapa yang dia tidak terima anak dia autisme, bila ibu bapa tak terima dia tidak cepat-cepat untuk hantar anak mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.

Mungkin sebab dia malu. Tetapi, saya bukan individu yang tepat (untuk mengulas). Bagi saya kalau dah nampak simptom (autisme) segeralah dapatkan rawatan supaya dapat dikawal.

Kita tak berada di tempat mereka, jadi tak boleh sewenangnya kita cakap bersabar," katanya ketika ditemui SEISMIK.

Filem Abnormal Buas dibintangi Aeril Zafrel bersama isteri, Wawa Zainal dan anak perempuan mereka Hayla Maghfiratul Adzkiyaa bakal ditayangkan pada 20 Jun ini

Novel adaptasi daripada filem itu menggunakan judul sama ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.

Menurut Aeril Zafrel yang juga menjadi tunjang utama dan penerbit filem itu, penerbitan novel berkenaan membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.

“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.

“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami alur dan makna ceritanya dengan baik. Ini menunjukkan betapa hebat dan lengkapnya penceritaan dalam novel ini.

“Sebenarnya, menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Novel ini seolah-olah menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam. Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelami dan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Image via SAYS Seismik

Tambahnya lagi, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.

"Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.

“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya.

Selain Aeril, filem terbitan Respected Citizen Production ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Untuk rekod, novel Buas ini dijual pada harga RM33.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM35.90 (Sabah dan Sarawak).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: