seismik

Alunan Muzik Buat Ramai Rasa Nak Menari Sekali, Ini Asal Usul Sebenar Tentang Boria

Selalu nampak dalam cerita anak mami.

Cover image via Kebitaraan Kebudayaan SMKPTJ & USM News Portal

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pernah melihat cerita seperti Nana Tanjung, Mami Jarum dan beberapa lagi filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen, pastinya anda familiar dengan babak lagu boria bukan?

Elemen persembahan boria yang diselitkan dalam filem-filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu ternyata mendapat tempat di hati para penonton seluruh Malaysia ketika fenomenanya satu ketika dulu.

Namun, tahukah anda dari mana asal-usul boria ini sebenarnya? Kali ini, kami akan mengupas tentang adat boria di Pulau Pinang dan berkongsi dengan anda semua. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kebitaraan Kebudayaan SMKPTJ

Persembahan teater popular di Pulau Pinang

Bagi yang belum tahu, persembahan boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, khususnya Pulau Pinang. Boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian yang diketuai seorang tukang karang.

Si tukang karang biasanya akan memegang tongkat atau baton ketika menyanyi dan diringi oleh Sailor yang terdiri lebih daripada enam orang di belakangnya.

Tugas Sailor pula ialah menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via USM News Portal

Dikaitkan dengan peristiwa Karbala

Asal usul persembahan boria turut dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Timur Tengah, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein oleh Muawiyah Abi Suffian yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Selain itu, ada yang mendakwa persembahan boria ini berasal dari India menerusi kegiatan perdagangan oleh pedagang India Muslim suatu ketika dulu.

Terdapat unsur lakonan, nyanyian, lawak jenaka dan tarian

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan terkini. Secara tidak langsung, ia menjadi saluran hiburan yang mempunyai mesej dan sensitiviti tersendiri.

Persembahan sketsa di permulaan biasanya ada pencadang, pembangkang dan penasihat. Lagu yang dipersembahkan dalam boria mestilah dalam bentuk rangkap karangan yang hujung suku katanya setiap rangkap itu hendaklah sama dan berkait dengan sketsa.

Banyak guna alat muzik untuk merancakkan lagi persembahan

Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Apa yang penting ialah keupayaan pemuzik membawa irama agar dapat mengiringi nyanyian si tukang karang. Sebab itulah juga kadang-kadang alat muzik digunakan hanyalah gendang dan biola.

Bagaimanapun, semakin banyak alat muzik dapat digunakan, semakin baiklah persembahan berkenaan. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion dan harmonika.

Lagunya pula bebas, ia boleh dicipta atau digubah daripada lagu sedia ada asalkan sesuai mengikut ciri persembahan boria.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pemetaan Budaya JKNN

Lihat contoh persembahan boria yang menarik di bawah:

You may be interested in: