seismik

Pasangan Ibu Bapa Malaysia Ditahan Di Sweden Kerana 'Mendera' Anak 12 Tahun

Anak 12 tahun seorang kakitangan Tourism Malaysia di Sweden dipukul apabila tidak menunaikan solat. Apa yang berlaku selepas itu menyebabkan perpisahan ibu bapa dan anak-anak yang dirasai rakyat tempatan.

Cover image via The Star

[TERKINI] Pasangan Malaysia Di Sweden Kini Bebas Dari Penjara Dan Dibenarkan Pulang

Selepas menjalani hukuman penjara selama 14 bulan, Norshalwati Norshal dibebaskan pada 29 September 2014 dan akan kembali ke pangkuan suami dan anak-anaknya di Malaysia.

therakyatpost.com

Shalwati memeluk kakaknya, Noor Azila Makhzan selepas bebas dari Penjara Hinseberg.

Image via hmetro.com.my

Ibu kepada empat orang anak itu yang merupakan seorang guru bagaimanapun belum lagi dijadualkan tarikh kepulangannya dan hanya akan diketahui beberapa hari lagi.

therakyatpost.com

“Syukur, semua sudah berakhir,” kata Shalwati. Dia jelas tidak sabar untuk kembali ke Malaysia untuk bersama pangkuan keluarga selepas berpisah sejak Disember tahun lepas.

maklumat.my

Manakala Suaminya, Azizul Raheem Awaluddin Yang Turut Dipenjarakan Telah Bebas Pada 9 Julai Dan Pulang Ke Tanahair Pada 15 Julai Lepas

Azizul dipeluk anak-anaknya sebaik tiba di KLIA pada 15 Julai 2014.

Image via malaysiaharmoni.com

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas kerana hanya tidak bersolat.

therakyatpost.com

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

therakyatpost.com

Anak-Anak Pasangan Itu Yang Kini Berada Di Kota Bharu, Kelantan Nyata Teruja Dan Tidak Sabar Untuk Menemui Ibu Mereka Sejak Terpisah Selama 9 Bulan

Sementara itu, empat orang anak Shalwati, Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, nyata teruja apabila masing-masing berpeluang melepaskan rindu dengan ibu mereka yang terpisah sejak sembilan bulan lalu melalui panggilan video.

kosmo.com.my

Empat anak Shalwati dan Azizul, Aisyah, Arif, Adam dan Ammar.

Image via bharian.com.my

Dalam perbualan selama 10 minit itu, Shalwati dengan nada sebak kegembiraan turut mengucapkan rindu kepada anak-anaknya.

kosmo.com.my

Shalwati berkata, dia gembira mendengar suara anaknya dan bersyukur mereka dalam keadaan sihat. "Perbualan ringkas itu sangat bermakna dan ia berbeza berbanding menghubungi mereka ketika berada di penjara,” katanya.

hmetro.com.my

Saksikan Video Pembebasan Shalwati DI SINI:

28 Mac: Pasangan Malaysia Di Sweden Bersalah Dan Dipenjara Sehingga 14 Bulan

Image via astroawani.com

Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat, 28 Mac 2014.

mstar.com.my

Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan manakala Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.

mstar.com.my

Mereka Juga Diminta Untuk Membayar Pampasan Sehingga RM52,000 Kepada Anak-Anak Mereka Sendiri

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan 67,200 krona (RM33,909) manakala Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan 36,400 krona (RM18,367) kepada anak mereka.

mstar.com.my

Hakim, Matthias Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

bernama.com

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

bernama.com

Ahli Keluarga Azizul Dan Shalwati Tidak Merancang Untuk Membuat Rayuan

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

bernama.com

"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita."

bernama.com

Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang lain, kita nak komen lebihpun tak boleh," katanya.

mstar.com.my

Keempat-Empat Anak Shalwati Dan Azizul Tabah Menerima Keputusan Mahkamah

Keempat-empat anak pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh mahkamah di Sweden pada Jumaat, menerima keputusan itu dengan tabah walaupun sedih.

mstar.com.my

Anak-anak pasangan warga Malaysia yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden, Ammar, 12, Adam, 11, Arif, 7 dan Aisyah, 14.

