seismik

Diperkaya Dengan Ekstrak Kunyit Nano Curcumin, Athena Health Perkenalkan Hanaa Seri Shot

Khusus buat wanita berusia 18 hingga 65 tahun, Hanaa Seri Shot membantu penggunanya mendapatkan kulit yang lebih lembap dan fresh.

Cover image via @hanaaofficialmy (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memilki kulit mulus atau putih, bersih dan sihat menjadi idaman ramai bagi meningkatkan keyakinan diri

Bukan mudah mendapatkan dan mengekalkan kulit sebegitu. Penjagaan amat penting dan perlu diberikan perhatian dalam memilih produk kecantikan dan kesihatan yang betul.

Apabila berbicara tentang produk kesihatan di pasaran, pelbagai produk ditampilkan dengan masing-masing menerapkan penggunaan ramuan dan bahan tersendiri.

Untuk itu, sebuah syarikat tempatan meningkat naik, Athena Health Technologies Sdn. Bhd. (Athena Health) juga tidak ketinggalan memperkenalkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan khusus buat wanita berusia 18 hingga 65 tahun.

Produk minuman kesihatan terbaharu, Hanaa Seri Shot yang diperkaya dengan ekstrak kunyit nano curcumin ini telah melalui kajian bersama dua buah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia di bawah Toxicology, Advanced Medical & Dental Institute yang terletak di Bertam, Pulau Pinang serta Universiti Malaya di bawah Pusat Kajian Produk Semulajadi dan Penemuan Dadah.

Menurut Pakar Pemakanan dan Saintis Makanan, Nur Izzati Yasmin Safri, Hanaa Seri Shot memberi tumpuan kepada kemampuan dan kebolehcapaian penjagaan kulit berkualiti tinggi.

“Tidak banyak produk berasaskan kunyit di pasaran, jadi kami lakukan kajian dan dapati kunyit merupakan tumbuhan asli yang memiliki pelbagai kebaikan kepada kesihatan.

“Kita tahu kunyit digunakan oleh nenek moyang kita dari dahulu lagi, dan pada masa kini kita transformkannya menjadi satu makanan tambahan bukan untuk wanita malah sesiapa sahaja juga boleh amalkannya,” katanya.

Beri kesan penyerapan yang lebih pantas untuk tubuh badan iaitu 33 kali lebih cepat daripada produk biasa

Jelas Nur Izzati Yasmin lagi, kandungan curcumin dan Athemin bersaiz nano iaitu bahan aktif dengan sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang tinggi memberi kesan penyerapan yang lebih pantas untuk tubuh badan iaitu 33 kali lebih cepat daripada produk biasa.

Malah, bahan mentah utama lain iaitu NMN atau Nicotinamide Mononucleotides untuk meningkatkan lagi kadar keberkesanan. NMN merupakan bahan terbaharu yang memberi fokus kepada kecantikan kulit.

Dalam pada itu, Pegawai Pemasaran Athena Health, Ummu Kalthum Abdul Hi dan Nur Najah Ahmad Tarmizi, memberitahu, produk ini baru dilancarkan penghujung tahun lepas dan mendapat respon yang baik dari pengguna yang telah menggunakannya.

“Banyak respon yang baik diterima, antaranya produk ini sangat membantu mengatasi masalah kulit kering pada wajah seawal seminggu penggunaanya.

“Hanaa Seri Shot adalah produk bernotifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masih lagi dalam proses permohonan pensijilan halal Malaysia.

“Buat masa ini, kami belum lagi membuka apa-apa sistem ejen dan stokis, kami perlu bina asas kukuh bagi penjenamaan dan pemasaran bagi memberi awareness kepada orang ramai tentang produk ini terlebih dahulu,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh dapatkan di laman web www.hanaa.com.my!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: