"Kalau Kita Janjikan Reward Setiap Kali Anak Baca Quran, Habit Membaca tu Tak Akan Lekat"
'Reward' bukanlah segalanya.
Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk akhlak anak yang soleh dan solehah yang akan menyumbang kepada masyarakat dan agama
Namun, perkara itu tidak mustahil sekiranya ibu bapa memupuk anak-anak dengan perasaan cinta terhadap Al-Quran dari kecil seperti yang dikongsikan oleh Siti Aminah Sulaiman di Facebook baru-baru ini.
Siti Aminah telah berkongsi cara-cara untuk memupuk habit anak-anak agar sentiasa membaca Al-Quran
Menurutnya, paksaan dan pemberian reward bukanlah cara yang betul untuk membentuk tabiat membaca Al-Quran dikalangan anak-anak. Walaupun mereka masih mampu menghafal, tetapi perasaan cinta terhadap Al-Quran tidak hadir dalam hati mereka, malah agak sukar untuk mereka menjadikan membaca Al-Quran itu satu tabiat harian.
Siti Aminah yang selama ini menggunakan teknik suruhan dan pemberian ganjaran setiap kali anaknya membaca Al-Quran akhirnya tersedar bahawa apa yang dilakukannya selama ini sememangnya salah.
Menurutnya lagi, ada cara yang lebih efektif yang akan membuat anak-anak menjadi "ketagih" terhadap Al-Quran.
Baca status penuh Siti Aminah di bawah:
Saya dah lama sedar,
Jika kita selalu latih anak untuk baca AlQuran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward,
Sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca AlQuran.
Jujurnya, anak sy juga sy 'besarkan' begini pada awalnya.
Walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun,
Tetapi itu hasil selalu 'disuruh' dan diupah 'reward'.
Saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak 'lekatkan' hati anak dengan AlQuran.
Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati sy awal.
Tak jemu sy berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yg tepat lahirkan anak CINTA Al Quran.
Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun sy nampak perbezaan besar dalam 'attitude baca AlQuran anak'.
Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak:
"Mak, I can't stop baca AlQuran, dah ketagih ni."
Lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir.
Allah, tidak dapat sy gambarkan perasaan sy ..bahagia yang amat.
Rupanya Allah menegur saya..saya dulu perlu berubah.
Beberapa perubahan yang saya buat sebelum sy dapat nampak 'perubahan' dalam diri anak:
1) Saya berhenti MENYURUH
Saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang2 saja baca AlQuran..kini sy peruntukkan wajib setiap hari ada slot sy sendiri baca AlQuran..antara maghrib ke Isya' sy akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebagainya..pastikan diri sy duduk mengulang AlQuran..
Saya mula nampak perubahan anak pada masa ni..mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata.
Hari seterusnya bila sy konsisten mengulang AlQuran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yg dah dihafaz.
Saya tak perlu 'SURUH' lagi dan ia berlangsung setiap hari.
2) KAMI BACA BERGILIR AYAT AL QURAN
Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan..baca Surah Al kahfi bergilir-gilir.
Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir.
Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi.
3) TADABBUR TERJEMAHAN AL QURAN
Saya mula bertadabbur terjemahan AlQuran..lalu sy bercerita pada anak terjemahan surah..datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama.
Kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz.
Saya nampak sinar di mata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yg dia hafaz sebelum ni.
MasyaAllah, indah bercinta dengan AlQuran.
4) CUBA HAFAZ SAMA-SAMA
Jika sebelum ni selalu sy minta anak menghafaz sendiri.
Terbaru ni sy cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat.
Baru sy tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui.
Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz.
5) PUJI ANAK DEPAN SUAMI
Bila nampak anak sy mula nak baca AlQuran tanpa disuruh, sy bercerita perihal anak pada suami.
Biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira.
Seriously sy dan berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran.
Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan AlQuran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN.
Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran.
Segera TAKE ACTIONS dan berubah.
Sama-sama kita lahirkan keluarga cinta AlQuran.