seismik

Apabila Nama 'Ahmad Maslan' Dapat #1 Di Twitter... Masa Untuk Troll!

Kami turut bersimpati terhadap Ahmad Maslan.

Cover image via SAYS.com

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan “diserang” pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak puas hati dengan saranan beliau agar mengamalkan masak sendiri dari makan di luar untuk elak daripada GST

Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu, 11 April 2015.

Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus.

astroawani.com

Disebabkan itu, nama Ahmad Maslan terus menjadi bualan orang ramai dengan serta-merta, malah turut mendapat tempat pertama dalam 'Malaysia Trends' di Twitter

Image via Twitter

Selepas mendapat tempat pertama, macam-macam 'troll' telah muncul

Image via Twitter

1. Ahmad Maslan dikaitkan dengan teori evolusi oleh Charles Darwin yang dikeluarkan pada tahun 1859

Image via Twitter
Image via Twitter

2. Semakin hari semakin ramai orang yang pandai membuat pantun dua kerat

Image via Twitter

3. Nampaknya, nama 'Ahmad Maslan' telah dijadikan sebagai kata kerja dalam kamus Oxford. Apa maksudnya? Anda teka sendiri ;)

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

4. Salah seorang pengasas Amerika Syarikat, Benjamin Franklin juga ada sesuatu untuk diperkata tentang Ahmad Maslan

Image via Twitter

Ahmad Maslan sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau merupakan pelajar terbaik jurusan MBA di UKM dikalangan 177 pelajar lain. Dan CGPA beliau juga agak memberangsangkan!

Image via Twitter

5. Para pelajar UiTM merasakan Ahmad Maslan telah "menghasut" mereka untuk masak sendiri. Layakkah beliau ditahan di bawah Akta Hasutan?

Image via Twitter

6. Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan Ahmad Maslan, pelajar UiTM dilihat sudah mula membawa masuk dapur gas ke dalam kampus

Image via Twitter

7. Bagi yang tiada dapur gas, masing-masing mula menjadi kreatif dalam memasak semata-mata untuk berjimat cermat. Boleh terima tak idea ini?

Image via Twitter

8. Jadi selepas ini, kalau ada kes kebakaran di mana-mana kolej di UiTM, siapa yang harus dipersalahkan?

Image via Twitter

9. Kita semua tahu zombi memang suka makan otak manusia. Tapi apabila berselisih dengan Ahmad Maslan, beliau terselamat.

Image via Twitter

10. Ingin menang 1 juta dolar? Segalanya berada di tangan anda.

Image via Twitter

11. Pak Pandir juga hairan bagaimana dia boleh kalah dengan Ahmad Maslan dalam satu pertandingan, sedangkan dia begitu yakin boleh menang

Image via Twitter

12. Kesian Ahmad Maslan. Mana-mana 'group' di Whatsapp sekarang semuanya 'reject' beliau untuk masuk.

Image via Twitter

13. Bukan itu sahaja. Sultan Johor pun 'reject' Ahmad Maslan

14. Beginilah keadaan rakyat Malaysia selepas GST diperkenalkan. Ramai yang terbeban dalam menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Image via Twitter

Kesemua meme dan troll dalam kompilasi ini dikumpulkan oleh SAYS melalui Twitter

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kami ada pelbagai lagi cerita trending menarik untuk anda. BACA SINI:

You may be interested in: