seismik

'Ale Uto' Dijadikan Baju, Cerpen Seks 'Cikgu Suraya' Pula Dijadikan Filem. Selepas Ini?

Macam tak percaya pada mulanya. Tapi inilah realiti yang kita sedang hadapi.

Cover image via SAYS.com

Rasanya, semua orang pun sudah sedia maklum mengenai perkataan lucah 'ale uto' bukan? Tindakan sesetengah individu menjadikannya sebagai sumber pendapatan telah mendapat cemuhan hebat dari masyarakat.

Image via SAYS.com

Sekarang ini pula, semestinya ramai anak Melayu sangat teruja selepas menyaksikan trailer filem 'Cikgu Suraya' yang kini viral dan menjadi bualan hangat di laman sosial

Image via SAYS.com

Jika dilihatkan pada trailer ini, jalan ceritanya tidak ubah seperti cerpen seks 'Cikgu Suraya' yang sebelum ini pernah menjadi bahan bacaan kegemaran anak-anak muda

Image via SAYS.com

Trailer sepanjang 1 minit 47 saat ini sudah cukup untuk membangkitkan rasa ingin tahu yang membuak-buak di kalangan orang ramai yang menontonnya

Image via SAYS.com

Seperti yang dijangka, filem ini mengundang respon negatif dari orang ramai. Persoalannya, adakah patut cerpen lucah sebegini dijadikan sebuah filem untuk ditayangkan di layar perak?

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Walaupun begitu, penyokong filem 'Cikgu Suraya' kini sedang menjalankan kutipan wang bagi merealisasikan penerbitan filem tersebut melalui laman web indiegogo.com. Kutipan yang diperlukan adalah sebanyak kira-kira RM250,000.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat berasa kecewa dengan watak Cikgu Suraya kerana kecantikannya bukanlah seperti yang diimaginasikan

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Ada juga yang mencadangkan agar watak Cikgu Suraya itu dilakonkan oleh Lisa Surihani atau Hanez Suraya

Image via SAYS.com

Atau mungkin filem Cikgu Suraya akan lebih menarik perhatian jika watak cikgu itu se'hot' dan lebih menggoda seperti gadis dalam gambar di bawah?

Image via SAYS.com

Apa-apa pun, jalan cerita bagi filem ini masih tidak didedahkan. Adakah ia memetik jalan cerita yang sama seperti cerpen seks 'Cikgu Suraya'?

Image via Twitter

Atau adakah plot penceritaannya berbeza serta banyak memaparkan nilai pengajaran dan pedoman dalam kehidupan seharian? Sama-sama kita nantikan tayangannya akan datang!

Image via Twitter

JUGA DI SAYS: 'Wolverine' Bakal Berlakon Dalam Filem Terbaru Afdlin Shauki Di Sabah

You may be interested in: