seismik

'Buku 555' Yang Orang Dulu-Dulu Pakai Untuk Kutip Hutang Kini Dinaik Taraf Menjadi App

Buku paling 'legend' mendapat nafas baru!

Cover image via SAYS

Masih ingat lagi Buku 555? Inilah buku kecil yang selalunya mak ayah dan pakcik makcik kita gunakan dulu untuk kutip hutang.

Sehingga sekarang, Buku 555 masih ada dijual di sesetengah kedai runcit.

Satu syarikat start-up tempatan, Data & Roses telah memberi nafas baru kepada Buku 555 dengan mengubah suainya menjadi sebuah aplikasi mudah alih

Image via SAYS

Sama seperti Buku 555, aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan dengan ciri-ciri yang cukup basic bagi membantu anda menyimpan rekod hutang yang belum dibayar.

Terdapat juga pilihan untuk beralih dari BM ke Bahasa Inggeris. Tetapi kami rasa BM tampak lebih menarik dan lebih dekat di hati kerana penggunaan bahasanya yang bersahaja.

Antara muka yang simple dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Kau Hutang' dan 'Orang Hutang'

Image via SAYS

Untuk menambah entri, sentuh saja pada butang untuk mengisinya.

"Muka surat" direka bagi meniru rupa sebenar Buku 555. Setiap hutang juga diletakkan tarikh kemasukan entri untuk anda melihatnya dengan lebih mudah.

Bahagian 'Semua Sekali' sangat berguna untuk melihat nilai bersih daripada semua hutang anda

Image via SAYS

Anda ada lebih banyak hijau atau merah? Hehe.

Sebagai langkah keselamatan, anda dikehendaki memasukkan kod laluan 4 digit setiap kali anda ingin menggunakan aplikasi

Image via SAYS

Buku 555 boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk iOS.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah try Makanjom?

Korang dah layan?

You may be interested in: