seismik

Anda Akan Temui 'Selfie', 'Hashtag' Dan 'Tweet' Dalam Edisi Baru Kamus Dewan

Perkataan seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' yang kini muncul selari dengan perkembangan teknologi maklumat adalah relevan untuk dijadikan istilah baru dalam Kamus Dewan.

Cover image via postano.com

Perkataan Moden Yang Semakin Meluas Digunakan Seperti 'Selfie', 'Hashtag' Dan 'Tweet' Akan Dimuatkan Dalam Kamus Dewan Edisi Akan Datang

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) akan memuatkan perkataan-perkataan moden ke dalam Kamus Dewan.

Image via blogspot.com

Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

bernama.com

Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka DBP, Datuk Dr Awang Sariyan berkata, ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat.

astroawani.com

Tanda 'bp' Akan Dilabelkan Pada Setiap Perkataan Tersebut Di Dalam Kamus Dewan Kerana Belum Diterima Sebagai Bahasa Standard

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.

malaysiakini.com
Image via viralblog.com

"Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel 'bp', supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku."

sinarharian.com.my
Image via 1twelfth.com

"Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus. Tetapi bagi yang sudah meluas (pengunaannya), ia akan dimasukkan beserta penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus," katanya.

bernama.com

Kamus Dewan Mengambil Langkah Yang Sama Seperti Kamus Oxford Dan Kamus Merriam-Webster, Selari Dengan Perkembangan Teknologi Dalam Kehidupan Masa Kini

Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus ialah perakam kata yang digunakan secara meluas oleh masyarakat.

malaysiakini.com
Image via puaro.lv

Pengunaan perkataan 'moden' itu juga dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia, termasuk Kamus Oxford, yang mana 'selfie' menjadi perkataan paling popular pada 2013.

sinarharian.com.my
Image via dashburst.com

Kamus Merriam-Webster juga menambah perkataan 'selfie, hashtag dan Tweet' yang menyaksikan editornya, Peter Sokolowski dalam wawancara dengan media baru-baru ini menyifatkan ia sebagai kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan.

bernama.com

Untuk Makluman, 'Selfie', 'Hashtag' Dan 'Tweet' Masing-Masing Mempunyai Makna Yang Berlainan Dan Hanya Digunakan Dalam Laman Sosial Sebelum Ini

Selfie telah menjadi trend masyarakat masa kini, termasuk dalam kalangan pemimpin.

Image via imgur.com

Perkataan seperti 'selfie' merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial yang semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan pemimpin, selepas telefon bimbit pintar dilengkapi aplikasi kamera.

amanz.my

'Hashtag' pula merujuk kepada simbol # yang digunakan pengguna Twitter.

Image via wix.com

'Hashtag' pula merujuk kepada simbol # yang digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial manakala 'Tweet' merujuk kepada status yang diletakkan pengguna Twitter dalam laman sosial.

mstar.com.my

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: