seismik

Bajet 2015: Pelaksanaan GST Dan 14 Perkara Yang Rakyat Harapkan

Bajet 2015 bakal dibentang pada Jumaat, 10 Oktober 2014. Usaha kerajaan kali ini dikatakan lebih tertumpu kepada mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Lihat senarai di bawah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang perkara yang bakal dibentangkan.

Cover image via abnxcess.com

1. Pelaksanaan Goods and Services Tax (GST)

Image via ob21.net

Selepas beberapa tahun spekulasi, kerajaan akhirnya memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula secara rasmi pada April 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak .

themalaysianinsider.com

GST akan menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal di paras dua peratus.

themalaysianinsider.com

2. Pengukuhan sektor ketenteraan dan keselamatan negara

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedudukan keselamatan Sabah kini harus dilihat dari konteks berbeza yang bukan sahaja tertumpu pada kes penculikan atau pencerobohan malah ancaman militan yang mampu menular secara lebih serius jika tidak dibendung.

astroawani.com

Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan, Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah supaya perkara tersebut dapat direalisasikan dalam pembentangan Belanjawan 2015 nanti.

astroawani.com

3. Penambahan dana keusahawanan Bumiputera

Usahwan berharap dalam bajet yang akan diumumkan Perdana Menteri kelak dapat memberikan manfaat kepada mereka. Lebih-lebih lagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera yang dianggap sebagai sukar bertapak kerana kurangnya modal dalam perniagaan.

astroawani.com

Bagi perusahaan kecil dan sederhana, tumpuan adalah untuk menangani kos tinggi dan pertumbuhan yang agak perlahan melalui galakkan produktiviti.

astroawani.com

4. Insentif dalam bidang teknologi mudah alih

Image via wordpress.com

Macro Kiosk Bhd, penyedia teknologi komunikasi mudah alih, berharap akan ada lebih banyak insentif dan sokongan bagi syarikat-syarikat teknologi mudah alih dalam Bajet 2015 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen.

astroawani.com

Menurut syarikat itu, dasar-dasar perlu diperkenalkan untuk menyokong syarkat-syarikat tempatan yang memberi tumpuan kepada kandungan, aplikasi serta infrastruktur mudah alih dan tidak hanya terhad kepada pembuatan dan perkakasan mudah alih.

astroawani.com

5. Tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah

Kerajaan diharap memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Biarpun tahun 2015 dianggap satu tahun yang bakal memberi cabaran namun, ahli-ahli politik yakin kerajaan mampu menanganinya dengan baik.

astroawani.com

tumpuan yang lebih perlu diberikan memandangkan 40 peratus rakyat yang berpendapatan rendah mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan.

astroawani.com

6. Penambahbaikan sistem dan infrastruktur pengangkutan awam

Image via ob21.net

Sehingga kini selepas 6 kali bajet dibentangkan oleh penggantinya, masalah pengangkutan awam masih belum selesai. Walaupun tidak banyak pilihan, masih ramai yang menggunakan perkhidmatan seperti KTM dan LRT untuk ke tempat kerja dengan meninggalkan kenderaan mereka di stesen-stesen KTM.

blogspot.com

Diharap kerajaan dapat meningkatkan lagi infrastruktur dan tahap ketersampaian pengangkutan awam di negara ini terutamanya di kawasan Lembah Klang. Dengan pembinaan MRT yang kini semakin rancak, rakyat mengharapkan suatu perubahan yang segar dari segi tahap efisien sistem yang bakal dilaksanakan.

7. Pemantapan sektor pendidikan

Bagi Bajet 2015, pelobi pendidikan menggesa Putrajaya menggalakkan pembangunan guru profesional daripada membelanjakan projek infrastruktur yang tidak kritikal untuk memajukan sektor pendidikan.

themalaysianinsider.com

Mengenai infrastruktur, keperluan asas seperti air bersih, elektrik dan makmal komputer dan sains harus diutamakan dan rancangan untuk memperkenalkan teknologi baru di sekolah seharusnya dibekalkan dengan latihan mencukupi agar ia digunakan secara maksimum.

themalaysianinsider.com

Turut disuarakan agar kerajaan dapat memperuntukkan lebih dana bagi meningkatkan akses Internet di sekolah disebabkan bahan pengajaran kini boleh didapati secara atas talian.

