seismik

Ketiak Anda Hitam? Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Berbahaya. Awas!

Jeng jeng jeng!

Cover image via orami.co.id

Pernahkah anda terfikir bahawa di sebalik kondisi ketiak hitam, terdapat petanda bahawa individu itu sebenarnya mungkin menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya

Image via blogspot.com

Kebiasaannya, bahagian bawah lengan atau ketiak akan mempunyai warna yang sama dengan kulit.

Akan tetapi, terdapat satu kondisi yang akan menyebabkannya berubah warna menjadi gelap dan kondisi itu dinamakan Acanthosis Nigricans (AN). Ia merupakan kondisi kulit yang boleh menyebabkan perubahan pigmentasi dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Menurut pakar, AN merupakan kondisi yang disebabkan oleh genetik. 

Namun begitu, AN juga merupakan indikator awal bahawa individu yang mengalaminya menghidapi beberapa jenis penyakit berbahaya seperti:

Obesiti

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti lebih mudah terdedah kepada kesan insulin. Kandungan insulin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan pertambahan dalam penghasilan sel pigmentasi kulit lalu mengakibatkan kulit menjadi gelap.

Diabetes

Individu yang mempunyai obesiti selalunya turut menghidapi diabetes terutamanya diabetes jenis 2. Anda yang menghidapi kedua-dua kondisi ini harus berhati-hati kerana ia akan meningkatkan risiko kondisi AN.

Image via labroots.com

Sindrom hormon

Terdapat beberapa kondisi yang mampu mengubah paras insulin lalu mengakibatkan AN. Kondisi tersebut termasuklah:

  • Sindrom ovari polisistik
  • Sindrom Cushing
  • Sindrom Acromegaly
  • Sindrom Hypothyroidsm

Kanser

Terdapat beberapa kes yang membuktikan bahawa perubahan warna kulit pada ketiak merupakan petanda awal kanser. Jika ini berlaku, selalunya kanser tersebut akan menyerang perut, hati atau kolon.

Pertumbuhan tumor pada kawasan ini merupakan punca pigmentasi kulit berubah warna. Selain ketiak dan bahagian badan yang lain, perubahan warna kulit ini juga boleh dilihat pada sekitar mulut anda. Kondisi ini dinamakan sebagai malignant acanthosis nigricans.

Image via bbci.co.uk

Selain daripada penyakit-penyakit berbahaya di atas, ketiak hitam juga mungkin merupakan kesan daripada pengambilan ubat-ubatan seperti:

  • Insulin
  • Hormon pertumbuhan
  • Pil perancang
  • Corticosteroids, seperti prednisone (Rayos)
  • Niacin (Niacor) yang berdos tinggi

Apakah yang perlu anda lakukan?

Pertama sekali, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan jika benar anda menghidapi penyakit-penyakit seperti yang dinyatakan. Jika tidak dan ketiak hitam anda hanyalah disebabkan faktor kebersihan, pilih produk kesihatan yang sesuai dengan kulit anda.

Irene punya ketiak memang putih guys.

Image via cdninstagram.com

Jika masih musykil, dapatkan bantuan pakar kulit untuk membantu anda mengatasi masalah ketiak hitam ini. Pada masa yang sama, anda sewajarnya menjalani gaya hidup yang sihat agar kesihatan, kebersihan, dan kecantikan anda sentiasa pada tahap yang baik.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Image via says.com

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook  

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel daripada Hello Doktor DI SINI:

You may be interested in: