seismik

'Dah Masuk Neraka Ke?' - Arlina Banana Dikecam Lebih Teruk Selepas Umum Nak Bunuh Diri

Tweet kejam yang dilontar kepada Arlina Banana ini membuktikan masyarakat kita sudah tenat.

Cover image via SAYS

Kecoh dan hiruk-pikuk suasana penduduk Twitterjaya apabila Arlina Banana mengesahkan bahawa beliau akan bunuh diri tatkala tidak tahan dibuli dengan kejam di alam siber

Image via postimg.org
Image via postimg.org

Selepas megeluarkan kenyataan di atas, Arlina Banana dengan tweethandle @arlinabanana terus lenyap di Twitter. Akaun beliau sudah dilupuskan serta-merta.

Kejap, siapa sebenarnya Arlina Banana ni?

Arlina Banana pernah tersenarai dalam sebuah artikel di soscili.my pada 22 April lalu hasil tulisan Aisyah Razak yang berjudul '5 Belia Malaysia Yang Awesome'. Dalam artikel tersebut, Arlina tersenarai bersama belia hebat yang lain iaitu Syed Azmi dan Syed Saddiq.

Baca sedikit info mengenai Arlina Banana di bawah:

Arlina menulis buku berjudul 'Pujuk'.

Image via Instagram @arlinabanana

Arlina adalah seorang personaliti yang popular dengan video-video lawak yang terselit mesej disebaliknya. Bercerita mengenai approach beliau dengan menggunakan social media sebagai jalan alternatif untuk beritahu orang ramai untuk “love yourself”, beliau mengatakan social media adalah escapism untuk dirinya.

“Saya tulis untuk motivasikan diri sendiri dan secara jujur membuat video-video itu semua hanyalah untuk hiburan semata-mata. Tiada sebarang niat untuk spread positivity, mungkin orang yang membacanya merasakan dirinya relatable dengan apa yang saya sampaikan.” – Airlina dalam temubual dengan SOSCILI.

soscili.my

Projek 'My Date is a Book'.

Image via Instagram @arlinabanana

Arlina adalah seorang anak muda yang berusaha gigih untuk membasmi stereotaip orang kita terhadap kecantikan fizikal terutama sekali berat badan. Dia sering kali memuat naik kata-kata semangat di laman sosialnya yang rata-rata mendapat beribu shares. Benda yang bagi kita biasa-biasa sahaja tetapi orang macam ini lah dunia perlukan untuk menyebarkan benda-benda positif.

“Pada mulanya yes, memang saya agak kecewa bila orang make fun of my appearance rather than apa yang saya cuba katakan. Anda tak boleh paksa orang untuk dengar kata-kata anda. Kalau mereka tidak berminat dengan apa yang saya cuba katakan dan memilih untuk make fun of my physical appearance, biarkan. Dan saya selalu ingatkan pada diri sendiri untuk tidak memilih untuk terganggu dengan perkara remeh-temeh. ada banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan," kata Arlina.

soscili.my

Projek 'Glass of Hope'.

Image via Instagram @arlinabanana

Antara projek yang dihasilkan oleh Airlina adalah ‘Glass of Hope’ iaitu botol kaca yang mengandungi nota-nota kecil untuk menaikkan semangat kita tatkala kita jatuh dan juga ‘My Date is a Book’, iaitu projek yang mengajar orang ramai untuk tidak menilai seseorang berdasarkan fizikal semata-mata.

Sebagai bekas pelajar perubatan, Arlina ini walaupun sekarang dalam arena yang berbeza tapi dia masih lagi berusaha dalam mendidik rakyat Malaysia kepada minda yang sihat – untuk menjadi positif! Akhir sekali, nasihat Airlina kepada anak muda di luar sana, dia berkata:

“Utamakan pendapat anda. Memang amat mudah untuk kita berasa kasihan pada diri sendiri apabila menyentuh perihal panampilan diri. Selalu ingatkan diri kita yang masih ada banyak lagi hal-hal penting untuk kita fikirkan daripada physical apperance. Fokus kepada benda yang anda boleh ubah seperti skill, attitude dan karakter peribadi.”

soscili.my

Balik semula ke Twitterjaya.

Selepas pengumuman bunuh diri Arlina tersebar, orang ramai mula memberi respon. Dan rata-ratanya tidak enak untuk dibaca.

Image via postimg.org
Image via postimg.org
Image via postimg.org

Pelbagai kenyataan kejam membanjiri Twitterjaya. Selain gemuk, ada yang cakap Arlina ni attention seeker, tak ada otak, bodoh, dan sewaktu dengannya.

Image via postimg.org
Image via postimg.org
Image via postimg.org

Ada juga yang tanya, "Arlina dah mati ke belum?" sampai sentuh bab syurga dan neraka seperti orang maksum yang tak pernah buat dosa

Image via postimg.org
Image via postimg.org

Arlina dikecam begitu teruk sehinggakan orang yang menyokong beliau turut dicemuh dan disuruh sama-sama bunuh diri

Image via postimg.org

Dan baaaaaanyak lagi...

Image via postimg.org
Image via postimg.org
Image via postimg.org

Sejarah berulang kembali. Menurut seorang kenalan kepada Arlina, beliau sebelum ini juga pernah terfikir untuk membunuh diri.

Malah, penyakit BPD (boderline personality disorder) yang dialami beliau memang serius.

Arlina turut penah mengelar lengannya sebelum ini. Beliau bagaimanapun terselamat selepas segera dikejarkan ke hospital.

Image via postimg.org

Jadi, kalau cemuhan anda menjadi salah satu penyebab Arlina membunuh diri, adakah anda berasa bangga? Rasa puas hati?

Image via SAYS

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tengoklah betapa hebatnya orang kita cemuh bila anak Melayu masuk Asia's Next Top Model:

You may be interested in:

Leave a comment