seismik

Apakah Motif Seorang Bapa 'Menculik' Anaknya Sendiri Daripada Jagaan Ibu?

Izwan Abdullah yang didakwa telah 'menculik' anaknya daripada jagaan ibu pada 8 April 2014 lalu masih tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Cover image via themalaymailonline.com

Pada 8 April Lalu, Seorang Bapa 'Menculik' Anaknya Sendiri Daripada Jagaan Ibu Setelah Kalah Dalam Perebutan Hak Jagaan

Izwan Abdullah, seorang mualaf dengan nama asal N Viran didakwa merampas anaknya dari bekas isteri, S Deepa yang beragama Hindu yang diberikan hak penjagaan oleh mahkamah pada 7 April 2014.

suarainsan.net

Izwan Abdullah didakwa telah 'menculik' anak lelakinya sendiri daripada jagaan ibu.

Image via mstar.com.my

Izwan Abdullah yang memeluk Islam pada 2011, mengambil kanak-kanak itu dari rumah bekas isterinya, S Deepa di Jelebu, Negeri Sembilan, menurut pegawai advokasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sally Wangsawijaya.

themalaysianinsider.com

S Deepa telah membuat laporan polis berkenaan dakwaan bekas suaminya 'menculik' anak lelaki mereka.

Image via www.themalaymailonline.com

Sally yang membantu Deepa, seorang Hindu, berjuang mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dan anak lelaki selepas bekas suami mengislamkan mereka.

themalaysianinsider.com

Deepa mendapati anak-anaknya – Sharmila (Nurul Nabila), 9 dan Mithran (Nabil), 6, ditukar agama kepada Islam tanpa pengetahuannya oleh suami pada April tahun lepas.

themalaysianinsider.com

Mahkamah Tinggi Seremban Telah Memutuskan Hak Penjagaan Kedua-Dua Anak Diberikan Kepada Deepa

Hakim Datuk Zabariah Mohd semasa membenarkan permohonan jagaan oleh Deepa dalam kamar juga membenarkan permohonannya untuk membubarkan perkahwinan sivil memandangkan suaminya sudah memeluk Islam.

malaysianreview.com

S Deepa mengesat air mata atas perbuatan yang dilakukan bekas suaminya.

Image via www.themalaysianinsider.com

Pada Disember tahun lepas, Deepa memfailkan permohonan mendapatkan hak jagaan anak-anaknya dan bagi membatalkan perintah jagaan oleh Mahkamah Syariah.

malaysianreview.com

Ketua Polis Negara Bagaimanapun Berkata Pihak Polis Tidak Akan Mengambil Apa-Apa Tindakan Terhadap Izwan Abdullah

Pihak polis tidak akan mengambil tindakan ke atas lelaki yang dipercayai melarikan anak lelakinya yang berusia enam tahun dari rumah bekas isteri, walaupun pihak mahkamah sebelum ini telah memberi hak penjagaan kedua-dua anak mereka kepada bekas isterinya.

therakyatpost.com

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada tindakan akan diambil ke atas lelaki yang dipercayai melarikan anak lelakinya walaupun mahkamah memberi hak penjagaan kepada isterinya.

Image via therakyatpost.com

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini berikutan Izwan Abdullah, 31, yang memeluk Islam telah mendapat hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah pada tahun lepas.

therakyatpost.com

Ketika ini pihak polis tidak boleh menahan Izwan kerana tiada waran tangkap yang dikeluarkan.

bharian.com.my

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Turut Menyokong Keputusan Yang Dibuat Ketua Polis Negara Itu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Image via www.themalaymailonline.com

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak terhadap mualaf yang didakwa menculik anaknya daripada ibu Hindu.

malaysiakini.com

Apa yang disebut oleh Khalid itu juga pendirian rasmi Kementerian Dalam Negeri, kata Zahid kepada pemberita ketika ditanya sama ada polis patut bertindak.

malaysiakini.com

Namun, Kenyataan Yang Dikeluarkan Ketua Polis Negara Itu Mendapat Bantahan Keras Daripada Wanita MIC

“Khalid ambil mudah isu ini dengan (membenarkan) lebih ramai lelaki fikir budaya (keganasan) OK, dan polis ambil masa sendiri untuk ambil tindakan atau (mungkin) tidak langsung mengambil tindakan,” kata ketuanya Mohana Muniandy.

kualalumpurpost.net

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy.

Image via www.youtube.com

"Insiden memukul atau melakukan keganasan ke atas wanita tetap dianggap jenayah serius walaupun dia adalah isteri anda," katanya lagi.

malaysiagazette.com

Ketika Ini, Terdapat Pertindihan Perintah Daripada Dua Mahkamah Berlainan Berhubung Hak Penjagaan Anak-Anak Izwan Dan Deepa

Isnin lalu (7 April), Mahkamah Tinggi Seremban telah memberi hak penjagaan anak lelaki dan anak perempuan Izwan Abdullah, 31, kepada ibu kandung mereka iaitu S Deepa, 31.

bharian.com.my

Mahkamah Tinggi Seremban memberi hak jagaan anak-anak kepada S Deepa pada 7 April 2014.

Image via hmetro.com.my

Mahkamah itu juga membenarkan permohonan Deepa untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana Izwan yang dahulunya dikenali sebagai N Viran, telah memeluk Islam.

bharian.com.my

Mahkamah Syariah telah memberi hak jagaan anak-anak kepada Izwan Abdullah pada tahun lepas.

Image via partisosialis.org

Namun Mahkamah Syariah sebelum ini telah memberikan hak penjagaan kedua-dua anak mereka yang berusia enam dan sembilan tahun itu kepada Izwan.

bharian.com.my

Persoalannya, Keputusan Mahkamah Mana Yang Perlu Diutamakan? Mahkamah Syariah Atau Mahkamah Sivil?

Gabungan NGO Islam Negeri Sembilan menggesa agar kerajaan negeri menggubal undang-undang yang lebih tegas dan komprehensif berkaitan hak jagaan anak beragama Islam yang melibatkan ibu atau bapa bukan Islam.

ismaweb.net

Pertindihan perintah daripada dua mahkamah yang berbeza ini perlu diberi perhatian dengan lebih serius.

Image via thestar.com.my

“Ini ekoran berlaku pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil seperti dalam kes Izwan dan Deepa."

ismaweb.net

"Maka di sini, perlunya satu penyelesaian menyeluruh jangka panjang bagi menangani isu ini agar mampu membawa kebaikan serta keadilan kepada semua pihak terbabit,” demikian menurut Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Sembilan, Tuan Hanif Hassan.

ismaweb.net

You may be interested in: