seismik

Apabila Nasi Lemak Dan Simpulan Bahasa Melayu Dilucahkan. Salah Siapa?

Macam mana boleh jadi begini?

Cover image via mynewshub.cc

Awas! Kami telah menemui dua perkara pelik pada hari ini, dan kedua-duanya lebih kurang sama.

Image via in.com

Malah, kedua-dua perkara pelik ini juga ada kaitan dengan aset tubuh badan wanita

Image via newnation.sg

Ya, benar. Berdasarkan tinjauan kami di laman web mynewshub.cc, ini yang kami temui:

Menu 'Nasi Lemak Tetek'.

Image via mynewshub.cc

Menu sebuah kedai makan ini langsung tidak boleh diterima akal!

Mana tidaknya, gambar yang kongsikan seorang pengguna Facebook menunjukkan, terdapat satu menu yang diberi nama ‘Nasi Lemak Tetek’.

Nama ini benar-benar menjengkelkan kami kerana ia bermakna makanan tradisi Malaysia telah dilabelkan dengan unsur lucah.

mynewshub.cc

Seiring dengan nama yang digunakan, kedai makan ini turut mengubahsuai nasi lemak supaya menyerupai bentuk payu dara wanita yang lengkap dengan puting

Nasi lemak yang disajikan benar-benar menyerupai bentuk payu dara wanita.

Image via mynewshub.cc

Lebih mengejutkan, persis namanya, makanan tradisi itu diubahsuai menyerupai bentuk payudara wanita lengkap dengan puting!

Persoalannya…apakah makanan yang diubah semacam ini sesuai dengan budaya kita?

Senang kata, apakah ‘payudara yang boleh diratah’ sesuatu yang OK buat masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam?

Dek kerana gila glamour dan mahukan keuntungan..tak pasal-pasal juadah tradisi ini dicemari.

mynewshub.cc

Anda boleh terima?

Yang kedua ialah, Kamus Simpulan Bahasa Melayu tulisan A. Aida & Nur Sakinah menterjemah 'Menara Gading' kepada...

Menara gading = Tetek perempuan??

Image via mynewshub.cc

Beginilah reaksi kami selepas melihat perkataan lucah yang terpampang dalam kamus tersebut

Image via gifsforum.com

Tambahan pula, penggunaan perkataan ‘tetek’ yang juga bahasa pasar bagi buah dada wanita membuatkan orang ramai lebih hairan

jika anda lihat dengan teliti maksud menara gading dalam sebuah Kamus Simpulan Bahasa Melayu keluaran A. Aida & Nur Sakinah ini anda pasti terkejut!

Maksud kepada simpulan bahasa menara gading yang digunakan di dalam kamus itu ialah ‘tetek perempuan’.

Sangat jelas lagi bersuluh kesalahan maksud simpulan bahasa yang digunakan.

Selain itu, penggunaan ayat ‘tetek’ yang juga bahasa pasar bagi buah dada wanita membuatkan kami lebih tertanya-tanya siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menterjemah setiap maksud di dalam kamus tersebut.

mynewshub.cc

Jadi, siapa yang salah? Diharap akan ada pihak yang memeriksa semula kandungan kamus tersebut dan membetulkannya.

Image via gifsoup.com

Ini bukanlah kali pertama perkara sebegini terjadi:

You may be interested in: