seismik

Anda Setuju Dengan Pendapat Tony Atau Tun M Mengenai Pengambil Alihan MAS Oleh Khazanah?

Tony Fernandes kata A, Dr Mahathir kata B. Masing-masing mempunyai pandangan berbeza.

Cover image via SAYS.com

Pada 8 Ogos 2014, Syarikat Khazanah Nasional Bersetuju Untuk Membayar RM1.4 Bilion Bagi Mengambil Alih Sepenuhnya Syarikat Penerbangan MAS Yang Sering Dilanda Masalah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes Menyifatkan Langkah Kerajaan Menstrukturkan Semula Pelan Holistik MAS Sebagai Satu Langkah Bijak

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, beliau pasti Khazanah akan mengumumkan pelan rombakan bernas dan berpendapat gangguan dari pihak luar dalam proses itu tidak perlu.

utusan.com.my

Tony Bagaimanapun Berpendapat Campur Tangan Politik Dan Liputan Media Mengenai Isu Itu Perlu Dikurangkan Sebaliknya Membiarkan K‎hazanah Nasional Dan MAS Melakukan Tugas Mereka Sendiri

Tony Fernandes menyarankan agar Khazanah Nasional dan pihak pengurusan Malaysia Airlines diberi kebebasan sepenuhnya dalam mengendalikan masalah dalaman yang menghantui MAS kini.

mylaunchpad.com.my

Tony Fernandes menyifatkan langkah kerajaan menstrukturkan semula pelan holistik MAS sebagai satu langkah bijak.

Image via thehindubusinessline.com

Beliau menambah, dalam keadaan sekarang, adalah lebih baik jika semua pihak memberikan mereka ruang untuk melakukan sesuatu. Malah Tony juga meminta agar tidak ada campur tangan politik dalam isu berkenaan.

mylaunchpad.com.my

“Perlu ada suatu perubahan. Lagi kurang campur tangan, lagi baik. Dan itu termasuk daripada orang seperti saya dan ahli politik,” katanya.

bharian.com.my

Dalam Pada Itu, Beliau Menambah AirAsia Tidak Akan Terlibat Dalam Apa Jua Bantuan Kecuali Menawarkan Khidmat Nasihat Untuk Kepentingan MAS Pada Masa Depan

Enggan mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung rancangan penarik balik penyenaraian MAS daripada Bursa Malaysia, Fernandes berkata; “Saya tak boleh kata apa-apa. Khazanah mempunyai ramai orang yang pintar dan berpengalaman.”

bharian.com.my

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa AirAsia tidak akan campur tangan dalam hal ini sebaliknya terus memberi fokus terhadap arah tuju syarikat kami," kata Tony.

Image via forbes.com

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa AirAsia tidak akan campur tangan dalam hal ini sebaliknya terus memberi fokus terhadap arah tuju syarikat kami."

utusan.com.my

"Saya juga merasakan Malaysia memerlukan Dasar Penerbangan Negara kerana industri penerbangan adalah luas dan ia merupakan sektor perniagaan yang besar," kata Tony.

utusan.com.my

Tetapi Berbeza Pula Pandangan Tun M. Beliau Percaya Tindakan Pengambil Alihan MAS Oleh Khazanah Nasional Hanya Akan Memberi 'Muka Baru' Peluang Untuk Menerima Gaji Besar, Elaun, Bonus Dan Lain-Lain

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan hasrat Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat Penerbangan Nasional (MAS) dari Bursa Malaysia.

mstar.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan hasrat Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat Penerbangan Nasional (MAS) dari Bursa Malaysia.

Image via thestar.com.my

“Pada pandangan saya, jika Khazanah ambil alih 100%, ia tidak akan bawa banyak perubahan. Perkara sama akan berulang, kita akan lihat banyak orang baru yang menerima gaji besar, elaun, bonus dan lain-lain yang saya percaya itu cara kerja Khazanah,” kata Dr Mahathir.

freemalaysiatoday.com

"Jika sebuah syarikat dibeli sepenuhnya oleh syarikat kawalan kerajaan, adalah itu penswastaan (syarikat persendirian) atau pemilikan negara?" soal beliau.

malaysiagazette.com

Tun M Juga Menentang Tindakan Khazanah Kerana Berpendapat Syarikat Itu Tidak Mempunyai Kepakaran Bagi Menyelesaikan Kemelut Yang Melanda MAS

“Saya tahu saya tidak patut katakan semua ini kerana saya juga ada rekod buruk sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi, saya sedia meletak jawatan dan itu yang saya lakukan. Saya lakukan itu kerana saya gagal namun tiada yang mahu mengikut jejak langkah saya,” katanya menyindir pemimpin negara yang masih gagal menyelesaikan kemelut MAS.

freemalaysiatoday.com

Beliau Turut Mempersoalkan Mengapa Semua Orang Perlu Percaya Penguasaan Penuh Khazanah Ke Atas MAS Akan Menyebabkan Syarikat Penerbangan Itu Tidak Akan Rugi

Beliau turut mempersoalkan mengapa semua orang perlu percaya penguasaan penuh Khazanah ke atas MAS akan menyebabkan syarikat penerbangan itu tidak akan rugi.

Image via themalaymailonline.com

"Saya percaya sebelum penswastaan (proses ambil alih), Khazanah memiliki 70 peratus pegangan saham MAS. Jadi selama ini pun Khazanah mengawal sepenuhnya kepentingan MAS. Namun dalam tempoh 10 tahun, MAS rugi RM10 bilion walaupun disuntik modal ke syarikat itu."

mstar.com.my

"Jadi mengapa ada yang percaya dengan kawalan 100 peratus oleh Khazanah terhadap MAS, kerugian tidak akan berterusan?" kata Mahathir menerusi blognya chedet.cc pada Selasa, 12 Ogos 2014.

mstar.com.my

JUGA DI SAYS: Should This AirAsia X Pilot Have Been Suspended For His Facebook Post On MH370?

You may be interested in: