seismik

Calon Presiden Korea Selatan Letak Jawatan Sejurus Terima Tuduhan Rogol Setiausaha

Kerajaan wilayah mengesahkan peletakan jawatan itu juga sudah diterima.

Cover image via chinadailyhk.com

Seorang Gabenor wilayah Korea Selatan yang menjadi salah seorang calon berpotensi sebagai presiden telah meletak jawatan selepas menerima tuduhan memperkosa setiausahanya

Ahn Hee-jung

Image via China Daily

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh China Daily, Ahn Hee-jung telah mengumumkan perletakan jawatannya pada hari Selasa di laman Facebook.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas setiausahanya berkata dalam wawancara televisyen secara langsung bahawa Ahn Hee-jung telah memperkosanya beberapa kali sejak bulan Jun tahun lalu.

Mangsa dikenali sebagai Kim Ji-eun dikatakan telah diperkosa sebanyak empat kali ketika mereka bekerja bersama

Kim Ji-eun

Image via Korea Herald

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kim melalui temu bual dengan penyiar tempatan JTBC pada hari Isnin yang lalu.

Kim juga mengatakan telah dirogol oleh Ahn di Switzerland dan Rusia ketika mereka berada di sana atas urusan kerja.

Mangsa turut menyuarakan bahawa ketidakseimbangan kuasa menyebabkan beliau sukar untuk menolak permintaan Ahn ketika bekerja untuknya.

"Saya tidak mempunyai keberanian untuk tampil kehadapan, tetapi saya mendapat inspirasi oleh mereka yang menyertai kempen #MeToo," kata Kim.

Wanita Korea Selatan yang menyokong pergerakan kempen #MeToo menghadiri perhimpunan untuk menandakan Hari Wanita Antarabangsa yang akan datang di Seoul, Korea Selatan

Image via China Daily

Beliau juga memutuskan untuk tampil kehadapan kerana Ahn masih mengambil kesempatan terhadapnya pada bulan Februari, walaupun selepas kempen #MeToo bermula dan telah pun berakhir pada bulan Januari yang lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Facebook Ahn telah mengatakan beliau memohon maaf di atas perbuatan terkutuk itu selain mengesahkan hal tersebut adalah benar

“Saya minta maaf kepada semua pihak terutama Kim Ji-eun.

“Saya bersalah dalam hal ini dan memilih untuk meletakkan jawatan selain turut berhenti dari kerjaya politik saya,” ujar Ahn.

Bagaimana pun, pihak polis masih melakukan siasatan berhubung dakwaan ke atas ahli politik berkenaan.

Sumber: The Korea Herald | China Daily

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: