Apa? Ulama Arab Saudi Kata Bina 'Snowman' Salah Di Sisi Islam?
Katanya, perbuatan membina orang salji ini merupakan pengaruh budaya barat.
Kebanyakan negara di timur tengah kini sedang diliputi salji yang tebal termasuk kawasan tanah tinggi di wilayah Tabuk berhampiran sempadan Arab Saudi dengan Jordan untuk tahun ketiga berturut-turut
Fenomena salji ini menyebabkan penduduk Arab Saudi di sebelah utara menjelmakan imaginasi dan rasa seronok mereka dengan membina "unta salji" dan juga 'snowman' yang disertakan dengan ghitra tradisional dan agal di kepala
Walau bagaimanapun, ia tidaklah semua menyeronokkan bagi Arab Saudi apabila seorang ulama berkata bahawa membina 'snowman' atau haiwan salji tidak boleh diterima dalam Islam
Fatwa oleh Mohammad Saleh Al Minjed ini menjelaskan pembinaan 'snowman' atau apa-apa replika binatang, walaupun untuk tujuan rekreasi, tidak boleh dibiarkan...
...dan hanya perkara yang tidak bernyawa, seperti buah-buahan dan bangunan sahaja boleh ditiru
Dia menulis: "Allah telah memberikan ruang kepada manusia untuk membuat apa sahaja yang mereka kehendaki dengan sesuatu yang tidak bernyawa, termasuk pokok-pokok, kapal, buah-buahan, bangunan dan sebagainya."
Namun begitu, tiada tarikh disebut tentang bila fatwa itu dikeluarkan, tetapi ia telah tersebar secara meluas di laman sosial, malah turut mencetuskan perdebatan hangat terutamanya di kalangan warga Teluk.
Dalam masa yang sama, mereka yang menyokong fatwa tersebut mengatakan perbuatan membina 'snowman' ini adalah pengaruh mentah dari barat
"Ia tidak mempunyai nilai dalam tradisi kita, dan orang-orang yang terpengaruh dengan budaya barat perlu mencontohi ciptaan dan sains mereka, bukan budaya mereka," tulis seorang penulis blog Al Marsad.
"Budaya ini jelas meniru orang kafir, ia menggalakkan keghairahan dan perasaan erotik. Semoga Allah memelihara para ulama, kerana mereka mempunyai penglihatan yang tajam dan mengiktiraf perkara-perkara yang Syaitan pun tidak berfikir tentangnya," tulis seorang lagi penyokong fatwa berkenaan.
Bagi yang tidak bersetuju, mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka serta menganggap ulama sengaja merompak kegembiraan dan keseronokan penduduk di situ
"Kita mempunyai salji yang hanya bertahan untuk beberapa hari, mungkin juga jam, dan sentiasa ada seseorang yang mahu merompak kegembiraan dan keseronokan kita. Seolah-olah, perkara yang kita boleh lakukan ialah hanya duduk dan minum kopi," tulis seorang penulis blog Mishaal.
"Satu pertiga berpendapat negara berhadapan dengan dua jenis orang: Orang yang berpegang pada fatwa untuk segala-galanya dalam hidup mereka, dan seorang ulama yang sentiasa mahu campur tangan dalam segala bidang dalam kehidupan orang lain melalui fatwa," tulis seorang pembangkang.