seismik

Anda Pasti Akan Jumpa 7 Jenis Orang Ini Ketika Solat Jumaat. Betul Tak?

Pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat setiap kali kita pergi ke solat Jumaat.

Cover image via imgur.com

Harus diakui, setiap orang mempunyai tingkah laku dan sikap yang berbeza. Walaupun ketika sembahyang Jumaat, kita masih boleh lihat tujuh jenis manusia yang paling 'typical' di Malaysia. Jom tinjau tujuh senarai di bawah:

1. Datang lambat tapi nak solat di saf yang paling depan

Image via blogspot.com

Perasan tak? Individu ini selalunya datang ke masjid dengan berpakaian yang sangat elok. Ada yang pakai Baju Melayu, berjubah lengkap malah siap ada yang berserban. Senang kata bila orang tengok, orang akan sangka mereka ini golongan ustaz.

Disebabkan pakaian mereka yang kemas, maka kalau datang lambat sekalipun, mereka rasa mereka berhak untuk berada di saf paling hadapan di belakang imam. Tapi persoalannya, adakah mereka benar-benar layak? Bukankah kalau datang lambat sepatutnya kena solat di saf belakang?

2. Berlepas sejurus selepas solat selesai

Yang ini ramai. Tak kisah lah sama ada mereka datang awal atau lambat, yang mereka tahu, sebaik sahaja memberi salam terakhir, mereka perlu bergegas meninggalkan masjid. Belum sempat imam nak mulakan zikir dan wirid selepas solat, kelibat mereka sudah tidak lagi kelihatan. Nak pergi mana agaknya?

Bersangka baik lah wahai manusia. Mungkin mereka ada hal yang sangat mustahak yang perlu diselesaikan. Atau mungkin juga untuk mengelak kesesakan? Soal itu semua hanya Allah sahaja yang tahu.

3. Mesti kena bersandar pada dinding

Perkara pertama yang dijadikan sasaran ialah dinding. Di mana ada dinding yang kosong, di situlah ada mereka. Tidak kira sama ada datang awal atau lambat, yang penting mesti cari dinding untuk bersandar. Bukan sahaja dinding, malah pintu, tembok atau tangga juga boleh dijadikan tempat bersandar.

Walaupun masih banyak lagi saf di hadapan yang kosong, mereka tetap dengan pendirian bersandar mereka. Barulah selesa nak dengar khutbah bukan? Mungkin itulah apa yang mereka fikir. Keselesaan perlu diutamakan!

4. Kaki tidur

Disebabkan kepenatan, inilah masa terbaik untuk mendapatkan rehat, atau lebih tepat, tidur. Tidak dinafikan, kadang-kadang khutbah Jumaat boleh jadi membosankan. Tapi bagaimana pula jika khutbah Jumaat itu menarik, bertenaga, ditambah pula dengan gaya penyampaian khatib yang tidak bergantung kepada teks ucapan? Selalunya, khutbah sebegini pasti lebih mendapat perhatian oleh jemaah.

Tetapi, adakah golongan ini masih memilih untuk tidur? Malangnya, ya. Sesetengah orang memang datang ke masjid hanya untuk tidur dan solat sahaja. Mereka langsung tidak mempedulikan khutbah yang disampaikan. Itulah realitinya.

5. Kaki sembang

Image via airforce.gov.my

Yang ini macam mana pula? Jangan sangka kaki tidur sahaja yang kita boleh temui. Kaki sembang pun ramai sebenarnya. Golongan ini jenis yang tidak boleh berhenti bercakap, walaupun ketika khutbah sedang berlangsung. Terdapat sepotong hadith yang berbunyi: "Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata 'diam' sekalipun, nescaya hilanglah pahala Jumaat kamu."

Tapi, apa yang kita lihat, masih ramai yang tidak mengendahkan hadith tersebut. Barangkali seperti terlalu sukar untuk berhenti bercakap dan alihkan fokus kepada ibadah. Ya, sesetengah orang memang tidak mampu untuk melakukannya.

6. Pen'check-in' tegar walaupun pergi masjid

Image via SAYS.com

Pernah jumpa orang yang macam ini? Haaa jangan terkejut! Sampai sahaja di masjid, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah 'check-in'. Tak cukup dengan itu, siap letak 'caption' lagi seperti "jom pergi solat Jumaat" atau "sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan" atau yang lebih 'cool' sedikit dengan hanya meletakkan 'smiley'.

Maklumlah, masing-masing yang datang ke masjid itu semuanya berstatus selebriti. Jadi, mereka perlulah memberitahu tentang aktiviti harian mereka kepada peminat. Mungkin juga ia dijadikan sebagai medan berdakwah di alam maya? Kalau macam itu baguslah.

7. Tak lepaskan 'handphone' dari tangan

Image via ggpht.com

Inilah masalahnya bila terlalu bergantung kepada teknologi dan laman sosial. Sehingga di masjid sekalipun, tahap kebergantungan terhadap peranti mudah alih ini masih terserlah. Dalam perjalanan ke masjid, telefon bimbit yang ditatap. Sampai ke masjid, masih menatap telefon bimbit. Berhenti sebentar untuk ambil wuduk, selepas itu cari tempat duduk, kemudian keluarkan semula telefon bimbit untuk sambung ber'chatting'.

Lebih teruk, bukan setakat satu aplikasi yang dibuka. Masa itulah Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, WeChat, Chrome dan banyak lagi dibuka pada masa yang sama. Kalau tak tengok 'handphone' mesti jadi tak senang duduk. Ada sahaja benda yang nak ditatap pada skrin. Tapi mungkin juga mereka membuka aplikasi Al-Quran? Wallahu'alam.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Teringin nak minum wiski dan vodka? Kini anda boleh!

You may be interested in: