Apa Anda Lakukan Jika Roti Dibeli Dari Kilang Jijik Sebegini?
Siasatan mendapati tepung dan gula dibiar dihinggap lalat, terdapat najis tikus di dalam stor dan adunan roti dibiarkan begitu sahaja di atas lantai.
Penggemar Roti Mungkin Akan Hilang Selera Jika Mereka Tahu Dapur Dan Peralatan Membuat Makanan Itu Di Beberapa Kilang Di Pulau Pinang Adalah Teramat Kotor Sehingga Diarah Tutup
Sejumlah enam buah kilang roti di Pulau Pinang diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri itu kerana mengabaikan aspek kebersihan.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas kesemua premis yang diperiksa dalam operasi Jabatan Kebersihan Negeri itu gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.
“Sebahagian daripada kilang yang ditutup tidak menjaga kebersihan secara konsisten. Sewaktu kita membuat pemeriksaan, mereka cuci. Kali ini ia tidak diselenggarakan dengan baik. Kita terpaksa menutup premis tersebut. Sepatutnya kilang mempunyai prosedur yang konsisten dan berjadual agar kebersihan dijaga sepanjang masa.” ujar Ku Nafishah.
Pemeriksaan Mendapati Kilang-Kilang Berkenaan Membiarkan Tepung Dan Gula Dihinggap Lalat, Terdapat Najis Tikus Di Dalam Stor Dan Adunan Roti Yang Diuli Dibiarkan Atas Lantai Tanpa Pelapik
Selain kotor, pemakaian aksesori di kalangan pekerja dan pengurusan bahan mentah yang tidak sempurna juga menjadi salah satu faktor kilang terbabit ditutup.
astroawani.com“Antaranya tidak menutup kepala, tidak memakai apron dan memakai aksesori ketika menguli tepung. Kita turut temui segumpal rambut di dalam minyak yang digunakan untuk menguli tepung sebelum dijadikan roti. Mesin menguli tepung juga didapati sudah berkarat dan tidak diselenggara dengan baik."
“Antara kesalahan lain adalah terdapat najis tikus, makanan dihurung lalat, peralatan memasak kotor, peti sejuk yang menyimpan makanan berkulat dan kotor, roti yang sudah siap diletakkan di atas lantai berdekatan dengan tong sampah dan penyapu serta tepung yang sudah diuli diletakkan di atas kotak tanpa pelapik khas,” jelasnya.
Walaupun Sudah Diberi Notis Bertulis, Kilang-Kilang Terbabit Masih Tidak Ambil Peduli Soal Kebersihan Dan Tidak Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan
Ku Nafishah berkata pihaknya kesal kerana pengusaha premis makanan di negeri itu tidak mengambil berat amaran yang dikeluarkan sebelum ini supaya semua pengusaha mematuhi prosedur yang ditetapkan.
astroawani.com“Sebelum ini, kita sudah beri notis bertulis kepada pemilik kilang roti berkenaan pada penghujung tahun lepas namun nampaknya, tiada tindakan susulan dibuat untuk memastikan premis mereka bersih. Saya juga dapati, pembersihan di premis berkenaan dibuat tidak konsisten menyebabkan premis mereka terutama di bahagian dapur sangat kotor," katanya lagi.
sinarharian.com.myDalam Operasi Itu, Sebanyak 26 Premis Telah Diperiksa , Enam Daripadanya Diarah Tutup Manakala 13 Premis Lagi Dikompaun
Premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi.
Nilai kompaun keseluruhan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan berjumlah RM32,500 manakala kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjumlah RM1, 570.