themalaysianinsider.com

8. Lebih banyak program pembangunan modal insan di peringkat pengajian tinggi

6 hingga 10 graduan Malaysia mengambil masa sehingga 6 bulan untuk mendapatkan pekerjaan, dan 40% lagi graduan mengambil masa satu tahun untuk mendapatkan kerja. Antara faktor-faktor sukar untuk graduan mendapat pekerjaan adalah disebabkan kurang keyakinan diri dan kurang penguasaan Bahasa Inggeris.

astroawani.com

Bagi mempersediakan graduan-graduan negara untuk memasuki alam pekerjaan, kurikulum di peringkat pengajian tinggi perlu menerapkan kemahiran-kemahiran yang akan pelajar gunakan ketika mencari pekerjaan dan juga di tempat kerja.

astroawani.com

9. Kenaikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan bantuan am untuk OKU

Image via kosmo.com.my

Kenaikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan bantuan am untuk Orang Kurang Upaya (OKU), adalah antara yang diharapkan golongan itu pada pembentangan Bajet 2015. Ia amat diperlukan selaras kenaikan kos sara hidup ketika ini.

astroawani.com

Sekarang ini, OKU bekerja yang berpendapatan kurang RM1,200 menerima EPC sebanyak RM300 sebulan, namun jumlah ini dikatakan tidak lagi relevan buat masa kini.

astroawani.com

Bantuan am sebanyak RM150 bagi OKU tidak bekerja juga diharap akan dinaikkan sehingga RM300 sebulan. Semua usul ini telah dimaklumkan kepada kerajaan dan pihak ini sangat berharap ada berita baik pada pembentangan bajet nanti.

astroawani.com

10. Penghapusan Live AP dan penurunan harga kereta

Image via geartinggi.com

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mencadangkan supaya kerajaan menimbang untuk menghapuskan levi sebanyak RM10,000 untuk permit import (AP) terbuka bagi meringankan beban pemegang permit itu.

astroawani.com

Persatuan itu mengharapkan bajet 2015 yang akan dibentangkan dapat menghapuskan levi berkenaan dan menurunkan cukai eksais untuk memberi peluang rakyat membeli kereta import dengan harga lebih murah.

astroawani.com

Sementara itu, Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yakin dalam pembentangan bajet akan datang, harga kenderaan dijangka turun secara tidak langsung apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan mulai April tahun depan.

astroawani.com

11. Peningkatan perkhidmatan kesihatan

Image via blogspot.com

Kementerian Kesihatan berharap perkhidmatan kesihatan di barisan hadapan dapat dipertingkat di bawah peruntukan Bajet 2015 bagi memberikan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk rakyat.

themalaysianinsider.com

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata fasiliti kesihatan barisan hadapan seperti klinik kesihatan di seluruh negara perlu dinaik taraf supaya ia seiring dengan keperluan kesihatan rakyat yang meningkat setiap tahun.

themalaysianinsider.com

12. Pembangunan sukan negara

Bidang sukan negara diharap tetap memproleh peruntukan mencukupi di bawah Bajet 2015.

astroawani.com

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata walaupun atlet negara gagal menyerlah di dua kejohanan besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel di Scotland dan Sukan Asia di Korea Selatan, sukan negara tetap memerlukan suntikan dana untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa.

astroawani.com

13. Peningkatan elaun BR1M

Image via says.com
1. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
2. Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
3. BR1M 2015 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

14. Lebih banyak inisiatif untuk ringankan beban rakyat

Image via mindaaktif.net

Kerajaan perlu mewujudkan inisiatif-inisiatif berterusan yang dapat meringankan beban rakyat, menjelang pengumuman Bajet 2015 akan datang. Dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pastinya masyarakat bimbang akan kesan-kesan yang mungkin perlu ditanggung mereka.

astroawani.com

"Kerajaan jamin dalam kenaikan harga minyak, beban rakyat diambil kira. Jadi kita minta rakyat bersabar dan melihat kenaikan ini secara positif. Selain itu, tunggu pembentangan Bajet kerana Perdana Menteri akan umum beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

astroawani.com

15. Langkah-langkah menangani kenaikan kos

Kadar inflasi dijangka naik kepada 4 peratus pada 2015 daripada unjuran tiga peratus pada 2014 manakala kesan asas yang tinggi serta faedah yang naik akan menjejaskan unjuran pertumbuhan.

astroawani.com

United Overseas Bank (M) Bhd (UOB) dalam satu nota berkata, mungkin akan ada langkah-langkah lanjut untuk menangani kenaikan kos terhadap perbelanjaan isi rumah dan juga perniagaan akibat kesan daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan.

astroawani.com

Lagi tentang Bajet 2015:

You may be interested in: