seismik

Jangan Jatuhkan iPhone X Sebab Kos Untuk Ganti Skrin Menelan Sehingga RM1,799

Baik beli phone baru terus. :P

Cover image via SAYS via Mashable

Dah beli iPhone X? Lebih baik jaga elok-elok dan jangan sesekali jatuhkan kerana kos untuk membaiki skrin bukannya murah.

Image via Getty

Manurut sumber dari Machines, kos untuk mengganti skrin iPhone generasi ke-10 ini boleh menelan sehingga RM1,799!

Image via Machines

Harga itu adalah RM1,000 lebih mahal berbanding kos untuk menggantikan skrin pada iPhone 8 dan RM900 lebih mahal daripada iPhone 8 Plus!

Mahal kan?

Tetapi masih ada harapan buat pengguna iPhone X kerana pengedar rasmi produk Apple, Machines baru-baru ini melancarkan 'Machines Protection Plan (MPP)'

Image via Machines

Berharga RM899, pelan yang dikemas kini itu tersedia secara eksklusif buat pelanggan yang membeli iPhone X di kedai Machines dan disokong oleh AON Malaysia sebagai broker insurans.

Dengan pelan itu, pelanggan akan menerima jaminan tambahan selama 1 tahun di atas Jaminan Waranti Apple 1 tahun. MPP juga memperluaskan perlindungan kepada kerosakan tidak sengaja atau kebocoran cecair sepanjang tempoh perlindungan dua tahun.

Pelanggan juga boleh mendapatkan sama ada satu penggantian skrin iPhone atau satu penggantian peranti penuh semasa tempoh liputan

Image via Machines

Walaupun MPP merangkumi segala kos buruh yang dikaitkan dengan penggantian skrin, pelanggan masih perlu membayar yuran perkhidmatan tambahan untuk penggantian peranti penuh dan penggantian bateri.

Sebagai contoh, untuk penggantian peranti penuh iPhone X, pelanggan perlu membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM499 di atas harga MPP iPhone X sebanyak RM899 - yang akan mencecah sehingga RM1,398.

Anda boleh layari laman web rasmi Machines untuk maklumat lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bateri iPhone memang cepat habis kan?

You may be interested in: