Bagaimana Kontroversi Wardina Safiyyah Dan Ustaz Don Boleh Tercetus?
Wardina Safiyyah, menjadi isu hangat apabila dia berkongsi tulisan mengenai kompilasi video berjudul, Kompilasi Hadis Palsu dan Pendustaan Don Daniyal, di Facebooknya.
Wardina Safiyyah Mengkritik Penceramah Agama Terkenal, Ustaz Don Daniyal Apabila Mendakwa Kandungan Ceramah Yang Disampaikan Tidak Sahih
Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal apabila mendakwa kandungan ceramah yang disampaikan tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik.
Image via myartis.mySelebriti, Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal apabila mendakwa kandungan ceramah yang disampaikan tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Pada Mulanya, Seorang Netizen Di FB Bernama Nur Puteri Dayana Memuat Naik Sebuah Video Berjudul "Kompilasi Hadis Palsu & Penyelewengan Don Daniyal"
Nur Puteri Dayana telah memuat naik sebuah video berjudul "Kompilasi Hadis Palsu & Penyelewengan Don Daniyal".
Image via facebook.comVideo Yang Mendapat Hampir 2,000 Share Itu Turut Di 'Share' Oleh Wardina Safiyyah Sambil Menyeru Para Ulama' Memeriksa Kandungan Ceramah Ustaz Don
Status Wardina Safiyyah yang mendapat liputan hangat oleh para netizen dan peminat industri hiburan tanah air.
Image via facebook.comSelepas Mendapat Pelbagai Respon Dari Netizen, Wardina Tetap Mempertahankan Tindakannya Dengan Berkata "We Have A Right To Ask. We SHOULD Ask."
Wardina mempertahankan tindakan beliau dengan berkata "We have a right to ask. We SHOULD ask."
Image via facebook.comNur Puteri Dayana Mengagumi Tindakan Wardina Safiyyah Menyokong Agama Islam Melalui Dalil Quran Dan Sunnah
Wardina Safiyyah Bagaimanapun Berkata Dia Langsung Tidak Berniat Untuk Mengaibkan Ustaz Don
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja."

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya.

Apa Pula Kata Ustaz Don Terhadap Tuduhan Yang Dilemparkan?
Ustaz Don telah tampil memberi penjelasan berkenaan video itu, yang didakwanya dihasilkan oleh individu yang tidak dikenali. Menurut Don, adalah tidak adil dengan memuat naik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.
beautifulnara.com“Saya tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna," ujar Ustaz Don.
Image via lilasyifaq.blogspot.com"Apakah niat sebenar memuat naik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya? Adakah bertujuan baik atau sebaliknya? Kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda."
beautifulnara.com"Beliau disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama, bukannya menggunakan ustaz Google, Facebook atau Twitter. Apakah video itu menjadi satu dalil kepadanya untuk menghentam orang lain?"
beautifulnara.com“Saya tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya,” ujar Ustaz Don.