Image via mstar.com.my

Ibu saudara empat beradik itu, Shaleena Norshal, berkata ketika beliau memberitahu keputusan mahkamah itu, mereka dapat menerimanya dengan tenang.

bernama.com

"Saya maklumkan perkara tersebut selepas solat Maghrib semalam dan memang mereka sedih tetapi saya dapat lihat ketabahan mereka. Jadi mereka memahami dan bersyukur yang ibu bapa mereka hanya dikenakan hukuman penjara minimum," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.

mstar.com.my

17 Mac: Apakah Yang Bakal Diputuskan Untuk Pasangan Malaysia Di Sweden Pada 28 Mac?

Hari ke-11 dan hari terakhir perbicaraan di mahkamah Daerah Solna juga menyaksikan hujah penutupan kedua-dua peguam pertahanan dan pendakwa.

astroawani.com

Menurut seorang ahli keluarga yang menghadiri pendengaran itu, kedua-dua Shalwati dan Azizul tampak tenang sepanjang perbicaraan dan gembira kerana mereka kini boleh berjumpa keluarga dan rakan-rakan mereka selepas begitu lama.

astroawani.com

Walaupun Begitu, Kedua-Dua Mereka Masih Berada Dalam Tahanan

Pelbagai kemungkinan muncul terhadap pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana memukul anak-anak mereka, selepas mahkamah memerintahkan mereka kekal dalam tahanan sementara menunggu keputusan diumumkan pada 28 Mac.

mstar.com.my

Hakim Daerah Mattias Möller memutuskan bahawa Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Norshal berisiko melarikan diri, dengan itu mereka perlu kekal dalam tahanan.

mstar.com.my

Anne Arnell Menggesa Mahkamah Untuk Mengenakan Hukuman Yang Lebih Berat Kepada Pasangan Tersebut

Arnell menyeru supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pasangan ini iaitu hukuman penjara selama dua tahun setengah kepada Shalwati dan dua tahun bagi Azizul.

astroawani.com

Beliau juga mencadangkan supaya pasangan itu diusir dari Sweden selepas menjalani hukuman mereka.

mstar.com.my

Samada Azizul Dan Shalwati Bersalah Atau Tidak, Sama-Sama Kita Tunggu Keputusan Mahkamah 28 Mac Ini

13 Mac: Pasangan Malaysia Di Sweden Mungkin Terlepas Hukuman Penjara

Azizul dan Shalwati bersama anak-anak mereka

Image via imgur.com

Hari kesepuluh perbicaraan ini juga menyaksikan perbincangan mengenai kemungkinan bagi Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awaluddin menjalankan khidmat masyarakat jika didapati bersalah melanggar integriti anak-anak mereka.

astroawani.com

Memandangkan tiada rekod sebelumnya bagi kedua-dua mereka, hakim berkata khidmat masyarakat boleh menjadi alternatif selain hukuman penjara.

astroawani.com

Peguam Shalwati, Kristofer Memaklumkan Bahawa Hukuman Khidmat Masyarakat Itu Tidak Memberi Makna Mahkamah Telah Membuat Keputusan

Kristofer Stahre

Image via ytimg.com

Kristofer kemudian memberitahu pemberita bahawa perbincangan kemungkinan melaksanakan hukuman khidmat masyarakat tidak bermakna mahkamah telah membuat keputusan dan hanya satu cara alternatif yang difikirkan.

mstar.com.my

Beliau berkata khidmat masyarakat boleh terdiri daripada sebarang perbuatan termasuk membantu warga tua, bekerja di sebuah kedai terpakai dan sebagainya.

mstar.com.my

Tetapi kita tidak lagi sampai ke peringkat itu (keputusan bersalah). Saya bertekad untuk melihat Shalwati dibersihkan daripada semua caj," kata Kristofer.

mstar.com.my

5 Mac: Anak Kedua Pasangan Malaysia Di Sweden, Ammar Diperakui Pernah Dipukul Ibunya

"Ammar telah bergaduh dengan kakaknya, jadi saya memberitahu dia supaya mengambil wuduk (air sembahyang) kerana orang Islam percaya ia boleh membantu membuatkan seseorang itu bertenang," katanya kepada mahkamah daerah Solna, Rabu (5 Mac).

mstar.com.my

Walau bagaimanapun, apabila Ammar pergi ke bilik air dia mula mengamuk dan menunjukkan kemarahan meluap-luap dengan menghentak-hentakkan dan membaling barang-barang.

mstar.com.my

Ammar dipukul di bahu kerana hilang kawalan dan mengamuk setelah bergaduh dengan Aisyah dan Shalwati memukulnya agar dia bertenang. Ketika itu, Ammar lebih kelihatan terkejut daripada berada dalam kesakitan.

astroawani.com

Walau Bagaimanapun, Shalwati Menafikan Semua Tuduhan Lain Berhubung Layanan Buruknya Terhadap Ammar

Shalwati menjelaskan setiap kejadian secara terperinci dan menggambarkan Ammar sebagai seseorang yang suka menokok- tambah dan memperbesarkan cerita.

mstar.com.my

Apabila ditanya jika dia telah 'menarik telinga Ammar sehingga tangannya terketar-ketar' kerana kerja rumah Matematik, Shalwati dengan tiba-tiba menjawab,"ia satu lagi perkara yang diada-adakan."

mstar.com.my

Dia juga mengaku tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dalam mendisplinkan anak-anaknya namun, tidak pernah melanggar integriti mereka seperti yang didakwa.

astroawani.com

4 Mac: Tujuan Beli Rotan Dan Pukul Anak Didedahkan Pasangan Malaysia Di Sweden

"Tujuan memukul adalah untuk membuatkan anak-anak tahu mereka melakukan kesalahan, bukan untuk membuat mereka menderita atau berasa sakit," kata Azizul.

mstar.com.my

Azizul berkata, dia memukul anak-anaknya kira-kira dua sehingga tiga kali dalam setahun sebelumnya ketika keluarganya masih berada di Malaysia dan Afrika.

mstar.com.my

Memukul anak samada di rumah atau di sekolah diharamkan di Sweden, negara pertama di dunia yang mengharamkan apa-apa bentuk hukuman fizikal ke atas kanak-kanak.

themalaysianinsider.com

Azizul Turut Disoal Mengenai Sebatang Rotan Dimilikinya

"Ketika kamu berada di negara asing, kamu akan cuba membuatkan anak-anak mengetahui adat resam Malaysia."

themalaysianinsider.com

"Saya menjelaskan bahawa rotan itu digunakan oleh guru untuk mendisiplinkan anak murid, jadi mereka tidak akan mengalami kejutan budaya apabila mereka pulang ke negara asal mereka," katanya.

themalaysianinsider.com

Azizul Menjelaskan Dia Menjadi Kurang Tegas Selepas Mendapati Anak Ketiganya, Adam Mempunyai Masalah Pembelajaran

Image via pingje.org

Azizul menjawab bahawa dia menjadi kurang tegas selepas anak ketiganya, Adam, dikeluarkan dari tadika di Afrika disebabkan oleh masalah pembelajaran.

mstar.com.my

"Selepas itu saya tidak begitu tegas, saya sedih apabila Adam dihantar ke sekolah kanak-kanak kurang upaya," kata Azizul, sambil mengelap air matanya.

mstar.com.my

25 Feb: Anak Sulung Pasangan Malaysia Di Sweden, Aishah Memberi Keterangan Yang Samar-Samar

Image via imgur.com

Aishah, yang kelihatan mengelak dalam wawancara susulan yang telah dirakam, berkali-kali berkata bahawa dia tidak pasti atau telah lupa mengenai butiran peristiwa yang menjangkau dua tahun lepas.

mstar.com.my

"Saya tidak berasa selesa memberitahu mengenai perkara ini. Bagi saya, ia adalah rahsia . Ianya memalukan. Adalah lebih baik untuk tidak bercakap kepada sesiapa," kata Aishah.

mstar.com.my

"Ibu Memberi Amaran dengan Menakut-Nakutkan Kami Menggunakan Penyangkut Baju," Jelas Aishah

Image via mstar.com.my

"Dia (ibu) memberi amaran dengan menakut-nakutkan kami. Saya sudah biasa dengan perkara itu, jadi saya tidak berasa takut dan hanya melakukan apa yang dia beritahu saya untuk buat," kata Aishah.

mstar.com.my

Aishah enggan menyatakan sebarang insiden baru-baru ini yang melibatkan bapanya, berkata "Saya benar-benar terlupa mengenainya."

mstar.com.my

"Saya mempunyai ingatan yang lemah. Saya mudah terlupa sesuatu perkara," kata Aishah, dalam satu temubual yang dirakam.

mstar.com.my

Aishah Walau Bagaimanapun Mengaku Bahawa Dia Rasa Sangat Tersasing Dengan Kedua-Dua Ibu Bapanya

"Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya. Saya lebih rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar," tambah Aishah.

mstar.com.my

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

mstar.com.my

Hanya Kerana Dua Pasang Seluar Jeans, Aishah Turut Dimarahi Ibunya

"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.

mstar.com.my

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

mstar.com.my

20 Feb: Pendedahan Surat Permohonan Maaf Anak Kedua Pasangan Malaysia Di Sweden Menyentuh Hati Ramai Pihak

Ammar (tengah) bersama dua adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan)

Image via peraktoday.com.my

“Mummy, I am sorry. It was my anger that started this. I will always love you and nothing will change that.” He ended with PS I will always love you.” – Ammar

wanista.com

” Ibu , saya minta maaf . Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “

wanista.com

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku.

beritasemasa.com.my

Dikatakan Ammar Merupakan Seorang Yang Suka Membesar-Besarkan Sesuatu Cerita Seperti Yang Didedahkan Oleh Kristofer Stahre

Image via ytimg.com

Sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya.

blogspot.com

Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita.

beritasemasa.com.my

Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype, mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

beritasemasa.com.my

Ammar Menerangkan Tiga Insiden Yang menyebabkan Dia Dipukul Menerusi Rakaman Video Dibuat Oleh Polis

Image via abnxcess.com

Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapkan kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

blogspot.com

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul ‘lebih seribu kali‘ dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.

beritasemasa.com.my

Ibunya, Shalwati Nurshal dilihat mengesat matanya dengan tisu apabila mendengar kata-kata anaknya itu.

mstar.com.my

18 Feb: Pasangan Malaysia Di Sweden Menitis Air Mata Pada Hari Pertama Bicara

Image via mynewshub.my

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan ketika dihubungi Bernama berkata pasangan itu amat gembira apabila bertemu satu sama lain dan anggota keluarga semasa perbicaraan.

mynewshub.my

"Ini kali pertama Azizul dan Shalwati (direman berasingan) dapat melihat muka masing-masing. Shalwati menitis air mata melihat Azizul."

yahoo.com

“Dia dan Azizul juga melambai tangan melihat keluarga dalam mahkamah,” katanya yang tiba di Stockholm pagi semalam.

mynewshub.my

Menurut Noor Azila, Pendakwa Mengemukakan Rotan, Pemukul Permaidani Dan Penyangkut Baju Sebagai Alat Yang Telah Digunakan

"Barang kes ditunjuk kepada Azizul dan Shalwati melalui peguam mereka di mana Azizul dan Shalwati tidak mengaku memukul anak-anak mereka dengan barang kes tersebut," katanya.

yahoo.com

Tiada Saksi Dipanggil Oleh Pihak Pendakwa Untuk Memberi Keterangan Pada Hari Pertama Perbicaraan

Datuk Khairul Anwar Rahmat

Image via blogspot.com

Tiada saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan pasangan rakyat Malaysia di mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

malaysiaedition.net

Khairul Anwar berkata perbicaraan sebaliknya menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan rakaman video polis Sweden dengan anak bongsu pasangan itu, Arif. Beliau berkata, Sukaguam dimaklumkan bahawa tiada orang dewasa atau jiran pasangan itu akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

malaysiaedition.net

Perbicaraan bermula pukul 9 pagi dan dijangka berlangsung selama dua minggu kemudian ditangguhkan pada 5 petang (12 malam waktu Malaysia) dan akan bersambung semula pukul 9 pagi esok.

mynewshub.my

10 Feb: Siasatan Mendapati Pasangan Suami Isteri Malaysia Di Sweden Memukul Anak-Anak Mereka Sebanyak 22 Kali

Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal didakwa secara berasingan di Mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden semalam atas pertuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.

kosmo.com.my

Anne Arnelle

Image via dailymail.co.uk

Pendakwa Raya Anne Arnelle dalam satu kenyataan berkata, Shalwati Norshal dan suaminya Azizul Raheem Awalludin dituduh mengasari anak-anak mereka dari 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013, di kediaman mereka di Sweden.

bharian.com.my

Shalwati Didakwa Memukul Dan Mendera Anaknya Ammar Sebanyak 11 Kali, Adam Sebanyak Tiga Kali, Ariff Empat Kali Dan Aisyah Empat Kali

Azizul dan Shalwati

Image via mylaunchpad.com.my

Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.

astroawani.com

Kertas pertuduhan setebal sebelas muka surat diserahkan pendakwa Anna Arnell kepada Mahkamah Daerah Solna di sini, tadi.

hmetro.com.my

Pasangan berkenaan dijangka akan dibicarakan selama 10 hari bermula 18 Februari ini atas kesalahan yang berulang-ulang antara 2010 sehingga tahun lalu

utusan.com.my

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre Akan Membuat Rayuan Di Mahkamah Supreme Sweden

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre akan membuat rayuan di Mahkamah Supreme Sweden supaya membebaskannya daripada reman sementara menunggu perbicaraan memandangkan keempat-empat anak mereka telah pulang ke Malaysia.

utusan.com.my

Pendakwaan terhadap pasangan berkenaan disahkan oleh Stahre kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

utusan.com.my

9 Feb: Pasangan Suami Isteri Akan Didakwa Esok

Pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden
bagi membolehkan siasatan terhadap insiden tangan anak lelaki mereka dikatakan
dipukul, dijangka didakwa di mahkamah daerah Stockholm esok (10 Feb).

yahoo.com

Kristofer Stahre, peguam bagi Shalwati Nurshal, ibu kanak-kanak itu, berkata
pendakwa, Anna Arnelle memberitahu beliau (Stahre) bahawa ia akan mengemukakan
dakwaan itu terhadap pasangan berkenaan.

yahoo.com

"Jika pendakwa mengemukakan dakwaan, beliau (Anna) berkemungkinan besar akan
mengemukakannya terhadap kedua-dua ibu bapa itu."

yahoo.com

Dakwaan itu akan menjadi rasmi pada 10 Feb, jam 11.00 pagi (6 petang waktu Malaysia).

yahoo.com

Tempoh Reman Azizul Raheem Awaluddin Dilanjutkan 11 Hari Lagi

Tempoh tahanan reman rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin di Sweden dilanjutkan selama 11 hari lagi atas dakwaan memukul anak lelakinya.

astroawani.com

Pendakwa Anna Arnell meminta mahkamah melanjutkan tempoh tahanan kerana bimbang Azizul akan melarikan diri ke Malaysia dan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

astroawani.com

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 10 Februari nanti. Sementara perbicaraan untuk isterinya, Shalwati Nurshal akan dijalankan esok.

astroawani.com

[VIDEO] Anak-Anak Azizul Dan Shalwati Akhirnya Bertemu Ibu Saudara Di Kedutaan Malaysia

Unsupported video platform
Unsupported video platform
Image via akamaihd.net

Khairy Jamaluddin juga sempat berbual bersama anak-anak Azizul Raheem dan Shalwati Nurshal via Facetime.

Image via imgur.com

Anak-anak Azizul Raheem dan Shalwati Nurshal di Kedutaan Malaysia di Sweden.

Image via akamaihd.net

Anak bongsu Azizul Raheem dan Shalwati Nurshal, Arif.

Image via akamaihd.net

Anak-anak pasangan Azizul Raheem dan Shalwati Nurshal di Kedutaan Malaysia bersama SukaGuam dan Pemuda UMNO.

Image via akamaihd.net

Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden Setuju Beri Hak Penjagaan Kepada Keluarga Angkat Islam

Unsupported video platform

Pasangan suami isteri rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang ditahan pihak berkuasa Sweden bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak-anak mereka kepada keluarga angkat yang beragama Islam.

utusan.com.my

Keluarga Azizul Raheem dan Shalwati Nurshal.

Image via imgur.com

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, penyerahan hak penjagaan anak-anak mereka kepada keluarga angkat akan berlangsung malam ini (waktu Malaysia).

utusan.com.my
Image via imgur.com

Anak Pasangan Sweden Pindah Ke Keluarga Islam Tidak Lama Lagi

Perkara itu disahkan seorang pegawai tertinggi Khidmat Sosial kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous hasil pertemuan kedua-dua pihak petang ini waktu tempatan di Stockholm.

themalaysianinsider.com

"We hope the matter could be resolved soon," he told the Malaysian media after the meeting in Stockholm.

yahoo.com

Khidmat Sosial Stockholm akan memindahkan anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa tempatan sebelum ini kepada sebuah keluarga Islam Malaysia dalam masa terdekat.

themalaysianinsider.com

Laman Web Antarabangsa Seperti Buzzfeed Dan BBC News Juga Telah Melaporkan Tentang Kes Azizul Raheem

Image via imgur.com

Wartawan, Tasneem Nashrulla telah melaporkan tentang kes ini di laman web popular Amerika Syarikat, Buzzfeed.

buzzfeed.com

Beliau juga telah merujuk kepada beberapa sumber tempatan seperti The Star Malaysia, Astro Awani dan memuat naik beberapa pos Twitter dari rakyat Malaysia untuk menekankan betapa serius kes ini.

buzzfeed.com

Laporan BBC News tentang isu pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden.

Image via imgur.com

BBC News juga telah melaporkan tentang kempen yang dijalankan oleh rakyat Malaysia sebagai satu inisiatif untuk menekankan isu pasangan yang ditahan di Sweden.

bbc.co.uk
Image via imgur.com

Selain itu, sebuah laman web berita dari England bernama The Times juga menekankan tentang kes pasangan warga Malaysia ini.

thetimes.co.uk

Tidak lupa juga, laman web Mirror yang beroperasi di England telah melaporkan tentang kes berkenaan.

mirror.co.uk

Warga Malaysia Mula Bersuara Dengan Hashtag #SwedenLetThemGo

Susulan kes pasangan suami isteri warga Malaysia yang ditahan di Sweden, warga Twitter Malaysia sudah mula bersuara dengan hashtag #SwedenLetThemGo.

astroawani.com

Hashtag ini dimulakan oleh perunding media sosial Joe Lee yang ingin rakyat Malaysia bersatu menerusi Twitter untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan Sweden untuk mempercepatkan kes ini.

astroawani.com
Image via imgur.com

Selain itu, sebuah halaman Facebook 'Bring Shal and Family Home' telah dicipta pada Januari 18 dan telah mendapat sambutan lebih daripada 8,000.

astroawani.com

Kedutaan Akan Bantu Memindah Anak-Anak Pasangan Sweden Kepada Keluarga Islam

Kedutaan Malaysia akan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Sweden untuk menempatkan anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di negara itu dengan keluarga angkat beragama Islam.

mstar.com.my

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, wakil Kedutaan Malaysia sudah mengadakan pertemuan selama dua jam dengan keempat-empat kanak-kanak berkenaan pada Sabtu, demikian lapor Buletin Utama.

mstar.com.my
Image via umno-online.my

Anak Sulung Pasangan Sweden, "Kami Semakin Kerap Dimarahi Keluarga Angkat"

"Today (hari ini), Adam kena marah kerana Fanta (Drink) (minuman)," rintih Aisyah, 14, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.

sinarharian.com.my

Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat itu, bahkan sudah berkali-kali. Adam, 11, difahamkan mempunyai masalah Dyslexia iaitu gangguan dalam pembelajaran.

sinarharian.com.my

"Adam memang ada masalah untuk faham apa yang orang cakap sebab dia ada penyakit...tambah dia juga seorang yang hyperaktif. Dia juga ada masalah nak membaca secara normal, yang dia nampak perkataan terbalik," katanya.

sinarharian.com.my
Image via imgur.com

Adik Kepada Shalwati Berharap Anak-Anak Saudaranya Ditempatkan Dalam Keluarga Angkat Beragama Islam

Sementara itu, adik kepada Shalwati, Shaleena, 40 berkata beliau berharap anak saudaranya ditempatkan dalam keluarga angkat Melayu beragama Islam dari Malaysia.

sinarharian.com.my

"Saya kenal kakak saya, Kak Ti (Shalwati) is a good mother (seorang ibu yang baik), kalau mereka (Sweden) tahan dia dan dakwa dia buat something bad to the children (melakukan sesuatu yang buruk kepada anak-anaknya), saya harap kerajaan mereka lantik keluarga angkat yang boleh jaga anak-anak itu dengan lebih baik, bukan mereka yang diadu anak-anak saudara saya sekarang ini berbuat macam-macam kepada mereka," katanya.

sinarharian.com.my

Azizul Raheem Awalludin Dan Isterinya, Shalwati Nurshal Ditahan Polis Sweden Kerana Memukul Anak 12 Tahun Yang Tidak Menunaikan Solat

Pasangan Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal kini ditahan pihak berkuasa Sweden kerana dituduh mendera salah seorang anaknya.

yahoo.com

Azizul, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati guru sekolah menengah yang bercuti tanpa gaji dilaporkan mendera anak lelakinya berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.

yahoo.com

Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal di Sweden.

Image via The Star

Azizul Raheem Kakitangan Tourism Malaysia Di Stockholm, Sweden Dan Isterinya Ibu Bapa Kepada Empat Anak Berumur 14, 12, 11 Dan 7

Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka

Image via sinarharian.com.my

Kaunselor Sekolah Anaknya Melaporkan Kejadian Itu Setelah Mengetahui Apa Yang Berlaku. Dalam 24 Jam, Azizul Dan Isterinya Ditahan.

“Perhaps after the scolding, the child went to school feeling a bit down and his teacher approached him, asking if something was the matter.

“The boy’s teacher informed the school counsellor. A report was then made by the counsellor and within a day, all the children were taken from the school and their parents were arrested,” said the source.

thestar.com.my

Sejak 14 Disember 2013, Anak-Anak Azizul Dipisahkan Daripada Mereka Dan Ditempatkan Untuk Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Image via Astro Awani

Rumah keluarga angkat anak-anak pasangan terbabit.

Image via Astro Awani

Mereka yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun diuruskan Jabatan Kebajikan Sweden, kini ditempatkan di sebuah rumah keluarga angkat sejak ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa Sweden pada 14 Disember lalu.

illustrasiaku.com

Aisyah, Anak Sulung 14 Tahun Berkata "Kami Tidak Gembira Kerana Keluarga Angkat Bela Anjing."

Anak sulung pasangan itu, Aisyah, berkata beliau dan tiga adik lelakinya berusia 7, 11 dan 12 tahun, ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu.

bharian.com.my

"Keluarga angkat makan makanan tidak halal. Walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi, Jumaat.

bernama.com

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik sumber terdekat kepada pasangan tersebut berkata, Azizul dan isteri sudah meminta pihak berkuasa Sweden agar memindahkan anaknya kepada keluarga angkat lain.

yahoo.com

"Kami Rindukan Mummy Dan Daddy. Kami Nak Balik Malaysia Tapi Mereka Tidak Benarkan. Kami Sedih, Setiap Kali Balik Sekolah Mummy Dan Daddy Tiada."

“We are sad.. we need mummy and daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without them. (Kami sedih... kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).

Image via Berita Harian

"Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy," katanya. "Kami rindukan mummy dan daddy. Kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.

bernama.com

Pakar Psikologi Universiti Islam Antarabangsa Berkata Anak-Anak Pasangan Ini Bakal Rasa Bersalah Dan Tertekan

Image via Astro Awani

Anak-anak itu mungkin berasa tertekan dek kerana terbeban dengan rasa rindu kepada ibu bapa dan orang yang mereka sayangi” kantanya ketika dihubungi Astro AWANI.

“Anak-anak itu juga mungkin dihimpit rasa bersalah kerana mengadu perkara itu kepada rakan-rakannya, sebelum ini.

astroawani.com

Dr. Haryati turut melihat kes yang melibatkan pasangan suami isteri ini perlu dinilai semula sama ada apa yang dilakukan oleh ibubapa ini adalah satu hukuman atau penderaan.

“Kita perlu melihat semula cara didikan ibubapa ini, sama ada didikan yang berlaku kerana anak tidak melakukan tanggungjawab itu menjurus kepada penderaan atau hukuman” katanya lagi.

astroawani.com

Baru-Baru Ini, Kedutaan Malaysia Dibenarkan Oleh Jabatan Kebajikan Sweden Untuk Menghantar Wakil Untuk Bertemu Dengan Keluarga Azizul Di Sweden

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Sweden akhirnya buat pertama kali memberi kebenaran kepada pegawai kedutaan Malaysia untuk bertemu empat anak pasangan suami isteri itu semalam.

illustrasiaku.com

Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden

Image via demotix.com

Kalau Didapati Tidak Bersalah, Azizul Dan Isterinya Masih Akan Hilang Hak Penjagaan Anak-Anak Mereka

Under Swedish law, even if the parents are found not guilty, they still would have lost custody of their children.

To reclaim custody, they would need to apply to the court to get their children back.

thestar.com.my

If the parents are found guilty, there is a mandatory jail sentence of at least nine months.

thestar.com.my

Pada 1979, Sweden Negara Pertama Melarang Anak Dihukum Melalui Fizikal. Negara-Negara Lain Seperti New Zealand, Kenya Dan Norway Turut Mengikuti Larangan Ini.

Sweden, in 1979, was the first to make it illegal to strike a child as a form of discipline. Since then, many other countries in Europe have also instituted bans, as have New Zealand and some countries in Africa and the Americas.

cnn.com

You may be interested in: