seismik

Aktiviti Rekreasi Air Di Port Dickson Ditutup Sehingga Hujung Tahun

Isu keselamatan pengunjung yang tidak dipandang serius mendorong kerajaan menggantung segala aktiviti rekreasi di PD selama tiga bulan.

Cover image via fanfare.sg

Kerajaan Negeri Sembilan Menggantung Segala Perkhidmatan Aktiviti Rekreasi Di Port Dickson Dengan Serta-Merta Sehingga Hujung Tahun Bagi Meneliti Tatacara Pengendalian Aktiviti Berkenaan

Semua aktiviti rekreasi air di sepanjang perairan Port Dickson digantung selama tiga bulan, berkuatkuasa serta-merta bagi membolehkan kerajaan negeri meneliti tatacara pengendalian aktiviti itu oleh pemberi perkhidmatan.

bernama.com

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu satu jawatankuasa bersama ditubuhkan yang melibatkan Jabatan Laut, Majlis Perbandaran Port Dickson, polis, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

sinarharian.com.my

"Jawatankuasa ini sedang meneliti satu tatacara perusahaan pelancongan yang berkait rapat dengan semua aktiviti rekreasi air. Tatacara ini termasuk tempat mengambil penumpang, laluan di darat dan laut dan sebagainya," katanya.

mylaunchpad.com.my

Dalam Masa Yang Sama, Pihak Berkuasa Juga Akan Menguatkuasakan Garis Panduan Kepada Pengendali Aktiviti Bagi Memastikan Keselamatan Pengunjung Dapat Diutamakan

Beliau menjelaskan bahawa tatacara itu akan diletakkan di bawah peraturan yang akan dikuatkuasakan, dan jika perlu, dijadikan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

bernama.com

"Operator semua aktiviti rekreasi air ini mesti mengikut peraturan yang digariskan dan jika tidak, kami tidak akan benarkan mereka beroperasi. Yang paling penting bagi kami ialah Port Dickson sebuah tempat pelancongan dan pelancong harus berasa selamat kerana keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan," katanya.

sinarharian.com.my

Tindakan Ini Diambil Susulan Daripada Insiden Bot Pisang (Banana Boat) Yang Melanggar Pengunjung Hingga Mengakibatkan Kematian Di Pantai Telok Kemang Pada 7 September 2014

Langkah ini diambil kerana tidak mahu ada lagi wujud unsur-unsur tidak ambil peduli tentang keselamatan dan peraturan, kata Mohamad kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini Rabu.

mylaunchpad.com.my
Image via thestar.com.my

"Insiden malang pada 7 Sept lepas bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini kami sudah beritahu, tetapi ramai yang tidak ambil peduli. Kami tidak mahu perkara seperti itu berlaku lagi.

bernama.com

"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku jika semua ikut arahan. Saya harap semua orang faham kerana kita hendakkan sebuah industri pelancongan yang mantap," katanya.

sinarharian.com.my

Dalam Insiden Berkenaan, Mangsa, Muhamad Hidayat Ramlan Mengalami Kecederaan Pada Rusuk Kiri, Kepala Dan Tangan Akibat Dirempuh Oleh Bot Yang Menarik Bot Pisang Di Kawasan Teluk Kemang

Seorang mekanik yang parah akibat dirempuh sebuah bot yang menarik bot pisang di pantai Port Dickson pada 7 September lalu, meninggal dunia jam 5.40 pagi.

hmetro.com.my
Image via bharian.com.my

Muhamad Hidayat Ramlan, 23, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas lebih seminggu bertarung nyawa.

freemalaysiatoday.com

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Muhamad Hidayat yang mandi di pantai terbabit mengalami kecederaan pada rusuk kiri, kepala dan tangan apabila dilanggar bot yang menarik 'bot pisang' di kawasan itu.

bharian.com.my

Kes Kecuaian Seperti Itu Bukan Kali Pertama Berlaku. Pada 8 Disember 2013, Seorang Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Selepas Terjatuh Ketika Menaiki Bot Pisang.

Image via imgur.com

Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.

mstar.com.my

Jadi, Kepada Sesiapa Yang Merancang Untuk Melakukan Aktiviti Air Di Port Dickson, Barangkali Perlu Tunggu Sehingga Tahun 2015

Image via utusan.com.my

JUGA DI SAYS: Malaysia Akan Guna Indeks Maqasid Syariah Bermula Januari 2015

You may be interested in: