Back To School: Kenapa Pendidikan Ini Sebenarnya Penting Untuk Masa Depan Anak-Anak?
Jom baca sampai habis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh RMHC Malaysia.
Kenaikan kos barangan seperti beg, kasut, baju beruniform, buku latihan dan lain-lain mungkin agak membebankan bagi sesetengah ibu bapa dalam menyediakan keperluan untuk anak-anak kembali ke sekolah
Lebih-lebih lagi, bagi golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan, walaupun selepas potong apa yang tidak menjadi keutamaan, masih terasa lagi beban kenaikan harga tersebut.
Namun, sebagai ibu bapa, semestinya mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak dalam keadaan terbaik ketika melangkah ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.
Kerana mereka tahu dengan ilmu pengetahuan terbaik diberikan kepada anak-anak, akan memberikan masa depan cerah kepada generasi masa hadapan.
Oleh itu, jom kita fahami dengan lebih mendalam mengapa pendidikan ini sebenarnya penting untuk masa depan anak-anak dan perlu diambil perhatian.
1. Meningkatkan pemikiran kritikal anak-anak
Pendidikan untuk anak-anak ini penting kerana ia mendorong dan mengajar mereka untuk berfikir secara kritikal.
Pemikiran kritikal berlaku apabila mereka menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara seperti:
- Membuat perbandingan dan kontra
- Memberi sebab berlakunya sesuatu peristiwa
- Menilai idea dan membentuk pendapat
- Memahami pandangan orang lain
- Meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang
- Memikirkan penyelesaian yang kreatif
Memiliki pemikiran kritikal juga merupakan kemahiran asas untuk mendapat penguasaan bahasa dan celik huruf yang baik.
2. Memupuk keyakinan diri anak-anak
Keyakinan diri merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh setiap murid, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial.
Jadi, melalui pendidikan ini mereka belajar untuk mengetahui kebolehan berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran dalam menyelesaikan masalah dengan strategik dan membina hubungan baik dengan orang sekeliling.
3. Dapat membasmi kemiskinan keluarga
Kemiskinan adalah musuh utama kepada kemajuan pendidikan sesebuah negara. Membasmi kemiskinan secara langsung akan membuka peluang lebih baik untuk memajukan pendidikan anak-anak.
Masyarakat berpendidikan dapat menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung mengurangkan kadar kemiskinan.
Melalui pendidikan mereka akan diajar dengan pelbagai kemahiran asas kehidupan yang meningkatkan pemahaman terhadap elemen penting yang memberi kesejahteraan dalam hidup.
Jadi, sebagai ibu bapa kita wajib memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak demi untuk menjamin kehidupan mereka pada masa akan datang.
Yayasan Jaafar Ahmad tampil beri sumbangan 'Pek Kembali Ke Sekolah' buat murid kurang berkemampuan
Untuk pengetahuan anda, Yayasan Jaafar Ahmad telah menyantuni murid kurang berkemampuan ke sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dengan mengagihkan Pek Kembali Ke Sekolah bersama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) sempena sesi persekolahan 2024 baru-baru ini.
Bantuan itu memberi manfaat kepada hampir 1,000 murid Tahun Satu dari 29 sekolah di seluruh Negeri Sembilan, termasuk di daerah Tampin, yang bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada 11 Mac lepas.
Penasihat Yayasan Jaafar Ahmad, Zainudin Jaafar, berkata daripada jumlah keseluruhan penerima itu, lebih 300 daripadanya diberikan kepada murid di sekitar daerah Tampin.
Sejumlah RM150,000 disumbangkan oleh Yayasan Jaafar Ahmad bagi melaksanakan usaha murni ini bagi meringankan lagi beban ibu bapa dalam menyediakan peralatan sekolah untuk anak-anak.
"Inisiatif Pek Kembali Ke Sekolah cukup dekat di hati saya, kerana saya juga pernah jadi anak kecil yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan tahu bagaimana perasaannya apabila mendapat kelengkapan sekolah baharu.
"Selain membantu menaikkan semangat anak ke sekolah, besar harapan saya agar sumbangan ini dapat membantu mereka mencipta kejayaan cemerlang dalam pelajaran serta mengubah nasib keluarga," katanya pada Majlis Penyerahan Pek Kembali Ke Sekolah di Dewan Semai Bakti FELDA Pasir Besar.
Majlis anjuran Yayasan Jaafar Ahmad dengan kerjasama RMHC Malaysia itu turut dihadiri, Presiden RMHC Malaysia, Dato' Azmir Jaafar dan Pengurus Besar RMHC Malaysia, Nasri Nordin.
Untuk rekod, Yayasan Jaafar Ahmad adalah sebuah badan kebajikan yang diasaskan keluarga Dato' Azmir Jaafar dan ditubuhkan bagi membantu golongan kurang bernasib baik serta memerlukan di Negeri Sembilan.
Melalui yayasan itu, mereka sekeluarga menyumbang kepada anak dari sekolah sekitar Negeri Sembilan, termasuk Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar.
Suntik semangat belajar dalam kalangan murid kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah
Menurut Zainudin, Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar cukup dekat di hatinya kerana di situ pendidikan beliau bersama adik-beradik lain bermula sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan seterusnya ke universiti.
Katanya lagi, penubuhan Yayasan Jaafar Ahmad, yang diambil daripada nama bapanya itu bertujuan membantu masyarakat memerlukan khususnya dari sekitar FELDA Pasir Besar dan Negeri Sembilan amnya.
"Sebagai anak jati FELDA ini, inilah antara cara saya dapat menyumbang kembali kepada pihak Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar dan sekolah lain di sekitar daerah dan negeri ini, sekali gus membolehkan lebih ramai anak yang memerlukan menerima manfaat daripada inisiatif Pek Kembali Ke Sekolah ini.
"Saya berharap pemberian Pek Kembali Ke Sekolah ini dapat menyuntik semangat kepada anak ini untuk memulakan alam persekolahan bagi mencapai cita-cita selain dapat meringankan beban kewangan ibu bapa," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!